Apa itu Apnea tidur?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Apnea tidur?

Apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulangkali terganggu ketika tidur. Kesannya, organ mereka yang mengalami apnea tidur, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen yang mencukupi serta tidur menjadi kurang berkualiti, yang juga menyebabkan pesakit penat ketika siang.

Ada dua jenis utama bagi apnea tidur:

  • Apnea tidur obstruktif: bentuk paling biasa yang disebabkan oleh salur udara tersumbat.
  • Apnea tidur sentral: tidak disebabkan oleh saluran udara yang tersumbat, tetapi diakibatkan oleh ketidakstabilan dalam kawalan pernafasan pusat (RCC). Kesannya, otak gagal untuk memberi signal kepada otot agar bernafas.

Apakah kebarangkalian Apnea tidur?

Apnea tidur sangat biasa berlaku. Ia biasanya berlaku lebih banyak pada lelaki berbanding wanita, kira-kira 2-3 lelaki dibandingkan dengan 1 wanita. Ianya boleh terjadi pada mana-mana usia, tapi kejadian adalah lebih biasa bagi dewasa dalam pertengahan umur. Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Bincangkan dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Apnea tidur?

Simptom biasa bagi apnea tidur adalah:

  • Dengkur yang kuat.
  • Orang lain menyaksikan episod-episod gangguan pada pernafasan.
  • Bangun secara tiba-tiba disertai sesak nafas.
  • Bangun dengan mulut kering dan sakit tekak.
  • Sakit kepala waktu pagi.
  • Kesukaran untuk tidur (insomnia).
  • Rasa mengantuk yang melampau ketika pagi (hipersomnia).
  • Masalah untuk fokus.
  • Senang terganggu.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya menghadapi mana-mana satu dari yang di bawah:

  • Dengkur kuat yang boleh menggangu tidur orang lain atau diri anda.
  • Nafas pendek, tercungap-cungap atau tercekik yang membangunkan anda dari tidur.
  • Pernafasan berjeda (berhenti-henti) ketika tidur.
  • Rasa mengantuk melampau di siang hari.
  • Penat, mengantuk dan cepat rasa terganggu.

Punca

Apakah Punca Apnea tidur?

Causes of obstructive sleep apnea and central sleep apnea are different as follow:

Punca apnea tidur obstruktif dan apnea tidur sentral adalah berbeza seperti berikut:

  • Untuk apnea tidur obstruktif, ketika otot di bahagian belakang tengkuk mengendur, salur udara menyempit dan tertutup ketika bernafas. Ini boleh merendahkan kadar oksigen dalam badan pesakit. Ketidakmampuan bernfas dikesan dan otak akan membangunkan pesakit bagi membuka ruang pernafasan. Keadaan terbangun ini biasanya sangat singkat hingga pesakit apnea tidur biasanya tidak mengingatinya.
  • Untuk apnea tidur sentral, otak pesakit gagal mengeluarkan isyarat kepada otot pernafaasan ini menjadikan otot tidak bernafas untuk satu jangkamasa yang pendek. Pesakit mungkin terbangun dengan kesesakan nafs atau menghidapi kesukaran untuk tidur atau menyambung tidur.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Apnea tidur?

Ada banyak faktor risiko untuk apnea tidur, antaranya:

Bagi apnea tidur obstruktif:

  • Being male.
  • Anda adalah lelaki.
  • Berat berlebihan.
  • Berumur lebih 40 tahun.
  • Mempunyai ukurlilit leher yang besar (17 inci atau lebih bagi lelaki, 16 inci atau lebih bagi wanita)
  • Mempunyai tonsil yang besar, lidah yang besar, atau tulang rahang kecil.
  • Mempunyai sejarah keluar mengalami apnea tidur.
  • Refluks gastroesofagus (GERD)
  • Penggunaan .alcohol, sedative atau ubat penenang.
  • Merokok
  • Sesak hidung.

Apnea tidur sentral:

  • Being middle-aged or older.
  • Berada di pertengahan usia atau lebih tua.
  • Masalah jantung
  • Penggunaan ubatan sakit narkotik, seperti methadone.
  • Strok.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Apnea tidur didiagnosis?

Ujian bagi mengesan apnea tidur termasuklah:

  • Nocturnal polysomnography.
  • Ujian tidur di rumah: Mengukur kadar degupan jangtung, kadar oksigen darah dan corak pernafasan.

Bagaimana pesakit Apnea tidur dirawat?

Rawatan apnea tidur obstruktif termasuklah:

  • Saluran udara positif berterusan (CPAP): Menggunakan alatan untuk membawa tekanan udara menerusi topeng yang diletakkan pada hidung pesakit ketika tidur.
  • Tekanan saluran udara bi-tahap (BiPAP): menggunakan alatan yang sama denga CPAP tetapi menghantar tekanan udara ketika sedutan nafas dan merendahkan tekanan ketika menghembus nafas.
  • Tekanan salur udara hembusan positif (EPAP): Menggunakan alat kecil, alat sekali guna sebelum tidur yang membenarkan udara untuk bergerak bebas ke dalam, tetapi ketika penghembusan, udara mesti melalui lubang kecil di dalam injap.
  • Perlengkapan Oral: menggunakan perlengkapan oral akan mengekalkan tekak anda terbuka. Perlengkapan oral lebih mudah digunakan berbanding CPAP.
  • Surgery: after other treatments have failed, including:
  • Pembedahan: setelah rawatan lain gagal termasuklah:
  1. Pembuangan tisu: Tisu dibuang dari belakang mulut dan di puncak tekak pesakit. Tonsil dan adenoid biasanya yang dibuang.
  2. Menempatkan semula rahang.
  3. Implan rod plastic ke dalam lelangit lembut selepas anda mendapat pembiusan lokal.
  4. Mencipta laluan baru bagi salur udara (trakeostomi logam atau tiub plastic dimasukkan)
  5. Pembedahan nasal bagi membuang polyps atau menegakkan set bahagian yang bengkok antara lubang hidung.
  6. Pembedahan pembuangan berat.

Rawatan apnea tidur sentral termasuklah:

  • Treatment for associated medical problems: including heart or neuromuscular disorders that may cause sleep apnea.
  • Rawatan untuk masalah perubatan berkaitan: termasuklah jantung atau masalah neuromuscular yang menyebabkan apnea tidur.
  • Bekalan oksigen: menggunakan bekalan oksigen semasa tidur.
  • Penyesuaian servo-ventilasi (ASV): Menggunakan alatan salur udara membetulkan corak pernafasan pesakit dan menghalang jeda pernafasan.
  • Saluran udara positif berterusan (CPAP).
  • Tekanan saluran udara bi-tahap (BiPAP).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Apnea tidur?

Gaya hidup berikut dan rawatan sampingan mungkin membantu anda menghadapi apnea tidur:

  • Lose excess weight.
  • Kurangkan berat berlebihan
  • Senaman.
  • Elakkan alkohol dan ubatan tertentu seperti pelali dan ubat tidur.
  • Tidur mengiring sisi atau pada abdomen bukan secara baring belakang.
  • Pastikan saluran nasal terbuka waktu malam.
  • Berhenti merokok sekiranya perokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut