backup og meta

Pembedahan Untuk Membuang Tonsil: Apakah Sebab Untuk Melakukannya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/12/2019

    Pembedahan Untuk Membuang Tonsil: Apakah Sebab Untuk Melakukannya?

    Apabila doktor membincangkan tentang pembedahan untuk membuang tonsil, lazimnya mereka merujuk kepada tonsil Palatine kerana terdapat beberapa jenis tonsil yang lain yang berada di bahagian leher dan tekak kita. Tonsil adalah sejenis tisu limfoid dan ianya memainkan peranan sebagai barisan hadapan sistem pertahanan (sistem imun) badan kita dalam melawan jangkitan. Anda mungkin pernah terdengar kawan-kawan anda atau anak-anak mereka telah menjalani pembedahan untuk membuang tonsil mereka namun pernahkah anda tertanya, apakah situasi-situasi yang menyebabkan tonsil itu lebih baik jika dibuang?

    Bila pembedahan untuk membuang tonsil perlu dilakukan?

    Terdapat beberapa situasi, penyakit dan indikasi di mana tonsil itu digalakkan untuk dibuang. Antaranya:

    Keradangan tonsil yang kerap, kronik atau sangat teruk – Anggaran 4 kali keradangan tonsil setahun adalah indikasi yang diguna pakai di banyak negara sebagai syarat untuk membuang tonsil. Selain itu, jika seseorang itu mengalami keradangan tonsil (tonsillitis) yang teruk sehingga berlaku komplikasi seperti nanah di sekitar kawasan tonsil (Peritonsillar Abscess), ianya juga dikira sebagai indikasi untuk tonsil menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.

    Jangkitan telinga (Otitis Media) yang kerap atau kronik – Walaupun pembuangan tonsil di sini lazimnya merujuk kepada tonsil Adenoid, ianya tetap tergolong dalam salah satu jenis tonsil yang ada dalam badan kita. Tonsil adenoid digalakkan untuk dibuang dalam situasi ini kerana tonsil adenoid yang besar akan mengganggu pengudaraan tiub Eustachian yang menghubungkan kaviti tengah telinga dan bahagian belakang hidung dan tekak (nasofarinks). Gangguan dalam pengudaraan ini akan menyebabkan jangkitan di telinga lambat atau sukar untuk sembuh, atau meningkatkan kecenderungan bahagian tengah telinga untuk dijangkiti.

    Obstructive Sleep Apnoea (OSA) – Keadaan ini kitaran antara jeda pernafasan buat seketika, dan penyambungan semula pernafasan. Tonsil yang besar akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan menyebabkan penerimaan udara (oksigen) yang tidak optimum kepada otak dan badan. Kesannya, pesakit atau penghidap OSA akan mengalami gangguan pernafasan tidur yang kerap sepanjang malam, berdekur dan akibat daripada gangguan tidur dan penerimaan udara tersebut, penghidap lazimnya akan merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya keesokkan paginya. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pening kepala dan dehidrasi khususnya selepas bangun tidur di mana mulut dan tekak mereka akan terasa kering.

    Pembedahan untuk membuang tonsil ini adalah pembedahan yang mempunyai risikonya tersendiri. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang risiko, kos dan juga kesesuaian pembedahan ini, berjumpalah dengan doktor anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan