Jadi, tidak hairanlah jika kita lebih ‘dipandang tinggi’ jika membawa bersama bekas T-drop ketika melepak dengan kawan-kawan.
Gula-gula T-drop ini juga agak unik kerana gula-gulanya disalut dengan serbuk gula halus seperti gula kastor.
#3. Gula gula zaman dulu: Gula-gula bendera
Pada era 90-an, gula-gula bendera ini dijual dengan harga 50 sen sebatang.
Ia disebut sebagai gula-gula bendera kerana butir-butir gula yang kecil dibungkus dalam satu tiub yang menjadi batang bendera Malaysia yang dihasilkan daripada plastik.
Pada bulan Ogos, ramai kanak-kanak akan membeli gula gula legend ini kerana gulanya boleh dimakan, dan bendera tersebut boleh dipasang atau dilekatkan pada basikal untuk menyambut bulan kemerdekaan.
#4. Gula getah Murakawa
Semasa waktu kecil, penulis juga pernah membeli gula getah Murakawa ini.
Namun, tidak pasti jika warna kertas pembungkusnya yang berlainan itu melambangkan perbezaan perisa atau tidak.
Ini kerana, ia boleh dibeli dengan warna-warna seperti kuning, merah, biru atau hijau.
Dengan rasa dan bau buah yang agak kuat, gula getah ini juga menjadi antara kegemaran kanak-kanak pada ketika itu.
#5. Gula-gula susu Bento
Gula-gula ini boleh dikatakan antara senarai gula gula legend yang paling top. Ini kerana, ia sangatlah sedap dan mempunyai pelbagai perisa.
Antaranya ialah perisa ros, kopi, coklat dan juga kelapa. Secara peribadinya, penulis amat menggemari perisa ros yang seolah-olah rasa air sirap bandung dan juga perisa coklat.
Gula ini berbentuk seperti tablet ubat dan dibungkus dengan pembungkus kertas sahaja. Simple tetapi sedap!
#6. Gula-gula Haw Flakes
Ada yang mengenalinya sebagai gula-gula duit. Ada juga yang menyebutnya dengan nama gula-gula asam.
Ini kerana rasanya yang masam-masam manis selain berwarna kecoklatan dan berbentuk seperti kepingan duit syiling 20 sen.
Biasanya, satu bungkus gula-gula ini dijual dengan harga 20 sen sahaja. Gula-gula ini mempunyai tekstur yang rapuh, dan jika tersilap cara makan, ia boleh melekat pada lelangit mulut anda.
Gula gula legend tinggi gula, bahan pengawet
Sesuai dengan namanya, gula-gula semestinya tinggi dengan kandungan gula.
Ia mempunyai kandungan gula yang agak banyak selain penambahan bahan perisa lain dan juga pengawet.
Semakin kompleks bentuk, rasa dan warna gula-gula tersebut, maka semakin banyaklah bahan yang digunakan dalam proses pembuatannya.
Kesimpulan
Oleh itu, jika anda hendak membeli gula gula 90an seperti di atas, cukup sekadar membelinya dalam kuantiti yang sedikit dengan tujuan untuk merasa sahaja.
Pastikan juga anda tidak mengambil gula-gula dengan kerap kerana ia boleh meningkatkan berat badan anda tanpa anda sedari.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen