backup og meta

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2023

    Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

    Kini, sedang popular satu prosedur operasi minor yang kononnya mampu membentuk lekuk pada pipi bagi mencipta fake dimple di wajah. Apa yang ramai orang tidak tahu, ia mempunyai risiko untuk menghasilkan lesung pipit cacat, lantas menjejaskan kecantikan dan kesihatan kulit muka. Benarkah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Apa maksud sebenar di sebalik lekuk pada pipi?

    Buat anda yang belum tahu, lekuk kecil di pipi adalah kesan daripada kecacatan genetik pada otot wajah Zygomaticus Major di mana ia terbelah kepada dua bahagian ketika masih dalam janin lagi.

    Akibat pembelahan secara semula jadi pada otot wajah itu, proses ini membuatkan ia lebih pendek berbanding normal sekali gus menyebabkan muncul sesuatu yang mungkin lebih popular dengan istilah lesung pipit.

    Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, dianggarkan bahawa cuma 20% manusia di dunia yang mempunyai lesung pipit dan lebih 50% daripada jumlah itu pula mewarisi fitur unik ini daripada ibu bapa masing-masing.

    lesung pipit cacat

    Ajaibnya, lekuk kecil di pipi ini mungkin telah muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja dan mungkin dewasa bergantung kepada beberapa faktor seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka atau penuaan tubuh badan secara semula jadi.

    Disebabkan itu pula, ramai yang mungkin ingin membuat lesung pipit palsu di pipi mereka. Adakah ia mustahil?

    Bahaya bakal datang jika buat lesung pipit palsu!

    Untuk pengetahuan anda semua, memang ada orang yang sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot muka Zygomaticus Major mereka dalam usaha untuk mempunyai fitur unik ini.

    Selain pembedahan penstrukturan, turut wujud prosedur lain yang menggunakan sejenis alat bagi menimbulkan rupa lekuk kecil di pipi dengan cara menyingkirkan kandungan lemak di sekitar kawasan tersebut.

    Namun, The American Medical Association menyatakan bahawa prosedur di atas tadi boleh mendatangkan bahaya terhadap tubuh badan terutama kepada kulit wajah. Berikut adalah antara kesan buat lesung pipit:

    lesung pipit cacat

    Dalam erti kata mudah, memiliki lesung pipit cacat adalah antara kesan prosedur ini. Jadi, adakah anda masih mahu ambil risiko?

    lesung pipit cacat
    Wawa Zainal, salah seorang selebriti Malaysia yang dikurniakan lesung pipit asli di wajahnya.

    Kisah benar individu yang buat lesung pipit cacat!

    Sebenarnya, sudah sangat banyak prosedur dimpleplasty ini dijalankan di seantero dunia terutama di negara-negara yang membenarkannya malah turut mempromosikan lagi pembedahan plastik atau kosmetik itu.

    Ada satu kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun yang telah mengalami masalah bisul di kedua-dua belah pipi selepas sebulan menjalani prosedur pembedahan pembentukan lesung pipit.

    Masalah ini bermula selepas 10 hari prosedur itu dijalankan di mana wanita malang terbabit mula mengalami bengkak dan nanah yang teruk sehingga sukar untuk membuka mulut, mengunyah dan menelan.

    Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan lain pula bagi menyelesaikan masalah bengkak dan nanah tersebut.

    Meskipun masalah ini pulih dalam masa 3 minggu, namun wujud kesan parut yang kekal pada pipi milik wanita malang itu.

    Adakah prosedur ini benar berkesan dan berbaloi?

    Berdasarkan kisah benar di atas tadi, ia jelas menunjukkan bahawa setiap prosedur kosmetik termasuk pembedahan pembentukan lesung pipit di pipi mungkin menimbulkan kesan sampingan yang tersendiri.

    Walaupun memang benar jika prosedur ini berkesan untuk mencipta lesung pipit palsu, namun kadangkala ia bakal tampak seperti sepasang lesung pipit cacat selain turut mendatangkan banyak lagi implikasi negatif.

    Dalam erti kata lain, ia mungkin berkesan tetapi tidak berbaloi! Namun, pilihan masih berada di tangan kalian!

    Sebaiknya, anda wajar mendapatkan maklumat, nasihat dan khidmat daripada profesional sebelum memutuskan bagi melakukan sebarang prosedur kosmetik supaya tidak pula menyesal di hari yang mendatang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan