backup og meta

6 Jenis Jus Sayur @ Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet! No. 6 Itu Paling Sedap & Berkhasiat!

6 Jenis Jus Sayur @ Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet! No. 6 Itu Paling Sedap & Berkhasiat!

Anda sudah cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan namun masih gagal? Mungkin anda perlu cuba amalkan jus sayur dan jus buah untuk diet!

Ya, kadangkala anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang sedap-sedap untuk tujuan menurunkan berat badan.

Ada satu cara yang dipercayai sangat bagus dalam usaha anda untuk berdiet yakni pengambilan jus sayur dan buah. Jom teruskan membaca artikel.

Minum jus sebagai cara turunkan berat badan?

Jus adalah sejenis minuman yang mudah, murah dan cepat dalam usaha mendapatkan nutrisi ekstra ke dalam tubuh badan yang sangat diperlukan.

Bukan itu sahaja, minuman penuh khasiat ini juga dipercayai mampu menurunkan berat badan anda jika diambil dalam kualiti dan kuantiti yang ideal.

Pun begitu, anda perlu lebih berwaspada kerana ada beberapa jenis jus tinggi dengan gula dan rendah dengan serat yang tidak bagus untuk tubuh badan.

Ini kerana jus-jus yang sebegini mungkin akan meningkatkan pengambilan kalori lantas menggagalkan usaha anda untuk menurunkan berat badan.

Ia terutamanya jus yang telah diproses, disejukbeku dan dijual di pasaran yang tinggi gula, rendah serat, banyak pemanis tambahan serta bahan lain.

jus buah untuk diet

Disebabkan itu, anda perlu lebih bijak jika ingin mengambil jus sayur atau jus buah untuk diet!

Jus yang terbaik untuk turunkan berat badan!

Daripada membeli, adalah lebih baik untuk anda membuat sendiri jus sayur atau jus buah untuk diet itu dengan cara menggunakan alat pengisar buah di dapur.

Berikut adalah beberapa contoh jus sayur atau jus buah yang terbaik untuk turunkan berat badan:

#1. Jus sayur hijau

Terdapat banyak jenis sayur hijau seperti kailan, bayam, kubis dan lain-lain yang dipercayai bagus untuk dikisar dan diminum untuk turunkan berat badan.

Ini kerana sayur-sayur hijau ini adalah rendah gula, tinggi serat dan kaya dengan sifat antiradang serta antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sayur hijau sebegini mampu menurunkan berat badan serta mengelakkan berat naik mendadak pada masa hadapan.

Jus buah untuk diet #2. Tembikai

Buah ini sangat manis, segar, sedap dan berkhasiat untuk dimakan kerana ia rendah kalori serta tinggi kandungan mikronutrien yang bagus untuk jantung.

Dalam pada itu, ia sangat kaya dengan kandungan air yang boleh membuat anda kenyang lebih lama sekali gus mengelakkan anda makan secara berlebihan.

Kajian yang melibatkan 33 orang menyatakan bahawa pengambilan 300 gram jus buah tembikai ini setiap hari mampu untuk menurunkan berat badan.

Jus buah untuk diet #3. Delima

Buah ini sangat kerap diambil ekoran kepercayaan di mana ia bagus untuk minda dan memori sama seperti yang diuar-uarkan jika kita makan kismis.

Di samping itu, ia sangat rendah dengan kalori dan mampu untuk menurunkan berat badan jika dijadikan jus dan diambil dalam diet seharian anda.

Kajian di makmal mendapati bahawa jus delima ini mungkin mampu menghalang pengumpulan lemak dan penambahan jisim pada tubuh badan.

jus buah untuk diet

Jus sayur untuk diet #4. Lobak

Jus lobak sering kali dijadikan minuman ekoran sifatnya yang kaya dengan vitamin A dan dipercayai sangat bagus untuk kesihatan organ mata anda.

Ia juga mungkin mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan ekoran kandungan karotenoid yang tinggi dalam sayur ini.

Kajian melibatkan 28 orang lelaki selama 8 minggu mendapati pengambilan jus lobak pada setiap hari mampu mengurangkan masalah perut buncit.

Jus sayur untuk diet #5. Ubi bit

Kebanyakan para atlet mengambil jus ini kononnya untuk tingkatkan prestasi dalam sukan dan permainan ekoran sebatian nitrat yang wujud di dalamnya.

Ia juga mungkin mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan kerana ia rendah kalori, tinggi serat serta mampu membuat anda kekal kenyang.

Namun, harus diingatkan bahawa proses membuat minuman sayur ini mungkin akan menghilangkan banyak nutrisi jadi ia perlu dilakukan dengan lebih berwaspada.

#6. Jus lemon + halia

Akhir sekali, anda juga mungkin boleh cuba jus campuran di antara lemon dengan halia dalam usaha untuk menurunkan berat badan anda ke tahap ideal.

Lemon mampu menambah perasa dalam minuman di samping sangat kaya dengan antioksidan.

Halia pula membantu proses metabolisme dan mengurangkan selera makan serta berat badan.

Gabungan kedua-dua jus sayur dan jus buah untuk diet ini sudah tentu sedap dan bagus untuk anda cuba dalam diet sekali gus menurunkan berat badan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 Day juice diet. https://betterme.world/articles/7-day-juice-diet/Accessed 18 July 2022.
  2. Juicing. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/juicing/faq-20058020. Accessed 18 July 2022.
  3. Are juices cleanses actually good for you. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/jan/are-juices-cleanses-actually-good-for-you/Accessed 18 July 2022.
  4. Health Benefits.https://sipsmarter.org/power-of-juice/health-benefits/Accessed 18 July 2022.
  5. Health Benefits. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26091353/Accessed 18 July 2022.

Versi Terbaru

18/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Diet Special K Boleh Bantu Anda Turunkan Berat Badan Dalam Masa 2 Minggu, Berkesan Ke?

Diet Militari 3 Hari, Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan