Sindrom Zollinger-Ellison

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu sindrom Zollinger-Ellison?

Sindrom Zollinger-Ellison (ZES) merupakan penyakit sistem gastrousus. Pesakit yang mempunyai ZES akan membentuk ketumbuhan yang dikenali sebagai gastrinomas dalam pankreas dan duodenum (bahagian pertama usus kecil). Gastrinoma yang disebabkan oleh ZES akan merembeskan hormon gastrin. Oleh kerana gastrin mempunyai acid perut yang berlebihan, pesakit ZES akan mempunyai ulser perut dan duodenum.

Apakah kebarangkalian sindrom Zollinger-Ellison?

Sindrom Zollinger-Ellison adalah nadir. Penyakit ini boleh berlaku pada setiap peringkat usia, tetapi pesakit selalunya didiagnosis di antara umur 20 dan 5 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom sindrom Zollinger-Ellison?

Simptom yang biasa terjadi kepada sindrom Zollinger-Ellison adalah:

  • Sakit abdominal
  • Cirit-birit
  • Rasa tidak selesa, sakit mencucuk, dan sakit yang teramat pada bahagian atas abdomen
  • Pedih ulu hati dan asid refluks
  • Loya dan muntah
  • Pendarahan pada saluran pemakanan
  • Turun berat badan yang tak dirancang
  • Hilang selera

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Anda harus berhubung dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang masalah seperti:

  • Sakit yang membakar, mencucuk atau yang teramat pada bahagian atas abdomen
  • Loya / mual
  • Muntah
  • Cirit-birit

Punca

Apakah yang menyebabkan sindrom Zollinger-Ellison?

Punca sebenar sindrom Zollinger-Ellison masih tidak diketahui. Tetapi aturan peristiwa yang berlaku kepada sindrom Zollinger-Ellison adalah jelas. Sindrom ini bermula dengan pembentukan tumor (gastrinoma) pada pankreas anda, duodenum atau pada nod limfa sekitar pankreas anda.

Pankreas anda terletak di belakang dan bawah perut anda. Ia menghasilkan enzim yang penting untuk pencernaan makanan. Pankreas juga menghasilkan beberapa hormon lain termasuklah insulin, hormon yang mengawal paras gula di dalam darah.

Jus pencernaan daripada pankrea, hati dan hempedu bercampur di dalam duodenum, bahagian kecil bersebelahan perut anda. Di sinilah pencernaan berada di kemuncaknya.

Tumor yang berlaku pada ZES terdiri daripada sel yang merembeskan gastrin dalam kuantiti yang banyak, yang mana akan menyebabkan perut menghasilkan asid yang berlebihan. Asid yang berlebihan akan mengakibatkan ulser peptic dan kadangkala cirit-birit.

Selain daripada penghasilan asid yang berlebihan, tumor ini adalah kanser (malignan). Meskipun tumor ini membesar dengan perlahan, kanser ini boleh merebak ke mana sahaja – kebiasaannya ke nod limfa berdekatan atau hati anda.

Kaitan dengan MEN 1

ZES boleh menyebabkan satu keadaan yang boleh diwarisi yang dikenali sebagai Multiple Endocrine Neoplasia Type 1 (MEN 1). Pesakit MEN 1 mempunyai tumor di kelenjar paratiroid dan di kelenjar pituitari.

Kira-kira 25 peratus pesakit yang mempunyai gastrinoma adalah sebahagian daripada MEN 1. Mereka juga boleh mempunyai tumor di pankreas dan organ lain.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sindrom Zollinger-Ellison?

Sekiranya anda mempunyai saudara terdekat, seperti adik-beradik atau ibubapa, yang mempunyai MEN 1, anda juga berkemungkinan mempunyai sindrom Zollinger-Ellison.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sindrom Zollinger-Ellison didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mempunyai ZES, dia akan menjalankan ujian darah untuk memeriksa paras gastrin yang tinggi (hormon yang dirembeskan oleh gastrinoma). Dia juga akan menjalankan ujian untuk menyukat kadar penghasilan asid oleh perut anda.

Doktor anda mungkin akan menjalankan endoskopi terhadap anda untuk melihat kepada ulser. Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan tiub yang ringan dan fleksibel (endoskop) untuk melihat esofagus, perut dan duodenum anda. Ini selalunya dilakukan bersama-sama ultrasonografi untuk mencari tumor tersebu.

Imbasan CAT, X-ray khas yang menyediakan imej melintang tubuh badan anda, juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti gastrinoma.

Meskipun terdapat ujian-ujian ini, gastrinoma adalah sukar untuk ditemui.

Bagaimanakah sindrom Zollinger-Ellison dirawat?

ZES dirawat dengan mengurangkan penghasilan asid oleh perut anda. Ubat yang dipanggil proton pump inhibitors selalunya diberikan kepada pesakit ZES. Ubat ini termasuklah, lansoprazole (Prevacid), omeprazole (Prisolec, Zegerid), pantoprazole (Protonix), dexlansoprazole (Dexilant), esomeprazole (Nexium), dan rabeprazole (Aciphex), menyekat penghasilan asid perut dan membiarkan ulser untuk sembuh.

Doktor juga boleh mempreskripsikan ubat yang dikenali sebagai H2-blocker, seperti cimetidine (Tagamet), famotidine (Pepcid), dan ranitidine (Zantac). Walaupun begitu, ubat ini tidak begitu berkesan untuk mengurangkan asid perut.

Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin memerlukan pembedahan untuk ulser peptik atau untuk membuang gastrinoma. Sehingga 50% pesakit yang menjalani pembedahan dapat disembuhkan. Bagi tumor yang malignan, rawatan radiasi dan kemoterapi mungkin dicadangkan.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani sindrom Zollinger-Ellison?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut