Apa Itu Demam Denggi Berdarah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Demam denggi bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Berada di kawasan tropikal yang mengalami hujan sepanjang tahun, Malaysia adalah antara negara dengan kadar kes denggi tertinggi di dunia. Hampir 100 000 kes dicatatkan setiap tahun. Kebanyakan kes denggi melibatkan demam denggi biasa yang berkekalan selama satu atau dua minggu tanpa komplikasi yang serius. Namun, ada peratusan kecil daripada kes denggi yang boleh membawa maut iaitu demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi.

Demam denggi terdiri daripada beberapa jenis. Jenis-jenis tersebut adalah:

  • Denggi dengan demam biasa (undifferentiated fever).
  • Demam denggi biasa (classical dengue).
  • Demam denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever).
  • Sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome).

Pada tahun 2017, sebanyak 163 kematian telah dilaporkan manakala tahun sebelumnya pula adalah sebanyak 214 kematian. Disebabkan potensi denggi membawa maut, ia adalah penyakit yang perlu diberi perhatian. Tambahan pula, ia boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk dan boleh dicegah dengan langkah serta penguatkuasaan yang rapi.

Apa itu demam denggi berdarah?

Demam denggi berdarah atau dengue hemorrhagic fever adalah sejenis sindrom yang cenderung berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Ia menyebabkan beberapa simptom termasuk:

  • Demam yang sangat panas.
  • Sakit abdomen.
  • Muntah.
  • Kegelisahan.
  • Mudah lebam, pendarahan bawah kulit, gusi atau hidung.
  • Kegagalan sistem peredaran darah (shock).

Keadaan utama yang membuatkan demam denggi berdarah bahaya adalah kebocoran plasma. Ia disebabkan oleh peningkatan pada kebolehtalapan (permeability) kapilari, menyebabkan plasma keluar daripada saluran darah menjadikan darah lebih pekat. Di samping itu, ia juga mungkin menyebabkan paru-paru berair (pleural effusion) dan ascites (perut buncit).

dengue fever

Sindrom ini turut boleh menjejaskan hati dan menyebabkan radang hati atau hepatitis.

Kegagalan sistem peredaran pula menyebabkan tekanan darah rendah dan mungkin membawa maut tidak tidak dirawat segera. Kematian mungkin berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas permulaan tanda-tanda kegagalan sistem peredaran darah.

Bagaimana demam denggi berdarah boleh berlaku?

Mana-mana jenis demam denggi, semuanya disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti. Virus ini mempunyai empat jenis serotype (jenis-sero) iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3, DEN-4.

Setiap orang hanya boleh menghidap demam denggi sekali dari setiap virus.

Patologi bagaimana demam denggi berdarah boleh berlaku adalah kurang jelas. Namun, kebanyakan pesakit yang mengalami denggi berdarah pernah mengalami demam denggi sebelumnya.

Apabila seseorang dijangkiti buat kali kedua oleh serotype virus denggi yang lain dan menghasilkan kadar antibodi yang rendah, antibodi ini mungkin bergabung dengan macrophage (sejenis sel bertindak menghapuskan bakteria atau virus) sehingga menyebabkan proses menghapuskan virus berkenaan gagal.

Sebaliknya ini akan membentuk kompleks antigen-antibodi yang mengakibatkan pelepasan bahan-bahan menyebabkan peningkatan kebolehtalapan (permeability) saluran darah sehingga berlaku kebocoran plasma, hypovolemia (kurang darah di dalam saluran darah) dan kejutan (shock).

Ilustrasi kompleks antigen-antibodi

Beberapa kajian mendakwa bahawa kiraan platelet yang rendah berkaitan dengan patologi pada T cell (salah satu sel darah putih) di mana T cell menjadi lebih aktif daripada biasa dan mempercepatkan proses penghapusan sel (apoptosis) sehingga kiraan platelet turut terjejas.

Mencegah demam denggi berdarah

Demam denggi adalah penyakit yang boleh dicegah. Pencegahan hendaklah bermula dari rumah. Langkah-langkah berikut boleh diambil:

  • Membuang bekas air yang boleh menakung air.
  • Memastikan pasu-pasu bunga atau bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Memastikan tangki dan bekas tadahan air ditutup.
  • Gunakan semburan untuk membunuh nyamuk.
  • Melindungi diri dari gigitan nyamuk seperti menutup tingkap dan pintu rumah, memakai baju lengan panjang atau menyapu ubat penghalau nyamuk.
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk eletrik di rumah.

Jangan pandang ringan terhadap kemungkinan nyamuk membiak di kawasan rumah anda. Lindungi diri, keluarga dan kejiranan anda daripada denggi. Jangan sampai kecuaian anda menyebabkan orang lain menderita.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?

    Nyamuk betina diketahui bergantung kepada pelbagai maklumat deria untuk mencari individu untuk digigit, berpandukan kepada kehadiran karbon dioksida, bau badan, haba, kelembapan, dan isyarat visual. Kini, para penyelidik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

    Terkini, Kelantan mencatatkan 107 kes demam denggi sepanjang minggu ke-9 tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan 805 kes dengan dua kematian sepanjang dua bulan pertama 2019. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020
    banjir

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019
    kes zika

    Kes Zika Telah Dikenal Pasti Di Perak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 16/10/2019
    ketam

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/07/2019