Apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan kebetulan pula anda sedang berdiet untuk kurus, menu diet berbuka puasa serta bersahur sudah pasti akan bermain di fikiran.
Anda pasti?
Apabila tiba sahaja bulan Ramadan dan kebetulan pula anda sedang berdiet untuk kurus, menu diet berbuka puasa serta bersahur sudah pasti akan bermain di fikiran.
Ini kerana pada waktu iftar dan sahur itu adalah ketika di mana individu berpuasa cenderung untuk makan dengan sedap dan banyak tanpa fikir apa pula kesan sampingannya.
Persoalannya, apa contoh menu diet berbuka puasa dan bersahur yang ideal? Jom baca artikel!
Secara logik akal, mungkin ramai individu yang akan fikir bahawa bulan Ramadan adalah ketika yang paling sesuai untuk anda mula berdiet kerana berpuasa itu hal wajib.
Ya, anda mungkin betul tentang perkara di atas kerana dengan puasa wajib bagi penganut agama Islam, individu secara tidak langsung hanya akan makan pada waktu tertentu.
Pun begitu, ia juga boleh jadi satu masalah kerana individu cenderung untuk makan dengan lebih sedap dan banyak pada waktu sahur dan iftar lantas menjadikan usaha diet anda itu rosak.
Sebenarnya, keputusan terletak di tangan individu. Anda mungkin tidak perlu tunggu sehingga bulan puasa tiba baru hendak mula diet kerana bila-bila masa sahaja anda boleh bermula.
Namun jika anda masih ingin cuba untuk berdiet dengan berpuasa, jangan putus asa dan teruskan!
Di bulan puasa, ia adalah peluang utama untuk kita semua memulakan atau mengamalkan cara dan gaya pemakanan yang baik. Dengannya, tubuh badan akan jadi lebih sihat.
Walaupun anda tidak boleh makan dari terbit fajar hingga tenggelam matahari, namun anda masih boleh makan pada waktu sahur dan iftar dengan juadah yang sihat.
Dengan berpandu kepada beberapa tip-tip penting di bawah, tubuh badan anda akan kekal sihat:
Bukan pada waktu anda sedang berpuasa ya! Anda masih boleh minum air kosong dengan secukupnya di antara waktu iftar dan sahur untuk mengelakkan kondisi dehidrasi.
Jumlah yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 10 gelas kerana anda sudah tidak makan dan minum kira-kira 12 jam puasa pada waktu siang. Maka, sila cukup minum air.
Apa yang penting, adalah sumber air tersebut disarankan dalam bentuk air kosong dan bukan air bergula, berkafein mahupun beralkohol kerana ia adalah pilihan yang salah.
Sahur itu sangat penting bagi menyediakan sumber tenaga untuk individu mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental sepanjang tempoh anda berpuasa.
Pengambilan karbohidrat kompleks daripada banyak sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, daging, telur, tenusu dan lain-lain itu amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Iftar itu lebih penting untuk mengisi semula perut yang telah lama menahan lapar dan dahaga. Namun, waktu ini bukan lesen untuk kita semua melantak seperti lupa dunia.
Pengambilan protein, vitamin, mineral dan lain-lain nutrisi adalah sangat penting untuk mengecas kembali sumber tenaga yang hilang. Cuma, pastikan juadah anda itu sihat.
Sekiranya anda berdiet dan berpuasa dalam masa yang sama, ia tiada masalah. Apa yang perlu anda beri lebih perhatian adalah tentang menu diet berbuka puasa dan bersahur itu.
Berikut adalah contoh -jenis jenis hidangan yang mungkin boleh anda amalkan ketika iftar dan sahur:
Antara contoh menu yang baik di waktu sahur adalah roti, biskut, nasi, telur, tenusu, minuman malt coklat berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah bersahur yang lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Sandwic berinti telur, keju dan sos @ krim kegemaran berserta minuman coklat panas.
Antara contoh menu yang baik di waktu iftar adalah nasi, mi, bihun, pasta, daging, minuman teh herba, berserta sayur seperti salad dan buah seperti kurma. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan juadah berbuka puasa lebih sedap, mudah dan berkhasiat.
Cadangan: Nasi putih berlauk sup daging, sayur timun, buah kurma berserta minuman teh hijau.
Jangan dilupa juga waktu moreh sama ada di rumah atau di surau usai solat tarawih ya?
Selepas menikmati menu diet berbuka puasa, anda mungkin masih rasa lapar terutama selepas solat terawih.
Anda mungkin boleh makan pada waktu lepas isyak ini dengan hidangan yang agak ringan seperti roti, biskut dan pelbagai jenis snek sihat untuk kekal bertenaga menjalani ibadah di bulan mulia ini.
Cadangan: Bubur nasi @ lambuk berlauk daging ayam berserta minuman buah lemon atau limau.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen