Kelebihan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mental

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sememangnya diketahui umum bahawa aktiviti fizikal adalah bagus untuk tubuh badan. Ia juga merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kesihatan mental. Senaman yang dilakukan secara berkala boleh memberi kesan positif kepada kebimbangan dan depresi. Ia juga melegakan tekanan, menguatkan ingatan, membantu anda untuk tidur dengan lebih baik dan merangsang mod anda. Tidak kira berapa umur dan tahap kecergasan anda, anda sentiasa boleh mempelajari cara menggunakan aktiviti fizikal sebagai alat untuk membantu merasa lebih baik.

Kelebihan aktiviti fizikal terhadap kesihatan mental

Manfaat kesihatan mental daripada senaman berkala yang perlu ditekankan ialah;

Mengurangkan stres

Melegakan stres merupakan salah satu manfaat bersenam pada mental yang paling popular. Mengeluarkan peluh dapat membantu untuk mengawal tekanan mental dan fizikal. Aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan paras norepineferin, bahan kimia/hormon yang menngurangkan respon otak kepada tekanan.

Merangsang hormon gembira

Senaman merangsang perembesan endorfin iaitu bahan kimia/hormon yang menghasilkan rasa gembira dan euforia. Kajian menunjukkan bahawa senaman juga boleh menyingkirkan simptom-simptom kemurungan, yang merupakan salah satu punca kepada terjadinya kesihatan mental.

Meningkatkan keyakinan diri

Tanpa mengira jantina, umur, saiz dan berat , aktiviti fizikal boleh meningkatkan persepsi seseorang pada tarikan dirinya sendiri, itulah yang dipanggil harga-diri

Mengelakkan kemerosotan kognitif

Bersenam, terutamanya bagi yang berumur antara 25-45 tahun, merangsang bahan kimia di dalam otak yang menyekat kemerosotan hipokampus iaitu bahagian penting di dalam otak yang bertanggungjawab bagi fungsi kognitif, memori dan pembelajaran. Aktiviti fizikal berkala menguatkan ingatan dan kemampuan untuk mempelajari perkara baru. Ia juga meningkatkan penghasilan sel di dalam hipokampus. Kajian juga menunjukkan bahawa berlari dapat membantu menghafal kosa kata dengan lebih baik.

Mengawal ketagihan

Sebahagian orang mengalami ketagihan dopamine iaitu bahan kimia yang dilepaskan oleh otak sebagai respon kepada apa sahaja bentuk kenikmatan. Ia menyebabkan mereka menjadi ketagih kepada bahan-bahan yang menghasilkannya seperti dadah dan alkohol. Senaman dapat membantu untuk memulihkan ketagihan.

Meningkatkan ketenangan

Bagi sesetengah orang, senaman yang sederhana seolah-olah seperti mengambil pil tidur, sama juga bagi orang yang ada insomnia. Bersenam sebelum waktu tidur membuatkan suhu badan menaik. Apabila suhu kembali normal beberapa jam kemudian, ia memberi isyarat pada badan untuk tidur.

Dapat menyelesaikan lebih banyak perkara

Kajian menunjukkan bahawa orang yang melakukan senaman fizikal secara berkala lebih produktif dan bertenaga berbanding mereka yang tidak bersenam.

Merangsang kreativiti

Senaman kardio boleh merangsang kreativiti sehingga dua jam kemudian. Sekiranya anda memerlukan cetusan pemikiran kreatif, lakukan senaman seperti berjalan jauh atau belari untuk menyegarkan badan dan minda and.

Adakah anda pernah terfikir sejauh mana anda perlu menjadi aktif untuk mendapatkan rangsangan kesihatan mental? Sebenarnya ia tidaklah sebanyak yang anda fikirkan . Senaman yang sederhana selama 30 minit  sebanyak lima kali seminggu adalah disyorkan. Sekiranya anda terlalu sibuk, dua sesi senaman (15minit setiap sesi) atau tiga sesi senaman (10minit setiap sesi) juga boleh dilakukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut