backup og meta

Manfaatkan Fungsi Chiller Dalam Peti Sejuk Rumah Anda, Ini Jenis Makanan Sesuai Simpan Di Chiller

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/03/2023

    Manfaatkan Fungsi Chiller Dalam Peti Sejuk Rumah Anda, Ini Jenis Makanan Sesuai Simpan Di Chiller

    Setiap daripada kita pasti mempunyai peti sejuk atau peti ais di rumah bukan? Tahukah anda apa kegunaan ruangan peti sejuk chiller yang sebenar? Ini kegunaan chiller peti sejuk yang patut anda tahu.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu peti sejuk chiller?

    peti sejuk chiller

    Jika anda lihat dalam peti sejuk tersebut, adakah terdapat satu bahagian peti ais yang bertutup atau mempunyai pintu? Ia biasanya terletak di bawah bahagian sejuk beku atau freezer.

    Ruang tersebutlah yang disebut sebagai chiller. Apakah fungsi chiller ini?

    Bahagian ini berfungsi menyejukkan makanan pada suhu yang sedikit rendah berbanding bahagian lain dalam peti sejuk.

    Namun suhunya tidaklah terlalu rendah sehingga membekukan makanan seperti di bahagian sejuk beku.

    Jika bahagian lain fridge mempunyai suhu antara 3 hingga 5 darjah Celcius, suhu dalam bahagian chiller pula boleh ditetapkan antara 1 hingga 7 darjah Celcius.

    Anda pernah lihat chiller yang biasa terdapat di kedai runcit, kedai makan mahupun restoran?

    Ya, chiller dengan pintu kaca yang membolehkan kita memilih minuman sebelum membukanya itu juga mempunyai konsep dan suhu yang sama dengan chiller dalam peti sejuk di rumah.

    Walau bagaimanapun, saiz chiller di rumah kita lebih kecil dan biasanya ia hanya sesuai untuk diisi dengan makanan sahaja.

    Kegunaan chiller peti sejuk

    peti sejuk chiller

    Apakah fungsi sebenar peti sejuk chiller ini? Apa-apa bahagian dalam peti ais mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengawetkan makanan supaya ia lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

    Penyejukan atau pembekuan makanan dilakukan bagi menghambat atau merencatkan pertumbuhan bakteria dan kulat yang boleh merosakkan makanan.

    Seperti bahagian lain dalam peti sejuk, chiller juga berfungsi untuk menyejukkan makanan dan mengawetkannya daripada cepat rosak.

    Namun, suhunya sedikit rendah berbanding suhu dalam bahagian lain peti sejuk dan tidaklah terlalu sejuk berbanding bahagian sejuk beku.

    Saiz chiller dalam peti sejuk bergantung kepada jenis peti sejuk yang anda miliki.

    Jika peti sejuk anda agak besar, maka bahagian chillernya juga sedikit besar. Jika peti sejuk sedikit moden, maka chillernya juga lebih baik.

    Walaupun apa-apa bahan boleh disimpan dalam bahagian ini, namun ia biasanya disimpan dengan bahan makanan sahaja berbanding minuman.

    Ini kerana saiznya yang agak kecil untuk diisi dengan botol minuman selain bentuknya yang memanjang ke belakang. 

    Makanan apakah yang sesuai disimpan dalam chiller?

    Anda pasti tertanya-tanya, apakah jenis makanan yang sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk chiller ini? Sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang boleh disimpan di sini.

    Antaranya ialah seperti ikan, ayam dan juga daging. Ini kerana ruangan ini jauh lebih sejuk berbanding ruangan di bawahnya.

    Chiller boleh bertindak mengasingkan bahan makanan mentah seperti ini daripada mencemarkan bahan makanan bermasak lain melalui pencemaran silang (cross-contamination).

    Ia boleh menghalang segala bakteria daripada ikan atau daging yang mentah daripada hinggap dan mencemarkan makanan bermasak lain dalam peti sejuk.

    peti sejuk chiller

    Selain itu, jika anda lebih gemar menyimpan bahan mentah dalam ruangan sejuk beku, maka anda boleh menyimpan baki makanan bermasak dalam ruangan peti sejuk chiller ini.

    Ini kerana ia boleh mengawetkan makanan anda lebih lama selain mengelakkan bau makanan tersebut pergi ke makanan-makanan lain dalam peti sejuk.

    Ruangan ini juga boleh mengelakkan kuah atau air makanan tumpah dan pergi ke kawasan lain dalam peti sejuk. 

    Berapa lama makanan mentah boleh disimpan dalam peti sejuk chiller?

    Memandangkan makanan mentah seperti ayam, ikan atau daging boleh cepat rosak di bawah suhu yang tidak terlalu rendah, maka ia disarankan untuk disimpan dalam tempoh beberapa hari sahaja jika anda memilih untuk menyimpannya dalam ruang chiller.

    Jika anda mahu menyimpannya dalam tempoh yang lebih lama, ia lebih baik diletakkan dalam bahagian sejuk beku.

    Bahan makanan mentah yang disimpan dalam ruangan sejuk beku boleh bertahan sehingga satu tahun berbanding jika disimpan dalam ruangan bertutup dalam fridge ini

    Kesimpulan

    Sekarang anda telah tahu apa fungsi dan kegunaan ruangan bertutup ini.

    Manfaatkan ruangan tersebut agar lebih banyak makanan dapat disimpan dalam peti sejuk di rumah.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan