Sindrom Viral

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date September 13, 2019

Definisi

Apakah itu sindrom viral?

Sindrom viral ialah istilah yang digunakan kepada simptom-simptom jangkitan viral. Virus boleh merebak dengan mudah daripada seorang ke seorang melalui udara atau benda yang dikongsi.

Apakah kebarangkalian sindrom viral?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom sindrom viral?

Tanda-tanda dan simptom mungkin bermula dengan perlahan atau secara tiba-tiba dan mengambil masa berjam-jam ataupun berhari-hari. Simptom tersebut mungkin biasa ataupun teruk dan boleh berubah dalam masa sejam atau sehari. Anda mungkin mempunyai sebarang simptom berikut:

  • Demam dan kesejukan
  • Hidung tersumbat ataupun berair
  • Batuk, sakit tekak atau suara parau
  • Sakit kepala atau mata berasa seperti ditekan dan sakit
  • Sakit sendi dan otot
  • Mengah atau mendesah
  • Sakit abdominal, kejang dan cirit-birit
  • Loya, muntah atau hilang selera

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor anda?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca-punca

Apakah yang menyebabkan sindrom viral?

Sindrom viral disebabkan oleh virus.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sindrom viral?

Terdapat banyak faktor risiko bagi sindrom viral, seperti:

  • Anda adalah orang tua atau berumur
  • Anda mempunyai sistem imuniti rendah disebabkan oleh penyakit, transplan sel stem atau transplan organ
  • Anda merokok atau orang sekitar anda merokok
  • Anda selalu melancong
  • Anda berenang dalam kolam yang tidak diklorin dengan sempurna

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah sindrom viral didiagnosis?

Doktor anda akan bertanya tentang simptom anda dan bagaimana ia bermula. Dia juga mungkin bertanya sekiranya anda kerap melancong atau digigit serangga. Dia mungkin akan bertanya sejarah kesihatan anda. Anda juga mungkin memerlukan ujian yang berikut:

  • Kultur: sampel akan diambil daripada lelehan air hidung, najis anda, atau cecair daripada badan anda yang lain. Melalui sampel ini, doktor anda dapat mengetahui kuman apakah yang menjangkiti anda. Sampel daripada makanan dan minuman anda juga mungkin akan diuji
  • Ujian darah: darah mungkin diambil untuk memeriksa sebarang virus atau sebab ain berlakunya simptom anda
  • X-ray dada: doktor anda akan mengambil X-ray untuk mencari kemungkinan cecair terhasil sekitar jantung atau peparu anda atau untuk melihat kepada jangkitan peparu

Bagaimanakah sindrom viral dirawat?

Penyakit yang disebabkan oleh virus selalunya akan hilang dalam masa 10 ke 14 hari tanpa rawatan. Ubat-ubatan berikut mungkin diberikan bagi mengurangkan simptom anda:

  • Antipiretik: mengurangkan demam
  • Antihistamin: membantu melegakan ruam, gatal, dan sukar bernafas
  • Dekongestan: melegakan hidung tersumbat agar anda mudah bernafas
  • Anti-tussif: mengawal batuk
  • Ubat ant-viral: membantu membunuh virus dan mengawal simptom

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani sindrom viral?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda menangani sindrom viral:

  • Minum air seperti yang diarahkan untuk mengelakkan dehidrasi. Tanya doktor anda berkenaan jumlah dan jenis air yang perlu anda minum. Tanya sekiraya anda perlu minum Oral Rehydration Solution (ORS). ORS mempunyai kandungan air, garam dan gula yang diperlukan anda untuk menggantikan air dalam badan. Ini mungkin membantu mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh muntah dan cirit-birit. Jangan minum air dengan kafein. Air mengandungi kafein boleh menyebabkan dehidrasi bertambah teruk
  • Dapatkan rehat secukupnya untuk membantu badan anda sembuh. Dapatkan tidur sejenak bila rasa penat. Tanyalah doktor anda tentang bila anda boleh kembali berkerja dan melakukan aktiviti seharian
  • Gunakan pelembap udara untuk memudahkan anda bernafas sekiranya anda mempunyai hidung atau dada yang tersumbat. Tanya doktor anda cara-cara menggunakan pelembap udara yang sejuk
  • Madu atau ubat batuk boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Tanya doktor anda berkenaan jumlah madu yang boleh diambil. Ubat batuk boleh didapati tanpa arahan doktor. Sila patuhi arahan semasa mengambil ubat batuk
  • Jangan merokok dan hindarilah golongan perokok. Nikotin dan bahan kimia terkandung dalam rokok atau cigar boleh merosakkan peparu. Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan. Tanya doktor anda berkenaan bahaya merokok dan cara-cara untuk berhenti merokok. E-cigarette atau tembakau tanpa asap masih mengandungi nikotin. Sila berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan produk ini
  • Basuh tangan anda selalu untuk mencegah virus daripada merebak. Gunakan air dan sabun. Gunakan gel pembersih tangan apabila air dan sabun tiada. Basuh tangan anda selepas anda menggunakan bilik air, batuk atau bersin. Basuh tangan sebelum anda menyediakan makanan atau makan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berbincang doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau sebarang rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungking mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020