backup og meta

Orang Tua Ada Masalah Sembelit? Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kelegaan Pantas

Orang Tua Ada Masalah Sembelit? Lakukan 5 Langkah Ini Untuk Kelegaan Pantas

Sembelit merupakan satu kondisi yang dialami oleh semua orang tanpa mengira usia. Bagaimanapun, bagi warga emas, sembelit boleh mendatangkan komplikasi yang lebih serius.

Bagi mengelakkan masalah ini, ada banyak petua orang tua sembelit serta petua untuk mudah buang air besar yang boleh diamalkan. 

Bagaimanapun, sebelum berbincang lebih lanjut mengenai rawatan, penting untuk kita tahu apakah maksud sembelit. Sembelit adalah satu keadaan yang berlaku apabila seseorang itu sukar untuk membuang air besar. 

Sebenarnya, masalah ini sangat lazim. Pengambilan serat dan cecair yang mencukupi selalunya sudah cukup untuk mengatasi masalah sembelit. 

Namun, sekiranya ia berlarutan, pesakit perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan beberapa petua orang tua sembelit serta cara merawat sembelit secara tradisional yang boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Sembelit dalam kalangan warga emas

petua orang tua sembelit
Sembelit merupakan satu penyakit lazim dalam kalangan warga emas.

Menurut National Institute of Aging, semua orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berbeza.Individu yang sihat selalunya akan membuang air besar dengan frekuensi yang sama, misalnya 4 atau 5 kali seminggu. 

Namun, mereka yang sukar membuang air besar, atau sudah tidak membuang air besar selama berminggu-minggu lamanya dikatakan mengalami sembelit. 

Apabila tinja berkumpul dalam usus besar untuk satu masa yang panjang, ia boleh menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan dari badan. 

Hampir 16 peratus orang dewasa mengalami sembelit yang kronik. Peratusan tersebut akan meningkat kepada hampir 60 peratus setelah menginjak usia 60 tahun ke atas. 

Selain itu, warga emas juga berisiko menghidap sembelit sekunder disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu. Mereka yang menghidap penyakit kronik juga lebih berisiko mengalami sembelit. 

Tanda-tanda


  1. Buang air besar kurang 3 kali seminggu.
  2. Sukar buang air besar.
  3. Tinja keras dan berketul-ketul.
  4. Rasa tidak lawas setelah membuang air besar.

5 Petua orang tua sembelit

Bagi warga emas, ada beberapa petua untuk mudah buang air besar. Antaranya:

1. Minum air dengan mencukupi

petua orang tua sembelit
Minum air dengan mencukupi untuk atasi masalah sembelit.

Tidak cukup air boleh menyebabkan sembelit. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, penting untuk kita minum air dengan secukupnya.

Pastikan anda minum 12 gelas air setiap hari. Salah satu petua orang tua sembelit adalah dengan minum air suam pada awal pagi untuk memudahkan proses penyahtinjaan. 

2. Tambah pengambilan serat dalam diet harian

Bagi mengelakkan sakit perut, pakar mencadangkan agar penghidap sembelit menambah pengambilan serat dalam diet harian. 

Malah, menurut kajian pada tahun 2016, hampir 77 peratus individu yang menghidap sembelit kronik boleh mendapat kelegaan daripada suplemen serat. 

Sumber serat semula jadi yang baik adalah buah-buahan. Antara buah untuk hilangkan sembelit ialah epal dan pear yang mempunyai kandungan serat yang tinggi dan dapat melegakan sembelit. 

Selain itu, buah-buahan yang mengandungi sorbitol seperti aprikot dan strawberi juga dapat membantu melancarkan proses penyahtinjaan. 

Petua orang tua sembelit 3: Lakukan senaman ringan

Bagi mereka yang lebih berusia, senaman ringan seperti berjalan kaki 15 hingga 30 minit sehari sudah cukup untuk melegakan sembelit. 

Jika anda ingin bersenam untuk meningkatkan kesihatan diri, anda boleh cuba lakukan senaman aerobik seperti berjoging, berenang atau menari. 

4. Ambil makanan kaya dengan probiotik

Makanan kaya probiotik dapat mengurangkan risiko sembelit.

Makanan yang mengandungi probiotik mungkin dapat mengurangkan sembelit kronik. Menurut kajian pada 2019, individu yang mengambil probiotik selama dua minggu didapati lebih mudah membuang air besar dan jarang alami sembelit.

Selain itu, mereka yang alami sembelit juga boleh cuba mengambil suplemen probiotik. Antara makanan yang kaya dengan probiotik ialah: 

Petua orang tua sembelit 5: Ambil suplemen herba

Salah satu cara merawat sembelit secara tradisional adalah dengan pengambilan herba. Herba yang paling popular ialah daun senna yang mengandungi laksatif semula jadi yang terbukti dapat memudahkan proses penyahtinjaan. 

Menurut kajian, senna mengandungi bahan yang dikenali sebagai glikosida yang dapat mempercepat pergerakan tinja dalam usus besar. Jika anda ingin mengambil suplemen ini, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu. 

Senna merupakan tumbuhan yang selamat jika dimakan sebagai suplemen. Bagaimanapun, ia mungkin boleh membawa mudarat terhadap warga emas, lebih-lebih lagi mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu. 

Bila anda perlu berjumpa doktor?

petua orang tua sembelit
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sembelit.

Jika petua orang tua sembelit tidak berkesan, anda perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Doktor bakal memberikan anda ubat-ubatan yang mampu melegakan sembelit yang dialami. 

Jumpa doktor sekiranya anda alami:

  1. Sembelit yang berlaku secara tiba-tiba.
  2. Ada darah dalam tinja.
  3. Sakit perut diikuti dengan rasa loya dan muntah-muntah. 
  4. Keluarga mempunyai sejarah kanser kolon.

Selalunya, doktor akan memberikan ubat untuk memudahkan proses penyahtinjaan. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi serat seperti buah untuk hilangkan sembelit juga dapat membantu. 

Jangan bergantung kepada petua untuk mudah buang air besar semata-mata. Jika keadaan semakin teruk, jumpa doktor dengan segera. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 8 Remedies To Relieve Constipation – Bladder & Bowel Community. https://www.bladderandbowel.org/bowel/bowel-treatments/8-remedies-to-relieve-constipation-bladder-bowel-community/. Diakses pada September 23, 2024. 
  2. 5 Home Remedies for Constipation. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2023/sep/5-home-remedies-for-constipation/. Diakses pada September 23, 2024. 
  3. 8 ways to get constipation relief. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/8-ways-to-get-constipation-relief. Diakses pada September 23, 2024. 
  4. Foods for Constipation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/foods-for-constipation. Diakses pada September 23, 2024.
  5. Constipation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/constipation/symptoms-causes/syc-20354253. Diakses pada September 23, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Najis Rasa Keras Sangat Sebab Sembelit? Jom Atasinya Dengan 5 Cara Tradisional Ini!

Daun Senna Boleh Cuci Perut Dan Rawat Sembelit? Sebelum Ambil, Baca Ini Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan