backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kenapa Mata Berkedip Terlalu Kerap, Normal Atau Ada Sebab Lain?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

    Kenapa Mata Berkedip Terlalu Kerap, Normal Atau Ada Sebab Lain?

    Walaupun ia adalah antara perkara normal terjadi pada tubuh badan kita, namun masih ramai yang belum tahu kenapa mata berkedip sendiri.

    Anda tidak salah jika anda berpendapat bahawa ia adalah satu refleks semula jadi dan tiada apa yang perlu dirisaukan mengenainya.

    Pun begitu, bagaimana pula jika ia berkedip sendiri terlalu kerap dan tidak berhenti? Jom teruskan membaca untuk tahu tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa mata berkedip sendiri?

    Untuk pengetahuan anda, kelopak mata akan berkedip dengan sendiri akibat daripada tindak balas refleks tidak terkawal oleh tubuh badan kita.

    Ia bertujuan membersihkan atau melincirkan mata kita dengan membuat bola mata tersentuh dengan air mata yang wujud dalam kelopak mata.

    Dalam pada itu, ia juga berfungsi untuk melindungi mata anda dengan menutupnya apabila terdapat faktor risiko yang berbahaya seperti:

    • Debu
    • Habuk
    • Asap
    • Cahaya
    • Serangga
    • Bendasing

    Golongan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil dianggarkan akan berkedip mata sebanyak dua kali setiap seminit.

    Manakala orang dewasa pula akan berkedip mata sekitar 14 ke 17 kali setiap seminit dan ia berbeza bergantung kepada individu.

    Adalah normal untuk mata lebih banyak berkedip apabila anda sedang bercakap, mendengar, gemuruh atau sakit.

    Apabila sedang membaca atau berdepan dengan sebarang situasi berbahaya pula, mata akan lebih kurang berkedip.

    kenapa mata berkedip

    Bagaimana pula jika ia berlaku secara berlebihan?

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, organ ini berkedip sendiri adalah satu refleks yang tidak terkawal oleh tubuh badan.

    Meskipun anda boleh mengawal untuk mengedipkannya secara sendiri, tapi ia masih akan berlaku ketika anda tidak mengawalnya.

    Namun mungkin juga akan berlaku situasi di mana mata berkedip dengan terlalu kerap dan tidak berhenti- ini akan menimbulkan tanda tanya.

    Sebenarnya, ia memang boleh berlaku dan mungkin bukan merupakan satu masalah yang serius bergantung kepada puncanya.

    Berikut merupakan antara sebab ia berkedip secara berlebihan:

    #1. Tabiat

    Pertama sekali, mungkin ada individu yang secara tidak sedar melakukannya ekoran daripada tabiat mereka sendiri.

    Tabiat ini mungkin bermula dari kecil ekoran faktor lain dan ia lama-kelamaan menjadi kebiasaan yang tidak boleh dikawal.

    #2. Masalah penglihatan mata

    Wujud juga beberapa masalah penglihatan yang melibatkan mata dan akan mengakibatkan perkara di bawah ini seperti:

    • Myopia – rabun dekat namun tidak menggunakan cermin mata
    • Hyperopia – rabun jauh namun tidak menggunakan cermin mata
    • Presbyopia – penuaan pada mata akibat terlalu banyak membaca
    • Strabismus – kejajaran mata tidak selari atau setara

    Namun kalian tidak perlu terlalu risau mengenainya kerana kondisi-kondisi ini boleh dirawat dengan perubatan moden.

    #3. Masalah pergerakan mata

    Selain masalah penglihatan, masalah pergerakan mata juga mungkin boleh mengakibatkan perkara ini dan ini penerangannya:

    • Benign essential blepharospasm – kekejangan pada otot mata yang menyebabkan mata berkedip berlebihan
    • Meige syndorme – kekejangan pada mulut dan rahang yang juga mungkin menyebabkan perkara sama

    Kalian juga mungkin tidak perlu risau jika mengalaminya kerana kondisi-kondisi ini boleh dirawat dengan perubatan moden.

    kenapa mata berkedip

    Kenapa mata berkedip berlebihan #4. Isu kesihatan tubuh badan

    Apabila anda berada dalam keadaan yang tertekan, mata akan menjadi lebih sensitif sekali gus menyebabkan ia lebih banyak berkedip.

    Isu kesihatan tubuh badan yang dipercayai akan menyebabkannya adalah:

    • Stres
    • Kegelisahan
    • Kemurungan
    • Kepenatan

    #5. Iritasi pada organ ini

    Mata anda mungkin akan berkedip terlalu kerap dan tidak berhenti akibat daripada iritasi pada permukaan organ ini yang disebabkan:

    • Alergen yang menyebabkan reaksi alahan
    • Kekeringan mata
    • Bulu mata tumbuh ke dalam
    • Jangkitan sakit mata (konjunktivitis)
    • Keradangan pada iris (iritis)
    • Keradangan pada kelopak mata (blepharitis)

    #6. Tekanan pada organ ini

    Tekanan pada organ ini boleh terjadi apabila anda menggunakannya untuk fokus pada satu perkara dalam tempoh yang lama.

    Banyak perkara yang boleh menyebabkan tekanan pada mata antaranya:

    Kenapa mata berkedip berlebihan #7. Sawan

    Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ada individu terutamanya kanak-kanak yang mengalami kondisi ini akibat daripada sawan.

    kenapa mata berkedip

    Wujudkah sebab lain kenapa mata berkedip berlebihan?

    Ya, ada sebab lain fenomena ini terjadi yang mungkin adalah lebih serius kerana ia akan melibatkan sistem saraf yang terjejas.

    Wujud beberapa kondisi neurologi jarang berlaku yang akan menyebabkan ia berkedip terlalu kerap dan tidak berhenti.

    Penyakit Wilson

    Ia disebabkan oleh kandungan tembaga yang berlebihan di dalam tubuh badan dan akan menyebabkan kondisi ini jika menjejaskan organ otak.

    Sindrom Tourette

    Ia akan menyebabkan pergerakan otot tubuh badan yang tidak terkawal dan ini termasuklah otot mata yang akan menyebabkan fenomena ini.

    Sklerosis berbilang

    Ia adalah kondisi yang menjejaskan sistem saraf utama yang akan merosakkan penglihatan, keseimbangan dan kebolehan mengawal otot.

    Jadi, segera berjumpa doktor sekiranya mata anda mula berkedip terlalu banyak dan tidak berhenti untuk diagnosis okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan