Ia mengganggu kitaran hormon terutamanya hormon wanita seperti estrogen dengan merencat atau bertindak menyerupai hormon yang asal.
Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Estrogen contohnya, boleh menghasilkan reseptor hormon bagi kanser payudara membentuk dan membesar.
Kerana inilah, pengguna dinasihatkan untuk mengelak produk yang mengandungi bahan kimia yang boleh bertindak seperti estrogen.

Oxybenzone dan Octinoxate
Oxybenzone dan octinoxate yang terkandung dalam sunscreen yang menggunakan mekanisme penapis organik adalah contoh hormone disruptors.
Ia juga boleh dijumpai dalam produk kosmetik yang lain seperti pelembap bibir, losen badan dan syampu rambut.
Terdapat bukti penyelidikan di luar negara yang menunjukkan kesan hormone disruptors ini boleh meningkatkan risiko penyakit obesiti, polycystic ovarian syndrome (PCOS), endometriosis dan kanser payudara.
Ada juga laporan penyelidikan yang mengaitkan bahaya kedua-dua bahan aktif ini dengan kematian terumbu batu karang dan hidupan laut yang lain akibat pencemaran.
Malahan ia telah dilarang penggunaannya dalam produk sunscreen di Hawai bermula tahun 2021 atas sebab ini.
Beberapa kajian telah dijalankan di luar negara mengenai bahaya bahan kimia ini dan kesannya ke atas haiwan. Tiada bukti secara saintifik tentang keburukan penggunaannya oleh manusia.
Salah satu laporan mengatakan oxybenzone mempengaruhi tindak balas hormon estrogen, progesterone dan aktiviti androgen reseptor. Oxybenzone juga dikenali dengan nama lainnya, benzophenon-3 (BP-3).
Manakala octinoxate pula merencat enzim 5′- deiodinase yang menjadi katalis perubahan hormon thyroid T4 ke T3. Kekurangan hormon thyroid T4 dalam badan boleh menyebabkan penyakit hypothyroidism.
Kandungan sunscreen lain yang berisiko untuk kanser
Antara kandungan lain dalam sunscreen berkemungkinan menyebabkan kanser adalah paraben atau propylparaben.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen