LASIK: Alternatif Bagi Masalah Rabun

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan

Masalah penglihatan paling kerap berlaku adalah rabun. Sekitar 20% daripada masyarakat dunia mengalami masalah rabun jauh (myopia). Penyelesaian paling mudah bagi keadaan ini adalah menggunakan cermin mata atau kanta sentuh. Bukan sahaja mudah, ia juga dalam satu sudut tidak terlalu mahal tetapi bergantung juga kepada jenis kanta dan bingkai cermin mata yang digunakan.

Walau bagaimanapun, bagi yang menggunakan cermin mata atau kanta sentuh, mereka tentu menghadapi beberapa kekangan dalam aktiviti harian. Contohnya, tidak boleh bermain sukan lasak, bingkai cermin mata patah atau hilang. Keadaan ini membuatkan mereka mencari alternatif kepada cermin mata atau kanta sentuh.

LASIK mungkin satu pilihan yang baik.

Apa itu LASIK?

LASIK adalah singkatan daripada Laser Assisted In-situ Keratomileusis. Ia adalah sejenis prosedur pembedahan mata menggunakan laser.

Rabun berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara bentuk (lengkungan) kornea (lapisan hadapan mata) dan saiz bola mata. Ia membuatkan imej gagal diterima oleh retina (reseptor foto di bahagian dalam mata) dengan tepat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Pembedahan LASIK menggunakan laser untuk membuang lapisan nipis pada kornea. Ini akan memberikan kornea lengkungan baru yang membolehkan imej dipantulkan di atas retina dengan lebih tepat, seterusnya menghilangkan masalah rabun.

Pembedahan ini dilakukan di klinik pesakit luar dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad. Prosedur yang mengambil masa selama 10 hingga 15 minit ini boleh dilakukan ke atas sebelah atau kedua-dua belah mata dalam satu sesi. Tiada jahitan diperlukan.

Ubat bius yang digunakan hanya dalam bentuk titisan mata dan ia dilakukan dalam keadaan sedar. Ubat tertentu mungkin diberikan untuk membantu mengurangkan rasa gemuruh.

Adakah saya tidak perlu lagi menggunakan cermin mata selepas LASIK?

Ya, jika tidak berlaku apa-apa masalah dan semua berjalan dengan lancar.

Sebelum doktor melakukan prosedur ini, beberapa pemeriksaan akan dilakukan untuk melihat keadaan mata anda dan menilai sama ada sesuai atau tidak untuk dilakukan LASIK ke atas mata anda. Kebiasaannya, ia sesuai dijalankan bagi kes rabun jauh. Namun, silau dan rabun dekat juga mungkin boleh mendapatkan manfaatnya.

Dalam kebanyakan kes, tiada komplikasi atau kesan serius berlaku selepas pembedahan. Namun, anda harus mengikuti ‘pantang’ yang dinasihatkan oleh doktor seperti tidak menggaru mata, kurangkan melihat cahaya terang pada minggu pertama selepas pembedahan dan bersukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Presbyopia: Kesannya Terhadap Penduduk Luar Bandar Di Negara Kurang Membangun

    Presbyopia adalah keadaan di mana semakin seseorang itu meningkat usianya, mereka mengalami masalah untuk melihat objek jarak dekat dengan jelas. Keadaan ini turut dianggap sebagai proses penuaan semulajadi. Malahan ...

    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 19/02/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Anak Anda Rabun Jauh?

    Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, kita lebih terdedah dengan penggunaan teknologi. Malah, anak-anak kita juga tidak terlepas dari mengikuti kemajuan teknologi ini. Walau bagaimanapun, jika terlebih penggunaannya ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 08/01/2019 . 2 minit bacaan

    Rabun Jauh: Apakah Puncanya?

    Rabun jauh adalah antara masalah penglihatan paling kerap berlaku di dunia. Ia kebiasaannya dikesan semasa berumur sekolah rendah apabila terdapat kepayahan dalam membaca dan melihat tulisan di papan putih. Ia juga ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 21/08/2018 . 2 minit bacaan

    Rabun Dekat

    Kenali apa itu Rabun Dekat. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/04/2018 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    lobak-merah-mitos-penglihatan

    Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2020 . 3 minit bacaan
    visually impaired

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 2 minit bacaan
    kesan pakai cermin mata

    Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Lebih Rosak – Fakta Atau Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 2 minit bacaan