What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kesan Diabetes Terhadap Tubuh Badan

Kesan Diabetes Terhadap Tubuh Badan

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah keadaan perubatan yang menjadikan tubuh badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin, yang merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk mengubah glukosa menjadi tenaga. Walaupun diabetes boleh dirawat, masih terdapat komplikasi yang berpotensi seperti kerosakan buah pinggang, penyakit jantung, dan gangguan saraf.

Buah pinggang yang terancam

Diabetes boleh merosakkan buah pinggang anda dengan mengganggu keupayaannya untuk menapis bahan yang tidak diperlukan daripada darah anda, mengakibatkan keadaan yang disebut nephropathy diabetik. Keadaan ini tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal. Satu-satunya tanda menunjukkan bahawa buah pinggang anda berada dalam masalah adalah apabila terdapat peningkatan jumlah protein dalam air kencing anda (microalbuminuria). Individu yang menghidap diabetes perlu diperiksa melalui nefropati untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang dan kegagalan buah pinggang yang tidak dapat dipulihkan.

Pembentukan lemak dalam dinding salur darah

Tahap glukosa darah yang tinggi boleh meningkatkan pembentukan lemak dalam dinding saluran darah. Lemak terbina secara perlahan yang menyekat aliran darah dan mengeraskan saluran darah (aterosklerosis). Diabetes juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi yang meletakkan tekanan pada jantung anda. Menurut National Diabetes Information Clearinghouse, orang yang menghidap diabetes mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghidap penyakit jantung atau strok daripada indidvidu yag tidak menghidap diabetes. Sekiranya anda merokok, risiko mengalami masalah kardiovaskular akan meningkat dengan ketara.

Kerosakan saraf

Diabetes juga memusnahkan saraf (neuropati periferal), mengakibatkan persepsi yang tidak tepat terhadap haba, sejuk, dan sakit, yang menjadikan anda lebih mudah terdedah kepada kecederaan. Ini juga menjadikan anda lebih cenderung untuk mengabaikan sebarang kecederaan yang terjadi, terutamanya jika ia berada di tempat yang sukar untuk dilihat, seperti antara jari kaki anda, pada tumit anda, atau bahagian bawah kaki anda.

Anda masih dapat menjauhkan diri daripada sebarang komplikasi tersebut dengan menjalani gaya hidup sihat dan mengikut arahan doktor anda dengan patuh. Makanan yang sihat, senaman yang kerap, dan ubat-ubatan yang sesuai mungkin akan mengawal diabetes anda, sekaligus dapat mengelakkan sebarang komplikasi daripada terjadi.

Verifying...
health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Controllable risk factors – diabetes. http://www.stroke.org/site/PageServer?pagename=diabetes. Accessed December 19, 2016.

Diabetes, heart disease, and stroke. 2014, February 19. http://diabetes.niddk.nih.gov/dm/pubs/stroke/. Accessed December 19, 2016.

Facts about diabetic retinopathy. http://www.nei.nih.gov/health/diabetic/retinopathy.asp. Accessed December 19, 2016.

Foot complications. http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/foot-complications/. Accessed December 19, 2016.

Gastroparesis. http://digestive.niddk.nih.gov/ddiseases/pubs/gastroparesis/. Accessed December 19, 2016.

High blood pressure. http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/high-blood-pressure-hypertension.html. Accessed December 19, 2016.

Kidney disease (Nephropathy).http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/kidney-disease-nephropathy.html. Accessed December 19, 2016.

Skin complications. (2014, March 31). http://www.diabetes.org/living-with-diabetes/complications/skin-complications.html. Accessed December 19, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 17/04/2022
Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew