Sakit Jantung Punca Kematian Utama Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 19, 2019

Bercakap tentang diabetes, hal yang paling dirisaukan adalah komplikasinya. Ini adalah kerana itu merupakan perkara yang paling susah dikawal. Pengurusan dan rawatan diabetes adalah bermaksud mengurus dan merawat komplikasinya.

Perbandingan antara diabetes dan komplikasinya

Dalam kalangan semua komplikasi yang ada, penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian pesakit diabetes. Ini termasuk penyakit jantung iskemik dan strok. Bukan sahaja punca utama dalam kalangan pesakit kencing manis, ia juga sebenarnya merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia secara keseluruhan.

Dua pertiga pesakit diabetes jenis 2 mati disebabkan sakit jantung dan vaskular

Melihat kepada bilangan kes yang ada, fokus utama harus diberikan. Pengawalan risiko sakit jantung dan vaskular membantu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit kencing manis.

Jangkaan hayat pesakit juga dapat ditingkatkan. Menurut kajian, jangkaan hayat pesakit diabetes adalah kurang 6 tahun daripada biasa. Jika ditambah dengan sakit jantung, lagi 6 tahun akan berkurang, iaitu sebanyak 12 tahun. Di Malaysia, contohnya, jangkaan hayat adalah 74 tahun. Pesakit yang menghidap diabetes dan sakit jantung dijangka hidup sehingga umur 62 tahun sahaja.

Serangan jantung pertama mungkin disebabkan diabetes bertahun-tahun sebelumnya

Penyakit kencing manis tidak memberikan simptom yang jelas. Ramai yang datang selepas mengalami simptom daripada komplikasi, antaranya adalah serangan jantung. Pada waktu itu, pesakit sebenarnya telah mengalami diabetes selama bertahun-tahun lamanya. Lebih kurang separuh daripada pesakit tidak tahu mereka mengalami diabetes.

Melihat kepada peningkatan kes dalam kalangan orang muda, orang ramai sebaiknya melakukan ujian saringan setiap tahun bermula umur 30 tahun. Bagi mereka yang berisiko, sebaiknya mulakan lebih awal. Antara risiko diabetes ialah:

  • Ibu bapa atau adik-beradik mengalami diabetes.
  • Terlebih berat badan atau obesiti.
  • Kurang aktiviti fizikal.

Di Malaysia, ujian saringan yang tersedia di hospital dan klinik adalah sangat mudah dijalani. Anda tidak perlu berpuasa atau meminum air gula. Sebaliknya, cukup dengan hanya mengambil darah. Berbeza dengan ujian biasa, ujian ini mengukur kandungan HbA1C yang memberikan gambaran terhadap keadaan gula di dalam darah anda dalam tempoh 3 bulan yang lalu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengejutkan, Tanda Diabetes Jenis 2 Kini Boleh Dikesan Seawal Umur 8 Tahun

    Berdasarkan hasil kajian terbaharu, tanda-tanda awal bagi diabetes jenis 2 dewasa boleh dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak seawal umur 8 tahun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik September 19, 2019

    Tanda Kencing Manis Awal Yang Anda Perlu Tahu

    Diabetes adalah penyakit yang berbahaya. Ingin tahu apakah tanda kencing manis yang awal? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ubat Kencing Manis: Risiko dan Pencegahannya

    Apakah yang anda faham mengenai penyakit kencing manis? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengenai risiko, ubat kencing manis serta langkah pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Mengendalikan Tekanan dan Diabetes

    Tekanan terlalu banyak boleh menjejaskan keupayaan mengawal tahap gula dalam darah. Penting mempelajari cara mengendalikan tekanan dan diabetes.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada April 15, 2020
    Kencing Manis Boleh Sembuh Ke?

    Kencing Manis Boleh Sembuh Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Disember 17, 2019
    Kencing Manis Ada Dua Jenis? Betul Ke?

    Kencing Manis Ada Dua Jenis? Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Oktober 29, 2019