backup og meta

Rehat Sejenak Dari Realiti, Ini 10 Destinasi Domestik Popular Untuk Wanita Healing!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2023

    Rehat Sejenak Dari Realiti, Ini 10 Destinasi Domestik Popular Untuk Wanita Healing!

    Tidak kira jika anda seorang wanita berkerjaya atau sebagai suri rumah sepenuh masa, kita semua perlu ada waktu untuk bercuti dan berehat seketika. Jadi, adakah anda tahu tempat percutian menarik yang paling deal untuk wanita?

    Bersempena Hari Wanita Sedunia, kami akan menyenaraikan destinasi domestik yang popular untuk healing!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Wanita, anda juga boleh klik di sini.

    Kenapa anda perlu curi masa untuk makan angin?

    Sudah lumrah sebagai seorang manusia khususnya wanita, kadangkala kita harus berhenti sebentar daripada bekerja dan memenuhi segala tuntutan duniawi. Atau dalam erti kata lain, kita juga perlu sedikit ganjaran untuk diri sendiri!

    Istilah self reward yang sering digunakan itu amat wajar kerana tidak ada individu yang mampu bekerja 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Bahkan mesin juga perlu penyelenggaraan baik agar ia tidak cepat ‘panas’.

    “Tatkala menghadiahi diri sendiri dengan ganjaran yang baik, kita akan rasa lebih berpuas hati, berlapang dada, bertenaga dan bersemangat untuk menempuhi rintangan kehidupan pada hari esok,” jelas Penulis, Gretchen Rubin dalam naskah motivasi Better Than Before.

    tempat percutian menarik

    Menurut beliau lagi, kehidupan anda sudah tentu akan membosankan dan memenatkan sekiranya tiada hadiah atau waktu untuk lari dari realiti. Dengan fizikal dan mental yang lemah, kualiti hidup juga akan merudum.

    Sehubungan di atas, ini menunjukkan bahawa setiap individu itu terutama wanita mestilah mencuri masa untuk makan angin bagi mengelakkan anda daripada tertekan serta terkesan dengan pekerjaan yang membebankan.

    Bagaimana? Mudah sahaja, anda cuma perlu mencari teman, masa serta tempat percutian menarik dan pergi melancong!

    Tempat percutian menarik menurut soal selidik!

    Tidak perlu sampai ke luar negara, para wanita turut boleh self reward dan healing di dalam negara sahaja. Bak kata pepatah – hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tetapi lebih baik di tempat kita.

    Menurut kajian kelolaan laman pakar dalam melancong Agoda.com , berikut 10 tempat menarik di Malaysia:

    1. Kuala Lumpur.
    2. Pulau Pinang.
    3. Melaka.
    4. Langkawi.
    5. Cameron Highlands.
    6. Kota Kinabalu.
    7. Johor Bahru.
    8. Ipoh.
    9. Port Dickson.
    10. Genting Highlands.

    Kuala Lumpur

    Sumber: Agoda.com

    Berdasarkan soal selidik pada tahun 2023 ini, ia jelas membuktikan bahawa individu lebih gemar membawa diri serta keluarga melancong ke lokasi ‘umum’ di Malaysia yang penuh dengan kemeriahan dan kemudahan.

    Manakala bagi lokasi bukan domestik, bandar Hat Yai dan Bangkok di Thailand serta negeri jiran Singapura berada di tangga teratas dalam carta. Mungkin jarak perjalanan percutian itu adalah antara faktor terpenting.

    Pokoknya, ada banyak lagi tempat percutian menarik untuk anda melancong di Malaysia. Jadi, rancanglah bermula hari ini!

    Percutian mungkin tiada erti andai bersendirian!

    tempat percutian menarik

    Dalam kegembiraan dan kesibukan anda merancang untuk melancong, fikirkan juga tentang faktor keselamatan. Ada wanita yang mungkin mahu dan mampu untuk bergerak solo tetapi bukan semuanya inginbegitu!

    Lebih-lebih lagi di tempat percutian menarik yang mungkin anda belum pernah pergi, ia boleh mengundang bahaya di mana risiko untuk anda tersesat atau terpedaya dengan akal jenayah manusia adalah lebih tinggi.

    Sebaiknya, anda sebagai seorang wanita perlu membawa teman ketika melancong. Kalau suami atau ahli keluarga anda sedang sibuk, anda mungkin boleh mempelawa sepupu-sepapat, kawan rapat atau bff pergi sekali.

    Bersama individu yang tersayang, sudah pasti momen dan memori percutian itu akan jauh lebih indah, bukan?

    Nikmati percutian dengan berhati-hati, berjaga-jaga

    tempat percutian menarik

    Selain keselamatan dan kesejahteraan, sila turut pertimbangkan faktor kesihatan anda. Dengan situasi endemik COVID-19 dan banyak jenis wabak lain yang sedang berleluasa, anda wajar berwaspada.

    Sebelum mencari tempat percutian menarik untuk anda, anda kena tahu keadaan semasa di sana. Jika perlu, sila ambil vaksin, bawa ubat serta amalkan langkah pencegahan andai risiko sesuatu penyakit itu di tahap tinggi.

    Atau lebih baik, elakkan daripada pergi ke lokasi yang berbahaya dan gunakan internet sebagai sumber informasi!

    Apa yang boleh dikonklusikan di sini adalah self reward itu amat diperlukan oleh wanita dan semua individu lain. Bagi merehatkan diri daripada tekanan dan bebanan kehidupan, projek untuk healing merupakan ikhtiar yang baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan