7 Selebriti Berjuang Melawan Kanser Payudara, Berikan Mereka Semangat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/02/2020 . 2 mins read

Kanser payudara – adalah antara kanser yang paling digeruni kaum Hawa. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, waima selebriti juga tidak terkecuali. 

Berikut merupakan antara selebriti yang pernah berjuang melawan penyakit kanser ini. Ada yang masih berjuang, ada yang sudah bebas kanser, dan ada juga yang meninggal dunia disebabkannya.

  1. Christina Applegate

Aktres komedi Amerika ini didiagnosis dengan kanser pada 2008, ketika berusia 36 tahun. Tumornya dapat dikesan melalui MRI apabila doktor memberitahu mamogram tidak bersesuaian kerana kepadatan payudaranya. 

Beliau menjalani proses rawatan bilateral mastectomy selepas mengetahui wujud gen BRCA, iaitu gen kanser payudara. Aktres ini bernasib baik kerana masalah kanser ini dikesan pada peringkat awal dan belum merebak ke bahagian badan yang lain. 

  1. Kylie Minogue

Penyanyi pop Australia ini didiagnosis dengan kanser pada peringkat awal ketika berusia 36 tahun pada 2005 sebulan selepas beberapa bulan didakwa tidak mempunyai sebarang masalah kanser. 

Empat hari selepas diagnosis, penyanyi ini memilih untuk menjalani pembedahan dan memulakan rawatan kemoterapi. Kini beliau telah bebas kanser sepenuhnya. 

  1. Olivia Newton-John

Pertama kali didiagnosis pada tahun 1992, penyanyi, pelakon dan aktivis yang pernah memenangi anugerah Grammy ini telah menjalani rawatan separa mastectomy dan kemoterapi sebelum bebas kanser selama 25 tahun. 

Pada Mei 2017, kanser selebriti ini kembali dan merebak ke bahagian sakrum, iaitu tulang komposit pada belakang pelvis dengan simptom sakit belakang. Rawatan yang dijalani beliau adalah terapi radiasi foto (photo radiation therapy).

  1. Dame Maggie Smith

Jika anda penggemar filem Harry Potter, pasti anda mengenali watak watak naib pengetua Hogwarts, Profesor Minerva McGonagall. Aktres ini didiagnosis dengan kanser payudara ketika berusia 74 tahun semasa penggambaran filem Harry Potter and the Half-Blood Prince.

Beliau tetap meneruskan penggambaran walaupun ketika itu sedang menjalani rawatan kemoterapi.

  1. Wanda Sykes

Tahun 2011, aktres dan pelawak ini didiagnosis dengan kanser peringkat awal pada payudara sebelah kirinya. Beliau memilih untuk melakukan double mastestomy bagi memastikan tahap kesihatan yang baik pada masa hadapan.

Walaupun proses rawatan double mastestomy tidak menjanjikan 100 peratus jaminan kanser tidak berulang, tetapi prosedur ini dikatakan dapat mengurangkan kemungkinan lebih 90 peratus.

  1. Angelina Jolie

Sama seperti Christina Applegate, aktres cantik ini juga mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara dan memilih untuk melakukan ujian genetik. Hasil ujian menunjukkan dia positif untuk genetik mutasi BRCA1 dan menjalani rawatan double mastectomy ketika di usia 30-an. 

Menariknya, Angelina melakukan double mastectomy walaupun tiada sebarang kanser dikesan pada salah satu payudaranya. Keputusan yang dilakukan ini telah mengurangkan risiko untuk mengembangkan kanser payudaranya dari lebih 80 peratus kepada hanya 5 peratus. 

  1. Maimon Mutalib

Jika anda peminat drama Melayu, pasti anda pernah menonton drama lakukan Allahyarhamah Maimon Mutalib. Beliau merupakan antara individu yang bertarung dengan kanser payudara. Ketika kanser ini dikesan pada tahun 2013, penyakit ini telah pun berada pada tahap keempat. Allahyarhamah meninggal dunia pada 17 September 2013.

Akhir kata

Jika anda menyedari sebarang perubahan pada payudara anda, lakukan pemeriksaan lanjut. Jangan ambil mudah dan menganggap ia sebagai satu perkara remeh. Kanser payudara masih boleh dikesan pada peringkat awal. Pengesanan awal itu adalah yang sebaiknya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pemeriksaan Mamografi Bawa Manfaat Kepada Lelaki

    Lelaki mengalami kanser payudara. Tak sangka, bukan? Tetapi dengar kata pemeriksaan mamografi dapat bantu kesan kanser ini, betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pernah Hidap Kanser Payudara dan Alami Simptom Sekali Lagi? Segeralah Berjumpa Doktor

    Kebanyakan wanita yang pernah menghidap kanser payudara telah mengalami kelewatan untuk didiagnosis dengan kanser payudara sekunder. Lanjutkan Hello Doktor!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/10/2019 . 2 mins read

    Kylie Minogue Kongsi Kisah Sedih Bagaimana Kanser Tipiskan Peluangnya Bergelar Ibu…

    Bukan semua individu terbuka untuk berkongsi kisah peribadi. Ikuti kisah penyanyi pop Australia, Kylie Minogue mengenai keinginannya bergelar ibu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 07/10/2019 . 2 mins read

    Saya Risau, Betul Ke Deodoran Boleh Sebabkan Kanser Payudara? 

    Mungkin anda pernah mendengar mengenai dakwaan bahawa antiperspirant atau deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/10/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    Ramai Wanita Malaysia TAK SUKA Bentuk Payudara Sendiri – Tapi Kenapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 mins read
    rawatan-herba-jejaskan-kanser-payudara

    Rawatan Herba Jejaskan Keberkesanan Rawatan Kanser Payudara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 mins read
    pembedahan-bariatrik-atasi-risiko-kanser

    Berdasarkan Kajian, Pembedahan Bariatrik Boleh Atasi Risiko Perkembangan Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 4 mins read
    larian kesedaran

    Larian Untuk Kesedaran: Betul Ke Sedar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 23/10/2019 . 4 mins read