backup og meta

Bukan Sekadar Timbang Berat Badan — Ini Cara Nilai Kesihatan Badan

Ramai orang hanya fokus untuk timbang berat badan, tetapi masih keliru sama ada berat tersebut sebenarnya sihat atau sebaliknya. 

Bukan Sekadar Timbang Berat Badan — Ini Cara Nilai Kesihatan Badan

Nombor pada penimbang tidak menceritakan keseluruhan keadaan tubuh jika tidak difahami dengan betul. 

Di sinilah peranan BMI dan BMR sebagai alat ringkas untuk membantu anda menilai berat badan, keperluan tenaga harian serta membuat keputusan kesihatan yang lebih tepat dan realistik.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.

Kenapa timbang berat badan sahaja tidak mencukupi?

Amalan timbang berat badan memang penting sebagai langkah awal memantau perubahan tubuh. Namun, berat badan semata-mata tidak mengambil kira faktor seperti ketinggian, jisim otot dan keperluan tenaga harian.

Tanpa pemahaman yang betul, seseorang mungkin:

  • Merasa berat badan “normal” tetapi sebenarnya berisiko
  • Berasa kecewa walaupun berat tidak banyak berubah
  • Salah anggap tentang keperluan diet dan senaman

Sebab itu, penggunaan alat seperti BMI dan BMR membantu memberikan gambaran yang lebih menyeluruh.

[embed-health-tool-bmi]

Timbang berat badan digital

Penggunaan penimbang digital semakin popular kerana lebih mudah dan praktikal untuk kegunaan harian di rumah.

Kelebihan penimbang digital:

timbang berat badan
Penimbang digital lebih mudah digunakan.

Namun, walaupun menggunakan penimbang digital, pemahaman terhadap makna angka tersebut tetap penting agar tidak salah tafsir perubahan berat.

Penimbang berat badan manual

Walaupun teknologi semakin maju, penimbang berat badan manual masih digunakan oleh sesetengah individu.

Ciri penimbang berat badan manual:

  • Tidak memerlukan bateri
  • Lebih tahan lama
  • Rekaan ringkas dan mudah diselenggara

Walau apa jua jenis penimbang yang digunakan, amalan timbang berat badan perlu digabungkan dengan pemahaman kesihatan yang betul.

Timbang berat badan malam hari, sesuai ke?

Ada yang tertanya-tanya sama ada sesuai untuk menimbang berat di malam hari. Hakikatnya, berat badan boleh berubah mengikut masa dalam sehari.

Antara faktor yang mempengaruhi bacaan:

  • Pengambilan makanan dan minuman
  • Kandungan air dalam badan
  • Aktiviti fizikal sepanjang hari

Jika memilih untuk menimbang berat badan malam hari, sebaiknya konsisten pada waktu yang sama setiap hari untuk perbandingan yang lebih tepat.

Body Mass Index formula

Body mass index formula digunakan untuk menilai sama ada berat badan seseorang berada dalam kategori kurang berat, normal, berlebihan atau obes berdasarkan berat dan ketinggian.

Secara ringkas, BMI dikira menggunakan formula berikut:

BMI = berat badan (kg) ÷ [ketinggian (m) × ketinggian (m)]

timbang berat badan
Kategori BMI.

Melalui body mass index formula, individu yang kerap timbang berat badan boleh memahami sama ada perubahan berat tersebut masih berada dalam lingkungan sihat atau memerlukan perhatian lanjut. 

Ia membantu menjadi penanda awal sebelum membuat perubahan kepada gaya hidup atau pemakanan.

BMI & BMR: Alat ringkas untuk faham berat badan anda

Selain BMI, memahami BMR juga membantu anda menilai keperluan tenaga harian tubuh.

BMR (Basal Metabolic Rate) merujuk kepada jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsi asas seperti bernafas, mengepam darah dan mengekalkan suhu badan — walaupun ketika anda berehat sepenuhnya.

Ringkasnya, BMR menunjukkan berapa banyak tenaga yang badan anda perlukan setiap hari tanpa sebarang aktiviti fizikal.

Cara kira BMR

BMR biasanya dikira berdasarkan jantina, umur, berat dan ketinggian. Antara formula yang sering digunakan adalah:

BMR lelaki

(10 × berat badan dalam kg) + (6.25 × tinggi dalam cm) − (5 × umur) + 5

BMR wanita

(10 × berat badan dalam kg) + (6.25 × tinggi dalam cm) − (5 × umur) − 161

timbang berat badan
BMI & BMR kedua-duanya memerlukan ukuran tinggi.

Dengan memahami BMI dan BMR, anda boleh:

  • Menentukan sasaran berat badan yang lebih realistik
  • Menyesuaikan pengambilan kalori harian
  • Merancang diet dan aktiviti fizikal dengan lebih berkesan

Gabungan timbang berat badan, BMI dan BMR memberikan gambaran lebih jelas tentang keadaan tubuh, bukan sekadar perubahan angka di penimbang.

[embed-health-tool-bmr]

Kesimpulan

Amalan timbang berat badan adalah langkah penting, tetapi ia perlu disokong dengan kefahaman yang betul. 

Sama ada menggunakan penimbang berat digital atau manual, memahami BMI dan BMR membantu anda membuat keputusan kesihatan yang lebih bijak. 

Dengan pendekatan yang seimbang, pengurusan berat badan menjadi lebih realistik, berinformasi dan berkesan untuk jangka panjang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Body Mass Index (BMI). https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9464-body-mass-index-bmi. Diakses Januari 26, 2026.

BMR (Basal Metabolic Rate). https://my.clevelandclinic.org/health/body/basal-metabolic-rate-bmr. Diakses Januari 26, 2026.

The pros and cons of weighing yourself every day. https://www.heart.org/en/news/2019/01/02/the-pros-and-cons-of-weighing-yourself-every-day. Diakses Januari 26, 2026.

How often should you really weigh yourself? https://www.sydney.edu.au/news-opinion/news/2024/07/09/how-often-should-you-really-weigh-yourself-.html. Diakses Januari 26, 2026.

What’s your body mass index (BMI)? https://www.heartfoundation.org.au/bmi-calculator.Diakses Januari 26, 2026.

Versi Terbaru

29/01/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Berat Badan Tak Turun Walaupun Dah Diet? Ini Rahsia Sebenar Waktu Makan Diet Yang Anda WAJIB Tahu!

Jika Anda Benar Berhasrat Nak Kurus, Elak Ambil 12 Makanan Pantang Diet Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan