backup og meta

Anda Seorang Kaki Sukan? Boleh Cuba 7 Menu Makanan Atlet Ini Untuk Prestasi Terbaik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2021

    Anda Seorang Kaki Sukan? Boleh Cuba 7 Menu Makanan Atlet Ini Untuk Prestasi Terbaik!

    Pernah dengar tentang menu makanan atlet? Kalau hendak tahu lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Senarai diet terbaik tahun 2020

    Bagi seorang ahli sukan, tenaga tubuh badan yang kuat adalah sangat diperlukan bagi memastikan prestasi mereka kekal hebat dan mantap.

    Disebabkan itu, rutin pemakanan mereka haruslah seimbang dan sempurna agar dapat menyerap tenaga daripada diet dengan baik.

    Selain membekalkan tenaga, atlet perlu mengamalkan diet terbaik bagi mengekalkan berat badan mereka agar kekal tegap dan cergas.

    Sebagai panduan yang umum, mungkin kalian sendiri sebagai pemain sukan boleh cuba diet terbaik tahun 2020 seperti yang berikut:

    Diet Mediterranean

    Ia digambarkan sebagai corak pemakanan berbanding diet yang berstruktur. Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt adalah dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

    Diet HMR (Health Management Resources)

    Diet ini adalah pelan diet berkalori rendah dan ia menggalakkan pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak.

    Diet DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension)

    Diet ini menggalakkan pengurangan pengambilan garam dan penambahan sayur-sayuran, buah-buahan serta makanan tenusu rendah lemak.

    makanan

    Diet Ornish

    Ia direka untuk individu vegan mencapai pelbagai matlamat seperti kehilangan berat badan bagi menurunkan tekanan darah serta mengatasi masalah berkaitan penyakit jantung.

    Diet Flexitarian

    Diet ini menggalakkan individu yang ingin mencubanya untuk menjadi vegetarian pada kebanyakan masa tetapi jika sesekali anda teringin makan daging, anda boleh mengambilnya.

    Baiklah, 5 jenis diet ini adalah sekadar panduan umum sahaja buat kalian sebagai atlet yang ingin mencuba diet yang sihat dan sempurna.

    Persoalannya, apa contoh menu makanan atlet yang terbaik ya?

    Contoh menu makanan atlet yang terbaik

    Sebagai seorang pemain sukan, berikut adalah contoh menu makanan atlet yang terbaik buat anda:

    #1. Beri

    Buah beri seperti beri rasberi, strawberi, beri biru atau beri hitam adalah sangat kaya dengan antioksidan yang sangat diperlukan untuk merehatkan tubuh badan selepas beraktiviti.

    Ia juga mengandungi phytochemical yang mampu mengelakkan oksidatif stres pada tubuh badan semasa melakukan aktiviti yang sangat tertekan seperti bersukan.

    #2. Salmon

    Ikan salmon adalah tinggi dengan kandungan protein dan asid lemak omega-3 yang mampu membantu mengurangkan keradangan pada tubuh badan selepas beraktiviti secara berterusan.

    Selain itu, ia juga mampu membantu atlet mengelakkan penyakit jantung kerana ia adalah salah satu daripada jenis makanan yang merupakan pembersih arteri semula jadi.

    air-panas-cara-terbaik-memasak-pasta

    Menu makanan atlet #3. Pasta

    Tidak semua karbohidrat adalah jahat ya? Hakikatnya, kategori makanan ini juga adalah penting dalam menu makanan atlet!

    Ini kerana pasta yang tinggi karbohidrat ini boleh berfungsi sebagai ‘bahan bakar’ tubuh badan ketika beraktiviti.

    Anda boleh pilih pasta gandum penuh kerana ia mempunyai kandungan gula yang rendah berbanding pasta putih.

    #4. Oat

    Tiada apa yang lebih penting berbanding sarapan yang berzat dan berkhasiat bukan? Oleh itu, oat harus dijadikan sebagai makanan sarapan yang utama!

    Ini kerana ia mampu membantu mengurangkan masalah kesihatan kardiovaskular serta mengelakkan beberapa jenis kanser.

    Oleh itu, sila makan oat sekurang-kurangnya sepinggan sehari pada waktu pagi agar tubuh badan mampu menjadi lebih segar dan kuat.

    Menu makanan atlet #5. Telur

    Telur wajib menjadi makanan kegemaran setiap atlet di luar sana kerana ia mengandungi protein tinggi yang bagus untuk pembinaan otot.

    Disebabkan itu, ramai atlet yang gemar memakan telur mentah sebagai menu sarapan pagi demi kecantikan dan ketegapan tubuh badan.

    Tidak salah untuk anda cuba bukan?

    #6. Pisang

    Pernahkah kalian melihat perlawanan bola sepak di stadium? Perasan tak, ketika waktu rehat, para pemain diberi makan sebiji buah pisang?

    Ini kerana buah ini adalah rendah kalori serta merupakan sumber elektrolit semula jadi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan selepas beraktiviti.

    Selain itu, ia juga kaya dengan potasium serta mampu meregulasikan kandungan air yang kalian ambil (mungkin terlalu banyak) selepas beraktiviti.

    Menu makanan atlet #7. Susu

    Bukan bayi sahaja yang perlu minum susu malahan para atlet juga ya!

    Ketahuilah bahawa susu adalah tinggi kandungan karbohidrat dan protein sekali gus menjadikan ia minuman terbaik selepas beraktiviti.

    Ini kerana ia mampu memberi kesan positif terhadap otot tubuh badan anda yang sudah penat bekerja dengan meremajakan ia semula.

    Disebabkan itu, minuman protein kebiasaannya dijadikan dalam bentuk serbuk susu untuk dibancuh dan diminum selepas workout.

    #8. Kismis

    Akhir sekali, kismis? Ya, bukan sahaja ia bagus untuk minda malahan otot juga!

    Menurut kajian yang dijalankan terhadap 11 atlet penunggang basikal, didapati bahawa mereka yang mengambil kismis akan lebih bertenaga.

    Ini kerana makanan ajaib ini memberikan tenaga yang asas melalui kandungan karbohidrat yang agak tinggi di dalam sebiji kismis yang kecil.

    seks dan sukan

    Anda juga seorang ahli sukan? Boleh cuba 7 menu makanan atlet ini sekarang juga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan