Simptom-simptom yang mungkin dialami:
- Air kencing yang gelap atau berwarna kuning
- Loya/ muntah
- Sakit dan/atau bengkak abdomen
- Keletihan bersama sakit hati yang kronik
Menentukan tahap bilirubin pada bayi baru lahir yang menghidap penyakit kuning dikira sebagai prosedur biasa bagi penjagaan kesihatan.
Ujian mungkin juga diarahkan bagi seseorang yang disyaki menghidap (atau diketahui menghidap) anemia hemolitik yang membawa kepada anemia.
Dalam kes ini, ia akan diarahkan bersama ujian-ujian lain bagi menguji hemolisis, seperti jumlah darah lengkap, kiraan retikulosit, haptoglobin dan LDH.
Simptom-simptom
Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima ujian Bilirubin?
Kadangkala bilirubin diukur sebagai sebahagian daripada ujian-ujian “panel”.
Kebiasaannya, hati dinilai bersama sekumpulan ujian-ujian termasuk bilirubin, alanine transaminase (ALT), aspirate transaminase (AST), alkaline phosphatase (ALP), albumin, jumlah protein dan lain-lain.
Bilirubin boleh diukur dalam cecair amniotic sekiranya doktor merasakan bayi dalam kandungan mempunyai keadaan yang membunuh sel darah merah (erythroblastosis fetalis).
Dalam sesetengah kes, bilirubin mungkin diukur melalui air kencing. Kebiasaannya, air kencing tidak mengandungi bilirubin.
Sekiranya bilirubin dikesan dalam air kencing, ujian tambahan mungkin dijalakan bagi mengesan puncanya. Kandungan bilirubin yang tinggi dalam air kencing mungkin menunjukkan bilirubin tidak disingkirkan dari tubuh melalui hati.
Bagaimana persediaan untuk ujian Bilirubin?
Anda tidak boleh makan dan minum sekurang-kurangnya 4 jam sebelum menjalani ujian. Doktor mungkin menasihati anda untuk tidak mengambil sebarang ubat yang mungkin mempengarushi keputusan ujian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen