Usia
Fungsi buah pinggang seseorang, baik lelaki mahupun wanita, akan merosot dengan peningkatan usia. Ini boleh disebabkan oleh hasil kecederaan buah pinggang kumulatif yang terkumpul sepanjang tempoh seseorang itu menua yang akhirnya menyebabkan mereka lebih senang untuk mendapat penyakit buah pinggang. Menurut kajian penduduk di Turki, kadar kemungkinan seseorang untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang adalah sekitar 1.45 hingga 2.18 kali ganda dengan setiap peningkatan usia sebanyak 10 tahun selepas usia 30 tahun.
Obesiti
Obesiti adalah salah satu faktor risiko untuk kegagalan buah pinggang yang boleh dikawal dan diubahsuai. Menurut kajian epidemiologi berskala besar di Sweden, berat badan yang berlebihan (mengikut pengkelasan BMI) walaupun pada usia 20 tahun, didapati mempunyai kaitan risiko sebanyak 3 kali ganda untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang. Peranan obesiti dalam mengakibatkan penyakit kronik buah pinggang dikatakan disebabkan oleh proses keradangan, stres oksidatif, kecederaan endotelial, dan juga peningkatan isipadu cecair badan (hypervolemia). Selain BMI yang tinggi, membawa berat berlebihan pada bahagian perut/abdomen turut dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kronik buah pinggang.
Status Sosioekonomi
Status sosioekonomi dapat ditentukan berdasarkan pendapatan, pekerjaan, pendidikan, aset dan juga keadaan perumahan seseorang. Mereka yang mempunyai pendapatan bawah USD 16,000 setahun berbanding mereka yang mempunyai pendapatan lebih USD 35,000 setahun, dikaitkan dengan 2.4 kali ganda peningkatan penyakit buah pinggang. Dalam kajian lain, mereka yang menghidap penyakit buah pinggang adalah lazimnya mereka yang berasal daripada keluarga pekerja yang tidak berkemahiran.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen