backup og meta

Cara Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Sihat

Cara Menurunkan Berat Badan dengan Cepat dan Sihat

Sedang mencari cara menurunkan berat badan? Teruskan membaca artikel ini untuk jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Masalah berat berlebihan

Perkara ini mungkin selalu berlaku kepada anda: Anda berikrar untuk berpegang kepada rutin senaman harian dan menghitung setiap kalori yang diambil.

Tetapi tidak lama kemudian, anda sedang makan kuih di pejabat dan merebut snek , Oops, diet rosak.

Sekiranya anda membakar 500 kalori lebih daripada apa yang anda makan setiap hari selama seminggu, anda boleh kehilangan kira-kira 0.5-1 kg.

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan lebih cepat, anda perlu kurangkan makan dan banyakkan bersenam.

Sebagai contoh, jika anda mengambil 1,050 hingga 1,200 kalori sehari, dan bersenam selama satu jam sehari, anda boleh kehilangan 1.5-2.5 kg pada minggu pertama, atau lebih lagi jika berat badan anda lebih daripada 110 kg.

Anda tidak boleh mengurangkan kalori lebih daripada itu kerana ia berbahaya.

Rancangan yang digariskan di sini akan:

  • Mengurangkan selera anda dengan ketara.
  • Membuat anda berjaya menurunkan berat badan dengan cepat, tanpa rasa lapar.
  • Meningkatkan kesihatan metabolik anda pada masa yang sama.

cara menurunkan berat badan

Cara menurunkan berat badan

Jom ketahui rancangan mudah 3 cara menurunkan berat badan anda dengan cepat.

Potong gula dan kanji

Bahagian yang paling penting ialah memotong gula dan kanji (karbohidrat).

Ini adalah makanan yang merangsang rembesan insulin yang paling banyak. Jika anda masih belum tahu, insulin adalah hormon penyimpan lemak utama dalam badan.

Apabila insulin menurun, lemak akan lebih mudah keluar daripada simpanan dan badan akan mula membakar lemak bukannya karbohidrat.

Manfaat lain penurunan insulin ialah buah pinggang anda dapat membuang natrium dan air berlebihan daripada badan, yang mengurangkan berat kembung perut dan berat air yang tidak diperlukan.

Makan protein, lemak dan sayur-sayuran salah satu cara menurunkan berat badan

Setiap hidangan anda perlu memasukkan sumber protein, sumber lemak dan sayur-sayuran rendah karbohidrat.

Membina hidangan anda dengan cara ini secara automatik akan mengurangkan pengambilan karbohidrat anda ke dalam julat yang disyorkan sebanyak 20-50 gram sehari.

Sumber protein:

  • Daging – Daging lembu, ayam, kambing, dll.
  • Ikan dan Makanan Laut – ikan, udang, sotong, dll.
  • Telur – telur Omega-3 atau telur dipastrur adalah pilihan yang tebaik.

Sayuran rendah karbohidrat:

  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Bayam
  • Kale
  • Daun salad
  • Kobis
  • Timun
  • Saderi

Baca juga:

Sumber lemak:

  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa
  • Minyak avokado
  • Mentega
  • Lemak Sapi

Berikut adalah lebih banyak petua untuk mengubah diet anda dari Dawn Jackson Blatner, RD, penulis The Flexitarian Diet:

  • Makan sayur-sayuran untuk membantu anda berasa kenyang.
  • Minum banyak air.
  • Keluarkan makanan yang mengiurkan daripada rumah anda.
  • Sibukkan diri- jangan makan hanya kerana anda bosan.
  • Makan hanya dari pinggan, sambil duduk di atas meja. Jangan makan di hadapan peti sejuk.
  • Jangan melangkaui waktu makan.

Angkat berat 3 kali seminggu

Anda tidak perlu bersenam untuk menurunkan berat badan pada pelan ini, tetapi disyorkan.

Pilihan terbaik adalah pergi ke gim 3-4 kali seminggu. Panaskan badan, angkat beban, kemudian regangkan badan.

Sejauh mana senaman membantu mengurangkan berat badan masih diperdebatkan, tetapi faedahnya jauh melampaui pembakaran kalori.

Senaman turunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme anda dan menenangkan fikiran anda- manfaat yang pastinya tidak patut dilepaskan.

Pergi berjalan kaki, regangkan badan, banyakkan bergerak dan anda akan mempunyai lebih banyak tenaga dan motivasi untuk menangani perkara lain dalam program penurunan berat badan anda.

cara menurunkan berat badan

Penyelidikan menunjukkan bahawa tiga senaman selama 10 minit setiap hari sama faedahnya dengan satu senaman selama 30 minit.

Mulakanlah cara menurunkan berat badan melalui bersenam dengan perlahan dengan sedikit aktiviti fizikal setiap hari.

Kemudian, ketika anda mula menurunkan berat badan dan mempunyai lebih banyak tenaga, anda akan mendapati lebih mudah untuk menjadi lebih aktif secara fizikal.

Cuba berjalan dengan rakan, menari, mendaki, berbasikal, menikmati waktu bermain bola keranjang, atau bermain permainan video dengan gerakan fizikal bersama anak-anak anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Healthy Weight Loss and Dieting Tips. http://www.helpguide.org/articles/diet-weight-loss/healthy-weight-loss-and-dieting.htm. Accessed December 24, 2016.
  2. Losing Weight. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/losing-weight. Accessed on Aug 7, 2023.
  3. Weight loss: 6 strategies for success. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047752. Accessed on Aug 7, 2023.
  4. 8 Strategies to Help You Lose Weight. https://health.clevelandclinic.org/how-to-lose-weight/. Accessed on Aug 7, 2023.
  5. How to Maximize Weight Loss From Exercise. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2021/exercise-weight-loss.html. Accessed on Aug 7, 2023

 

Versi Terbaru

09/08/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Badan Naik Lepas Raya, Cuba 7 Petua Kurus Ini, 'Confirm' Turun Berat Dalam 7 Hari!

Inginkan Badan Langsing? Jom Amalkan Diet Ubi Keledek, Sedap Dan Mengenyangkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 09/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan