Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah punca Kanser Payudara Inflammatori?
Masih tidak jelas mengenai perkara yang menyebabkan kanser payudara inflamatori.
Doktor tahu bahawa kanser payudara inflamatori bermula dengan sel abnormal dalam salah satu duktus payudara. Mutasi yang berlaku di dalam sel DNA abnormal akan mengarahkan sel membesar dan berbahagi dengan cepat.
Sel abnormal yang terkumpul akan menembusi dan menyekat saluran limfatik di dalam kulit payudara anda. Sekatan di dalam saluran limfatik menyebabkan kulit kemerahan, bengkak dan berlekuk – tanda klasik bagi kanser payudara inflamatori.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Payudara Inflammatori?
Terdapat banyak faktor risiko bagi kanser payudara inflamatori, seperti:
- Wanita. Wanita lebih cenderung untuk didiagnosis dengan kanser payudara inflamatori berbanding lelaki – tetapi lelaki boleh menghidapi kanser payudara inflamatori juga.
- Orang berkulit hitam. Wanita berkulit hitam mempunyai risiko kanser payudara inflamatori yang lebih tinggi berbanding wanita berkulit putih.
- Obesiti. Individu yang obes mempunyai risiko payudara inflamatori yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai berat badan normal.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kanser Payudara Inflammatori didiagnosis?
Kanser payudara inflamatori sukar untuk didiagnosis. Selalunya, tiada benjolan yang boleh dirasai ketika pemeriksaan fizikal atau dilihat dalam ujian saringan mammogram.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen