backup og meta

Ingin Cepat Kurus Dengan Cara Yang Sihat? Gantikan Nasi Dengan Konjac Bermula Hari Ini!

Ingin Cepat Kurus Dengan Cara Yang Sihat? Gantikan Nasi Dengan Konjac Bermula Hari Ini!

Pengamal diet keto pasti pernah mendengar sejenis makanan yang disebut sebagai konjac. Ia boleh didapati dalam bentuk nasi konjac atau mi konjac.

Tahukah anda, konjac amat sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat disebabkan kandungan kalorinya yang amat rendah.

Ini kami kongsikan kepada anda beberapa maklumat berkenaan konjac dan manfaatnya terhadap penurunan berat badan.

Apakah konjac?

mi konjac

Konjac juga dikenali dengan nama keladi gajah dan ia tumbuh dengan subur di beberapa negara Asia seperti Korea, China dan juga Jepun. Ia juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti konjaku, devil’s tongue, snake palm, dan voodoo lily.

Bahagian batangnya yang berkanji ini dijadikan sebagai nasi konjac atau mi konjac. Ia kaya dengan serat larut dan sering juga dijadikan sebagai ejen pemekat sup dan kuah.

Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Jepun dan juga Cina.

Apakah rasa mi konjac atau nasi konjac?

Di negara Jepun sebagai contoh, konjac dijadikan mi dengan panggilan mi shirataki. Ada sesetengah orang yang menyukai rasa mi ini dan ada juga yang mungkin tidak menggemarinya.

Bagi yang kurang menggemarinya, ia mungkin disebabkan rasanya yang seakan-akan hanyir seperti makanan laut atau ‘fishy’.

Namun, bagi penggemar makanan laut, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dengan rasa mi konjac atau nasi konjac ini.

Mi shirataki atau nasi shirataki ini dianggap sebagai makanan yang rendah karbohidrat dan amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto. 

Manfaat makan mi atau nasi konjac

nasi konjac

Terdapat beberapa kajian yang telah mengesahkan berkenaan manfaat konjac terhadap kesihatan manusia. Antara manfaat mi konjac dan nasi konjac adalah seperti berikut:

#1. Mengelakkan masalah sembelit

Kajian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati bahawa konjac dapat membantu mencegah masalah sembelit.

Kajian menunjukkan bahawa dengan menambah konjac ke dalam diet yang rendah serat boleh meningkatkan jumlah bakteria probiotik dalam tinja.

Ia juga meningkatkan fungsi pergerakan usus sebanyak 30 peratus.

Kajian pada tahun 2017 pula mendapati bahawa pengambilan konjac dapat meningkatkan kekerapan pergerakan usus dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami sembelit.

Kajian pada tahun 2018 juga menunjukkan bahawa suplemen konjac dapat memperbaiki gejala sembelit semasa kehamilan. Konjac dilaporkan meningkatkan kekerapan pengeluaran najis dan memperbaiki konsistensinya.

#2. Menurunkan berat badan yang berlebihan

Serat yang tinggi boleh menyebabkan anda berasa kenyang dengan cepat dan lebih lama. Jika anda memakannya dengan kerap, ia boleh membantu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Ia akan membuatkan anda cenderung untuk tidak makan secara berlebihan.

Menurut kajian pada tahun 2005, menambahkan serat konjac ke dalam diet seimbang yang mempunyai 1,200 kalori adalah lebih baik berbanding diet 1,200 kalori bersama plasebo.

Ia akan menurunkan lebih banyak berat badan anda berbanding kumpulan yang mengambil plasebo.

#3. Menurunkan kadar kolesterol tubuh

Kajian sistematik pada tahun 2008 mendapati bahawa konjac dapat membantu menurunkan kolesterol keseluruhan, kolesterol LDL (buruk), dan trigliserida.

Konjac juga membantu mengurangkan berat badan dan gula darah berpuasa.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa mi konjac atau nasi konjac dapat menjadi terapi tambahan bagi penghidap diabetes dan mereka yang mempunyai kolesterol yang tinggi.

Kajian juga mendapati bahawa konjac mampu menurunkan kadar kolesterol buruk dan mengesyorkan pengambilannya untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

#4. Menyihatkan kulit anda

Kandungan nutrisi dalam konjac juga dapat membantu mereka yang ingin meningkatkan kesihatan kulit mereka.

Satu kajian pada tahun 2013 mendapati, pengambilan konjac dapat memberikan manfaat yang bertindak sebagai terapi topikal untuk jerawat, dan juga meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan pengambilan konjac?

Seperti kebanyakan produk makanan lain yang tinggi kandungan serat, pengambilan mi konjac atau nasi konjac berkemungkinan boleh menyebabkan beberapa masalah berkaitan penghadaman seperti berikut:

  • Mempunyai masalah kembung perut
  • Cirit-birit 
  • Rasa sakit pada abdomen
  • Mempunyai gas dalam perut
  • Mengalami loya atau mual

Hati-hati ketika memakan konjac

Konjac juga boleh didapati dalam bentuk jeli. Jika anda memakannya, anda perlu berhati-hati untuk mengelakkan risiko tercekik terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas.

Ini kerana, konjac menyerap banyak air tetapi tidak larut dalam tempoh masa yang cepat. Oleh itu, anda disarankan untuk mengunyahnya dengan hancur agar ia boleh ditelan dengan lancar tanpa risiko untuk tercekik.

Suplemen konjac juga berpotensi memberi kesan terhadap paras gula darah. Oleh itu, bagi pesakit diabetes, anda perlulah merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mula mengambilnya. 

Kesimpulan

Memandangkan mi konjac dan juga nasi konjac mempunyai pelbagai manfaat terutamanya untuk menurunkan berat badan, anda mungkin boleh mula menggantikan nasi anda dengan pengambilan konjac.

Namun, perlu juga diingat, anda perlu meminum lebih banyak air jika memakan konjac untuk mengelakkan risiko tercekik ketika memakannya. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Al-Ghazzewi, F., Elamir, A., Tester, R., & Elzagoze, A. (2015, April). Effect of depolymerised konjac glucomannan on wound healing. Bioactive Carbohydrates and Dietary Fibre, 5(2), 125-128. sciencedirect.com/science/article/pii/S2212619815000054

Bateni, E., Tester, R., Al-Ghazzewi, F., Bateni, S., Alvani, K., & Piggott, J. (2013). The use of konjac glucomannan hydrolysates (GMH) to improve the health of the skin and reduce acne vulgaris. American Journal of Dermatology and Venereology, 2(2), 10-14. article.sapub.org/10.5923.j.ajdv.20130202.02.html

Birketvedt, G. S., Shimshi, M., Erling, T., & Florholmen, J. (2005, January). Experiences with three different fiber supplements in weight reduction [Abstract]. Medical Science Monitor, 11(1), 15-18. ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15614200

Chen, H-L., Cheng, H-C., Wu, W-T., Liu, Y-J., & Liu, S-Y. (2008). Supplementation of konjac glucomannan into a low-fiber Chinese diet promoted bowel movement and improved colonic ecology in constipated adults: A placebo-controlled, diet-controlled trial [Abstract]. Journal of the American College of Nutrition, 27(1), 102-108. tandfonline.com/doi/abs/10.1080/07315724.2008.10719681

https://www.mcgill.ca/oss/article/weight-loss/konjac-and-weight-loss

Versi Terbaru

01/09/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Last Anda Makan Jam Berapa? Rupanya Banyak Manfaat Kalau Makan Malam Sebelum Pukul 7!

Pesakit Diabetes Kena Jaga Makan, Tapi Boleh Ke Jika Ambil Lemak Dalam Diet Harian?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan