Anda ingin kekal sihat? Cuba amalkan gaya hidup ini.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Anda ingin kekal sihat? Cuba amalkan gaya hidup ini.
Terdapat banyak sebab untuk anda tidak sesekali mengabaikan sarapan pagi. Ia merupakan sumber kalori dan tenaga pertama anda. Jika permulaan sahaja sudah tidak baik, bagaimana pula dengan baki hari anda? Sarapan yang baik meningkatkan prestasi anda di sekolah, kolej, universiti dan tempat kerja.
Apa yang anda pilih untuk makan mungkin menentukan keadaan kesihatan anda 10 atau 20 tahun akan datang. Oleh itu, merancang pemakanan adalah seperti merancang masa depan. Salah makan, berbagai masalah kesihatan boleh berlaku. Ambil masa untuk duduk dan buat perancangan. Anda mungkin boleh menjimatkan duit!
Air kosong datang dengan banyak manfaat. Paling penting adalah untuk memastikan anda kekal terhidrat agar fungsi badan kekal pada tahap yang optimum. Ia juga membantu mengurangkan berat badan dengan memberikan anda rasa kenyang tanpa menambah bilangan kalori. Jadikan ia sebagai tabiat.
Anda tidak akan ketinggalan daripada isu-isu yang dibincangkan di media sosial. Akan ada sahaja orang yang memaklumkan kepada anda. Malah, apa yang terdapat di media sosial itu kebanyakannya adalah tidak penting. Kalau sekadar gambar makanan dan keluhan-keluhan peribadi, lebih baik anda rehat sebentar dan isi dengan membaca buku, ambil angin di luar atau meluangkan masa bersama keluarga.
Otak anda mempunyai ruang memori yang sangat besar. Perkara baru yang anda belajar tidak akan membuatkan anda lupa kepada memori lama. Malah, ia akan membuatkan otak anda aktif dan sihat. Cuba belajar sesuatu yang baru seperti bahasa, seni mempertahankan diri, bermain musik atau memasak. Ia juga akan menambahkan keyakinan diri anda!
Jika anda seorang perokok, berhenti merokok adalah keputusan dan langkah paling penting anda boleh lakukan untuk menjalani kehidupan yang sihat. Mulakannya hari ini. Ramai orang di luar sana sedia membantu anda.
Tidur yang berkualiti memberikan anda mood lebih baik, memori yang tajam serta meningkatkan kesihatan secara am. Kuncinya adalah untuk menjadikan tidur sebagai prioriti. Jika tidak, selamanya anda tidak akan berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti.
Tidak perlu fikir yang susah. Berjalan kaki selama 30 minit pun merupakan satu senaman yang baik sebagai permulaan. Jika ada masa dan motivasi lebih, tingkatkan tahap senaman anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen