backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sekatan saluran keluar pundi kencing

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 27/10/2022

Sekatan saluran keluar pundi kencing

Saluran kencing tersumbat merupakan satu kondisi yang serius. Kondisi ini terjadi apabila ada sesuatu yang menghalang pengeluaran urin dari pundi kencing. Jika ia dibiarkan tanpa rawatan, kondisi ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Definisi

Apa itu masalah saluran kencing tersumbat?

Saluran kencing tersumbat (BOO) adalah sekatan pada bahagian bawah pundi kencing. Ia mengurangkan dan menghalang aliran air kencing ke dalam uretra – tiub yang membawa keluar air kencing daripada badan.

Apakah kebarangkaliannya?

Keadaan ini sering berlaku pada lelaki yang telah berusia. Ia selalunya disebabkan oleh BPH. Batu karang pundi kencing dan kanser pundi kencing juga antara yang sering dilihat berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptomnya?

saluran kencing tersumbat

Simpom-simptom biasa bagi masalah saluran kencing tersumbat adalah:

  • Sakit abdomen.
  • Sentiasa rasa pundi kencing penuh.
  • Kerap kencing.
  • Sukar untuk kencing (penahanan urinari akut).
  • Sakit ketika kencing (disuria).
  • Masalah ketika mahu mula untuk kencing (teragak-agak; urinary hesitancy).
  • Aliran air kencing perlahan.
  • Jangkitan saluran urinari.
  • Aliran air kencing yang mula dan berhenti (keterputus-putusan urinari) .
  • Bangun pada waktu malam untuk kencing (nokturia).
  • Mual, letih, dan penahanan cecair jika kegagalan buah pinggang berlaku.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca saluran kencing tersumbat?

saluran kencing tersumbat

Punca-punca biasa bagi sekatan saluran kencing (BOO) termasuk:

  • Hiperplasia kelenjar prostat benigna (BPH), atau kelenjar prostat membesar.
  • Batu karang.
  • Ketumbuhan (kanser).
  • Ketumbuhan pelvik (servik, prostat, uterus, rektum).
  • Striktur uretra.

Punca-punca yang kurang berlaku termasuk:

  • Sistosele 
  • Objek bendasing.
  • Ijap uretral posterior (kecacatan sejak lahir bagi lelaki).
  • Kekejangan uretra.
  • Diverticula uretra.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya?

Terdapat banyak faktor risiko bagi maslaah saluran kencing tersumbat, seperti:

Umur: Semakin lanjut usia seseorang lelaki, semakin tinggi peluang untuknya mengalami penyakit ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

BOO boleh disyaki sekiranya terdapat ketumbuhan abnormal pada abdomen atau pundi kencing menjadi lebih besar daripada biasa.

Selain itu, lelaki yang mempunyai kelenjar prostat yang membesar atau wanita yang mempunyai sistosele (pundi kencing prolaps) boleh didiagnosis dengan BOO.

Ujian-ujian yang dilakukan termasuk:

  • Ujian darah bagi memeriksa kerosakan buah pinggang.
  • Mengkultur urin bagi ujian untuk jangkitan.
  • Ultrasound buah pinggang dan pundi kencing bagi mencari di mana sekatan urin berlaku.
  • Ujian urin bagi mencari darah di dalam urin.
  • X-ray bagi mencari saluran uretra yang mengecil.

Bagaimana pesakit saluran kencing tersumbat dirawat?

saluran kencing tersumbat

Rawatan bagi kondisi ini bergantung kepada punca masalah. Bagi kebanyakan kes, tiub yang dipanggil kateter dimasukkan melalui uretra ke dalam pundi kencing. Kateter akan melegakan sekatan ini.

Kadang kala kateter suprapubis (tiub yang dimasukkan melalui kawasan perut ke dalam pundi kencing) diperlukan bagi mengalir keluar pundi kencing.

Pembedahan selalunya diperlukan bagi rawatan jangka panjang. Walau bagaimanapun, banyak penyakit yang menyebabkan masalah ini boleh dirawat dengan ubat.

Berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda mengenai rawatan-rawatan yang boleh dilakukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 27/10/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan