Keradangan tonsil yang kerap, kronik atau sangat teruk – Anggaran 4 kali keradangan tonsil setahun adalah indikasi yang diguna pakai di banyak negara sebagai syarat untuk membuang tonsil. Selain itu, jika seseorang itu mengalami keradangan tonsil (tonsillitis) yang teruk sehingga berlaku komplikasi seperti nanah di sekitar kawasan tonsil (Peritonsillar Abscess), ianya juga dikira sebagai indikasi untuk tonsil menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.
Jangkitan telinga (Otitis Media) yang kerap atau kronik – Walaupun pembuangan tonsil di sini lazimnya merujuk kepada tonsil Adenoid, ianya tetap tergolong dalam salah satu jenis tonsil yang ada dalam badan kita. Tonsil adenoid digalakkan untuk dibuang dalam situasi ini kerana tonsil adenoid yang besar akan mengganggu pengudaraan tiub Eustachian yang menghubungkan kaviti tengah telinga dan bahagian belakang hidung dan tekak (nasofarinks). Gangguan dalam pengudaraan ini akan menyebabkan jangkitan di telinga lambat atau sukar untuk sembuh, atau meningkatkan kecenderungan bahagian tengah telinga untuk dijangkiti.
Obstructive Sleep Apnoea (OSA) – Keadaan ini kitaran antara jeda pernafasan buat seketika, dan penyambungan semula pernafasan. Tonsil yang besar akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan menyebabkan penerimaan udara (oksigen) yang tidak optimum kepada otak dan badan. Kesannya, pesakit atau penghidap OSA akan mengalami gangguan pernafasan tidur yang kerap sepanjang malam, berdekur dan akibat daripada gangguan tidur dan penerimaan udara tersebut, penghidap lazimnya akan merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya keesokkan paginya. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pening kepala dan dehidrasi khususnya selepas bangun tidur di mana mulut dan tekak mereka akan terasa kering.
Pembedahan untuk membuang tonsil ini adalah pembedahan yang mempunyai risikonya tersendiri. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang risiko, kos dan juga kesesuaian pembedahan ini, berjumpalah dengan doktor anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.