backup og meta

Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Inilah Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus

Terdapat banyak jenis diet yang individu di luar sana boleh cuba untuk kekal kurus antaranya adalah diet IF. Apa itu intermittent fasting dan bagaimana cara intermittent fasting?

Ini penerangannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Apa itu intermittent fasting?

Kami pasti anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF.

Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.

Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila anda makan.

Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa.

Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.

Jenis-jenis intermittent fasting yang boleh diamalkan

apa itu intermittent fasting
Jadual intermittent fasting yang betul.

Sebenarnya, terdapat beberapa cara intermittent fasting untuk pemula yang boleh anda amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya.

Antara cara intermittent fasting ialah:

Cara diet intermittent fasting 1: Puasa waktu malam (Overnight fasting)

Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.

Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

Cara intermittent fasting 12 jam ini sesuai untuk mereka yang mahu mula berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.

Cara diet IF 2: Ikut tempoh masa puasa (Time-restricted fasting)

Kaedah ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.

Bagi kaedah ini, anda tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.

Cara diet IF 3: Puasa sepanjang hari (Whole day fasting)

Ini bermaksud anda berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.

Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya. 

Cara diet IF 4: Puasa selang sehari (Alternate day fasting)

cara diet intermittent fasting
Menu diet intermittent fasting.

Kaedah ini membenarkan anda untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala pada hari esok anda berpuasa.

Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja. 

Cara diet apa itu intermittent fasting 5:  Langkau waktu makan (Skipping meals fasting)

Kaedah ini bermaksud bahawa anda berpuasa melangkau waktu makan anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut.

Ini menjadikan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan. 

Cara diet intermittent fasting 6: Choose-your-day fasting

Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda mahukan. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini.

Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak anda bagaimana anda ingin berpuasa. 

intermittent fasting
3 Teknik diet untuk kurangkan berat badan.

Cara diet IF ke-7: 5:2 fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud:

  • hari makan anda adalah lima hari
  • manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu

Pada hari anda berpuasa, anda hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari. 

Kesimpulan

Sekarang anda sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, anda masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Anda juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang anda pilih jika mahukan keberkesanannya.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is Intermittent Fasting?, https://www.eatright.org/health/wellness/fad-diets/what-is-intermittent-fasting, Accessed Jun 23 2021.
  2. Intermittent Fasting: What is it, and how does it work?, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/intermittent-fasting-what-is-it-and-how-does-it-work, Accessed Jun 23 2021.
  3. Intermittent Fasting: How It Works and 4 Types Explained, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/intermittent-fasting/faq-20441303, Accessed Jun 23 2021.
  4. Intermittent Fasting: How It Works and 4 Types Explained, https://health.clevelandclinic.org/intermittent-fasting-4-different-types-explained/, Accessed Jun 23 2021.
  5. Intermittent Fasting: Is it Right for You?, https://healthblog.uofmhealth.org/wellness-prevention/intermittent-fasting-it-right-for-you, Accessed Jun 23 2021.

 

Versi Terbaru

23/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

'Intermittent Fasting': Diet Puasa Gaya Lisa Surihani

Intermittent Fasting, IF Berkesan Singkir Berat Badan, Tapi Bagaimana Mahu Mula?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan