backup og meta

Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

ont-weight: 400;’>Anda ingin kurus tapi sukar untuk ikut pelan diet tertentu? Anda mahu jika kami ajarkan cara kurus tanpa perlu berdiet? Ini cara cara untuk kurus yang boleh anda ikuti.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

9 cara kurus tanpa berdiet yang boleh anda amalkan

Sebenarnya, jika anda tahu kaedah dan tip yang tepat, anda masih boleh menurunkan berat badan tanpa mengikut diet yang terlalu ketat.

Kami faham anda mungkin di antara pembaca di luar sana yang agak sukar untuk berdiet.

Tambahan pula dengan jenis-jenis makanan Malaysia yang lazat, pasti sukar untuk menolak godaan makanan di atas meja.

Kami berikan anda beberapa rahsia cara kurus tanpa perlu berdiet. 

Cara cara untuk kurus 1: Jangan pergi ke dapur pada waktu malam

cara kurus

Sudah menjadi tabiat sesetengah individu untuk menikmati snek atau mengambil makanan yang ringan pada waktu malam.

Biasanya, kita mungkin akan minum secawan teh atau memakan biskut sebagai snek pada waktu malam.

Jika anda ingin kurus, hentikan tabiat minum malam ini dengan segera. Tutup lampu dapur pada waktu malam dan tidur lebih awal.

Jika anda benar-benar lapar pada waktu malam, banyakkan minum air kosong sahaja.

Air kosong yang diminum boleh membantu anda berasa kenyang tanpa sebarang tambahan kalori. 

Cara cara untuk kurus 2: Makan banyak sayuran dan buah-buahan

Cuba untuk mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan sumber sayuran dan buah-buahan. Pilih jenis buah dan juga sayur yang mudah dihadam dan juga rendah kalori.

Antara jenis buah dan sayuran yang rendah kalori adalah seperti epal, tembikai, bunga kubis dan juga brokoli.

Pelbagaikan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Sebagai contoh, anda boleh membuat sup sayur, salad, dan salad buah-buahan untuk hidangan anda sekeluarga.

Cara cara untuk  kurus 3: Jangan tinggalkan sarapan

cara cara untuk kurus

Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk tubuh manusia setiap hari. Ini kerana sarapan bertindak sebagai pembekal tenaga selepas anda kekurangan tenaga apabila bangun daripada tidur.

Tambahan pula, sekiranya anda tidak mengambil sarapan, anda lebih cenderung untuk memakan lebih banyak makanan pada waktu makan seterusnya.

Ini akan menjadikan pengambilan kalori harian anda bertambah.

Oleh itu, sama ada anda lapar atau kenyang, wajibkan diri anda untuk mengambil sarapan setiap hari tanpa gagal.

Cara cara untuk kurus 4: Ambil bijirin penuh

Salah satu cara kurus yang paling berkesan tanpa perlu berdiet adalah melalui pengambilan bijirin penuh.

Jika sebelum ini anda biasa memakan roti putih biasa, tukarkannya kepada roti bijirin penuh.

Jika sebelum ini anda kerap memakan bijirin sarapan bergula, tukarkannya kepada bijirin penuh atau oat.

Begitu juga dengan jenis makanan yang lain sepert biskut, pasta dan juga beras, pilihlah jenis bijirin penuh dan lebih sihat.

Tambahan pula, makanan seperti oat sangat baik untuk kesihatan jantung anda.

Cara cara untuk kurus 5: Berjalan 10,000 langkah

Anda mungkin tidak berminat untuk mengawal pemakanan anda atau berdiet dengan cara yang sukar.

Oleh itu, bagi membantu membakar kalori yang telah anda ambil, banyakkan berjalan kaki setiap hari.

Cara yang disarankan adalah dengan berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari.

Anggaran bagi 10,000 langkah ini adalah bersamaan dengan 8 kilometer atau 1 jam 40 minit.

Anda tidak perlu menghabiskan 10,000 langkah dalam satu masa kerana ia pasti memenatkan. Anda boleh melakukannya sedikit demi sedikit.

Paling penting, anda banyakkan berjalan kaki ke mana sahaja dalam satu hari tersebut.

[health_tool_article id=”94632″]

Tiada lagi alasan untuk tidak turunkan berat badan

Apa yang kami kongsikan di sini merupakan antara cara kurus paling mudah yang boleh anda lakukan.

Kini, anda tidak lagi mempunyai alasan untuk menurunkan berat badan anda.

Anda hanya perlukan keazaman dan usaha untuk menurunkan berat badan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/weight-loss/8-ways-to-lose-weight-without-dieting

https://www.verywellfit.com/ways-to-lose-weight-without-going-on-a-diet-3496036

https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/12-tips-to-help-you-lose-weight/

Versi Terbaru

23/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan