backup og meta

Disahkan Ada Kondisi Buah Pinggang Kronik, Adakah Saya Masih Boleh Berpuasa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    Disahkan Ada Kondisi Buah Pinggang Kronik, Adakah Saya Masih Boleh Berpuasa?

    Ramai orang yang mungkin mengalami penyakit kronik, tetapi masih mahu berpuasa. Jadi, adakah penghidap buah pinggang kronik boleh berpuasa? Apakah yang perlu dititiberatkan jika ingin berpuasa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.

    Apakah kesan berpuasa jika ada buah pinggang kronik?

    Menjalani puasa mengharuskan seseorang untuk menahan lapar dan dahaga lebih kurang 12 jam.

    Ini tidak menyukarkan orang sihat dan memiliki fungsi tubuh yang normal.

    Tapi, apa yang berlaku jika penghidap buah pinggang rosak berpuasa, yang biasanya mengalami peningkatan dalam keperluan pemakanan?

    buah pingang kronik

    Sebenarnya, hingga kini masih diperkatakan sama ada pesakit penyakit kronik boleh menjalani puasa atau tidak.

    Namun, daripada pelbagai penyelidikan yang dilakukan pada penghidap buah pinggang kronik, bahawa ia tidak berbahaya sekiranya mereka berpuasa di bulan Ramadan.

    Justeru bagi beberapa pesakit penyakit ini, puasa dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit dan membantu menyokong rawatan yang dijalaninya.

    Ini telah dibuktikan pada penyelidakan yang melibatkan pesakit yang menderita urolithiasis (batu pundi kencing), pemindahan buah pinggang, serta beberapa penyakit ginjal yang lain.

    Puasa memberi kesan baik bagi fungsi ginjal pada setiap pesakit.

    Adakah pesakit buah pinggang kronik boleh berpuasa?

    Tidak semua pesakit yang mengalami ganguan fungsi buah pinggang dibolehkan berpuasa.

    Ia bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.

    Penghidap penyakit buah pinggang yang mengalami masalah seperti poliuria (menghasilkan kencing yang banyak), kadar gula dalam darah tidak terkawal, tekanan darah sering tinggi, mengalami jangkitan hingga komplikasi fungsi jantung, tidak perlu berpuasa terlebih dahulu.

    Ini kerana puasa boleh memburukkan keadaannya.

    Ini perkara yang pesakit penyakit ini kena tahu!

    buah pingang kronik

    Puasa boleh dilakukan jika keadaan fizikal pesakit kuat dan stabil.

    Ia juga harus mendapat pertimbangan serta kebenaran daripada doktor.

    Beberapa perkara yang patut dititiberatkan bagi penghidap buah pinggang rosak berpuasa:

    • Pesakit harus tetap memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor ketika sahur dan berbuka.
    • Ketika berbuka, elakkan memakan makanan yang mengandungi kalium dan fosfor tinggi seperti, kurma, aprikot, gorengan, teh, soda, kopi, dan keju.
    • Pesakit harus memenuhi cairan tubuhnya dengan cara banyak minum air sama ada waktu berbuka dan sahur. Dalam satu hari, pesakit disarankan untuk minum air sekitar 1-2.5 liter untuk mengelakkan dehidrasi. Namun, bergantung pada keadaan fungsi buah pinggang pesakit. Ada sebahagian pesakit buah pinggang yang kronik perlu mengawal pengambilan cecair. Rujuk kepada doktor yang merawat.
    • Air minuman yang sebaiknya diminum penghidap buah pinggang rosak adalah air mineral. Elakkan minuman yang memberatkan kerja ginjal, seperti kopi dan teh.
    • Pesakit harus melakukan pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya setiap 1-2 minggu, selama bulan puasa. Kekerapan pemeriksaan bergantung pada doktor yang merawat dan keadaan pesakit.
    • Apabila muncul simptom atau tanda buah pinggang rosak seperti bengkak di beberapa bahagian tubuh, pening, sukar bernafas, serta merasa kelelahan, maka pesakit harus segera membatalkan puasanya dan segera mendapatkan pemerikasaan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan