backup og meta

9 Tips Penyediaan Makanan Secara Sihat! Barulah Tak Sakit Perut!

9 Tips Penyediaan Makanan Secara Sihat! Barulah Tak Sakit Perut!

Kadang-kadang orang melakukan kesilapan yang membawa kepada komplikasi yang tidak diingini apabila mereka mengambil makanan dengan cara yang salah.  Artikel di bawah menyediakan penyediaan makanan yang selamat untuk pastikan kita tidak jatuh sakit!

Jom ketahui 9 tip penyediaan makanan terbaik untuk pastikan makanan yang bersih.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

9 Cara untuk pastikan makanan selamat

1. Basuh tangan dengan sabun dan air

makanan selamat

Tangan anda membawa banyak bakteria berbahaya, disebabkan itu doktor dan profesional sentiasa memberi amaran untuk kita membersihkan tangan sebelum dan selepas menyediakan atau memasak makanan. Gunakan air suam dan sabun yang diperakui untuk membasuh tangan dengan sempurna selama 20 saat, bilas dan keringkan dengan teliti.

2. Membersihkan permukaan untuk pastikan makanan selamat

Satu campuran 1 sudu peluntur klorin ditambah dengan satu gelen air cukup untuk membersihka permukaan yang anda guna untuk memasak.

3. Membersih dan mengelap peti sejuk seminggu sekali

Sekurang-kurangnya seminggu sekali, buang makanan yang sudah tamat tempoh atau ditinggalkan dalam tempoh yang lama. Secara spesifik, makanan yang ditinggalkan dalam peti sejuk selama 4 hari sudah tidak boleh dimakan, dan ayam dan daging selepas 1-2 hari penyimpanan.

Baca juga:

4. Pastikan perkakasan dan peralatan bersih

makanan selamat

Sama seperti tangan anda, peralatan membawa pelbagai bakteria. Basuh dan sanitasinya terlebih dahulu akan membantu mengelakkan keracunan makanan.

5. Pastikan makanan selamat dengan membasuhnya sebelum masak

Bilas dan bersihkan makanan dengan teliti dan berhati-hati sebelum menyedia dan memasak makanan juga sangat penting untuk melindungi kesihatan keluarga.

6. Asingkan jenis makanan berbeza

Potong makanan berasingan di papan pemotong anda, misalnya, satu bahagian untuk memotong daging dan ayam, dan satu bahagian lagi untuk memotong sayuran dan buahan. Ini merupakan salah satu langkah penyediaan makanan yang selamat untuk mengelakkan sebarang kontaminasi silang.

Letakkan makanan yang telah dimasak dalam pinggan baru yang bersih dan bukannya pinggan yang sama anda gunakan untuk makanan belum dimasak. Itu akan mencemarkan makanan.

7. Gunakan termometer semasa memasak

Jika anda tidak pasti dengan suhu makanan yang sepatutnya, beli termometer dan sediakannya setiap kali anda memasak untuk memastikan semuanya selamat dan bebas bakteria untuk dimana.

8. Masak makanan dengan suhu dalaman yang selamat

makanan selamat

Semua kambing mentah, daging lembu, daging khinzir dan anak lembu perlu dimasak, dipanggang, digoreng dengan suhu dalaman minimum yang selamat mencapai 145 ° F. Atas sebab keselamatan dan kualiti, biarkan daging rehat sekurang-kurangnya 3 minit sebelum dihidangkan kerana masih sedang dimasak walaupun mereka berada di luar kuali periuk.

9. Elakkan makan sayur-sayuran, daging, ayam, makanan laut yang mentah

Untuk sesetengah orang, makanan segar dan yang paling lazat apabila ia mentah dan tidak dimasak. Walau bagaimanapun, tidak dimasak, atau makanan mentah boleh mendatangkan kesan yang teruk dan kematian kerana ia dipenuhi dengan virus atau bakteria. Oleh itu, pertimbangkan risiko sebelum makan sesuatu yang mentah.

Menyedia, memasak dan kemudian meletakkan makanan di atas pinggan adalah satu proses yang memerlukan kesabaran, sanitasi dan berhati-hati. Pastikan makanan selamat kerana makanan mentah atau yang tercemar boleh membawa akibat yang teruk, bahkan kematian sehingga orang harus mengingati 9 petua di atas.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Tips: Be Food Safe. https://www.choosemyplate.gov/ten-tips-be-food-safe. Accessed February 17, 2017.
  2. 10 Commandments of Food Safety. http://www.eatingwell.com/food_news_origins/food_news/10_commandments_of_food_safety. Accessed February 17, 2017.
  3. Food safe tips. http://www.eatright.org/resources/food-safety-tips. Accessed February 17, 2017.
  4. Food safety. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/food-safety. Accessed May 30, 2022.
  5. Four Steps to Food Safety: Clean, Separate, Cook, Chill. https://www.cdc.gov/foodsafety/keep-food-safe.html. Accessed May 30, 2022.

Versi Terbaru

31/05/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Inginkan Idea Makanan Diet Tengah Hari? Cuba 5 Resepi Ini, Sedap Dan Boleh Kurus!

9 Makanan Ini Dianggap Sihat Tapi Boleh Buat GIGI Rosak, #3 Paling Mengejutkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 31/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan