backup og meta

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan

5 Fakta Dan Mitos Mengenai Makanan Yang Boleh Tambah Berat Badan

Anda sedang cuba untuk turunkan berat badan? Takut sekiranya terambil produk atau makanan tambah berat badan yang akan buatkan keadaan jadi semakin teruk? Sebenarnya, ada banyak mitos dan fakta mengenai makanan untuk tambah berat. 

Ada yang kata nasi itu menggemukkan. Ada juga yang kata pengambilan minuman bergula itu boleh menambah berat badan. Tetapi, mana satu yang kita perlu percaya sekiranya ingin menurunkan berat badan? 

Jangan risau, kami ada jawapannya. Kali ini, kami akan terangkan mitos dan fakta mengenai makanan untuk tambah berat

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Obesiti dan penurunan berat badan

makanan tambah berat badan
Hampir 20 peratus rakyat Malaysia obes.

Menurut laporan Atlas Obesiti Dunia, hampir 20 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti. Menjelang 2035, jumlah tersebut mungkin akan meningkat kepada 41 peratus sekiranya tidak dibendung. 

Sebenarnya, tidak ada jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Bagi mencapai berat optimum yang sihat, anda perlu melakukan perubahan-perubahan kecil dalam hidup.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, cara terbaik untuk menurunkan berat adalah dengan mengubah cara makan dan meningkatkan aktiviti fizikal. 

Fakta dan mitos makanan tambah berat badan

Tidak dinafikan, ada banyak mitos mengenai diet yang berlegar-legar di media sosial. 

Kadangkala, kita juga mudah terpengaruh dengan tip yang kita dengar daripada orang lain, kononnya apa yang mereka lakukan itu berkesan dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat. 

Jangan sesekali berlapar semata-mata untuk menurunkan berat. Cara tersebut bukan sahaja tidak berkesan, ia juga boleh mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. 

Antara mitos yang sering disebut-sebut mengenai diet dan makanan tambah berat badan ialah: 

Mitos 1: Karbohidrat, makanan tambah berat badan yang paling teruk

makanan tambah berat badan
Jika dikawal, nasi boleh dimakan tanpa menaikkan berat badan.

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat penting untuk badan. Ia merupakan sumber tenaga utama yang menggerakkan fungsi otak, buah pinggang dan organ badan yang lain. 

Pengambilan nasi, pasta atau kentang lenyek tidak akan menyebabkan anda gemuk. 

Malah, menurut Australian Dietary Guidelines, manusia digalakkan untuk mengambil banyak karbohidrat kerana hampir 45 hingga 65 peratus tenaga badan dihasilkan daripadanya. 

Bagaimanapun, penting untuk anda pilih karbohidrat yang betul sekiranya ingin kurus. Benar, ada karbohidrat yang boleh menambah berat badan.

Jika boleh, pilih karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah tidak akan membuatkan tahap gula dalam darah meningkat dengan mendadak. 

Mitos 2: Berlapar jika ingin kurus

Kalau tidak makan, pasti berat akan turun dengan lebih mudah, bukan? Sebenarnya, ia tidaklah semudah itu. 

Berlapar bukan sahaja akan membuatkan anda penat, ia juga akan menyebabkan badan kekurangan nutrisi penting yang hanya boleh diperoleh daripada makanan tertentu. 

Dalam jangka masa panjang, berlapar tidak akan membantu menurunkan berat badan. 

Hanya pemakanan yang sihat dapat membantu anda kurus. Antara langkah yang boleh anda lakukan jika ingin elakkan pengambilan makanan tambah berat badan ialah: 

  1. Ambil makanan daripada setiap kumpulan. 
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. 
  3. Makan pada masa yang sama setiap hari. 
  4. Bersenam supaya lebih banyak kalori boleh dibakar. 

Mitos 3: Makan pada waktu malam itu menggemukkan

makanan tambah berat badan
Makan pada waktu malam adalah satu tabiat yang tidak baik untuk kesihatan.

Pernahkah anda dengar orang kata – jika ingin menambah berat badan dalam seminggu, elok makan pada waktu malam. Benarkah? 

Menurut Rangkaian Maklumat Kawalan Berat Badan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), waktu makan tidak akan menyebabkan penambahan mahupun penurunan berat badan. 

Bagaimanapun, jumlah makanan dan juga kadar senaman adalah kunci penurunan atau peningkatan berat badan seseorang. 

Namun, mereka yang makan pada waktu malam selalunya lebih mudah naik berat badan. Manakan tidak, individu yang gemar makan lewat malam selalunya akan pilih makanan tambah berat badan yang tinggi kalori, misalnya coklat, kentang goreng dan sebagainya. 

Malah, mereka yang makan pada lewat malam juga sukar untuk tidur. Ini akan menyebabkan mereka ‘mengidam’ untuk makan lebih banyak keeseokan harinya. 

Mitos 4: Air bukanlah makanan tambah berat badan

Jenis gula yang perlu dielakkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ada orang ingat air bukanlah makanan untuk tambah berat. Bagaimanapun, tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali. 

Pengambilan air sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi. Selain itu, air kosong tidak mengandungi kalori. Bagi mereka yang sedang berdiet, susu juga merupakan antara pilihan minuman yang terbaik. Ia mengandungi vitamin dan mineral penting untuk badan. 

Elakkan


  • Minuman ringan
  • Alkohol
  • Minuman sukan
  • Susu berperisa
  • Teh ais yang dibungkus
  • Kopi yang dibuat dengan susu penuh krim

Mitos 5: Produk rendah lemak tidak akan menambah berat badan

Jika label pada produk tertulis “tanpa lemak” atau “rendah lemak,” itu tidak bermaksud anda boleh makan semua tanpa menambah berat badan.

Ramai yang tidak tahu, banyak makanan rendah lemak atau tanpa lemak mengandungi gula, kanji atau garam. Secara tidak langsun, ia boleh menjadi makanan tambah berat badan.

Sebenarnya, makanan ini mempunyai kalori yang sama atau lebih banyak daripada makanan yang tidak mempunyai label rendah lemak. Lagipun, lemak adalah makanan tambah berat badan yang perlu dielakkan jika ingin kurus. 

Sebelum makan, semak label pemakanan untuk melihat berapa banyak kalori dalam hidangan. Barulah makanan itu tidak akan menambah berat badan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Some Myths about Nutrition & Physical Activity. https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/myths-nutrition-physical-activity#:~:text=Myth%3A%20Grain%20products%20such%20as,may%20help%20you%20feel%20fuller. Diakses pada September 22, 2024.
  2. Diet myths and facts. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000895.htm. Diakses pada September 22, 2024.
  3. 7 Popular Food Myths: The Truth You Should Know. https://www.medstarhealth.org/blog/7-popular-food-myths-the-truth-you-should-know. Diakses pada September 22, 2024.
  4. 10 nutrition myths debunked. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/10-nutrition-myths-debunked. Diakses pada September 22, 2024.
  5. Debunking 10 Common Nutrition Myths. https://habs.uq.edu.au/blog/2023/10/debunking-10-common-nutrition-myths. Diakses pada September 22, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tak Nak Berat Turun Masa Puasa? Ini 5 Menu Diet Tambah Berat, Pasti Berhasil!

Gula Sebabkan Berat Badan Naik, Bagaimana Dengan Gula Buah, Adakah Punca Gemuk?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan