Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh doktor untuk merawat batu karang. Rawatan atau pemberian ubat untuk batu karang di buah pinggang selalunya bergantung kepada saiz, lokasi serta jenis batu karang tersebut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh doktor untuk merawat batu karang. Rawatan atau pemberian ubat untuk batu karang di buah pinggang selalunya bergantung kepada saiz, lokasi serta jenis batu karang tersebut.
Untuk pengetahuan pembaca, buah pinggang manusia berfungsi untuk menapis bahan buangan dan cecair lebihan daripada darah dan membentuk air kencing.
Namun, kadangkala bahan buangan ini boleh terkumpul dan bergumpal di dalam buah pinggang. Gumpalan ini jugalah yang kita semua kenali dengan nama batu karang.
Penyakit batu karang boleh menyebabkan kesakitan yang serius. Walau bagaimanapun, batu karang tersebut tidak akan menyebabkan apa-apa masalah jika ia dikesan awal.
Bergantung kepada situasi, pesakit mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan melainkan ubat tahan sakit untuk masalah yang mereka alami.
Walau bagaimanapun, batu karang boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk dan jangkitan yang mungkin memerlukan pembedahan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Menurut National Kidney Foundation, hampir setengah juta pesakit dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat setiap tahun disebabkan oleh masalah batu karang.
Malah, menurut statistik, 1 dalam 10 orang akan mengalami masalah batu karang sekali seumur hidup. Mereka yang berumur 30-60 tahun merupakan golongan yang paling terkesan.
Penyakit ini juga mempunyai bilangan pesakit yang kian bertambah tahun demi tahun. Kini, risiko penyakit ini berlaku adalah sebanyak 11% dalam kalangan lelaki dan 9% dalam kalangan wanita.
Salah satu punca utama batu karang ialah kurang minum air atau bekerja di kawasan panas terik. Kedua-dua kondisi ini boleh menyebabkan urin menjadi pekat dan menggalakkan pembentukan batu karang.
Oleh sebab itu, pastikan anda minum air dengan mencukupi setiap hari. Orang dewasa yang pernah didiagnosis dengan masalah batu karang dinasihatkan agar minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.
Batu karang selalunya dijumpai di dalam buah pinggang atau di dalam ureter, saluran yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing anda.
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, penyakit batu karang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Malah, buah pinggang juga boleh mengalami jangkitan dan rosak jika ia tidak dirawat dengan baik.
Baca juga:
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cara untuk merawat batu karang bergantung kepada jenis, lokasi serta simptom yang pesakit alami. Namun, ada beberapa cara dan ubat untuk batu karang yang mungkin akan dilakukan oleh doktor seperti:
Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, disebabkan kesakitan yang pesakit alami, doktor mungkin akan memberikan ubat tahan sakit untuk pesakit batu karang.
Untuk memudahkan pengeluaran batu karang, pesakit haruslah:
Pastikan anda minum banyak air jika air kencing berwarna gelap. Teruskan minum air sehingga air kencing berwarna jernih.
Ada kalanya, doktor akan memberikan ubat untuk batu karang. Ubat-ubatan ini juga dapat membantu mengeluarkan batu karang dengan lebih mudah daripada badan.
Ubat ini juga membantu mengekalkan ureter dalam keadaan yang relaks untuk memudahkan pengeluaran batu karang.
Selain itu, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan seperti ubat tahan sakit dan juga tahan loya.
Pembedahan mungkin perlu dilakukan jika:
Kini, pembedahan batu karang melibatkan pemotongan yang kecil dan tidak lagi sesakit dahulu. Malah, ia juga tidak akan menyebabkan pesakit ditahan di hospital dalam tempoh masa yang lama.
Selain itu, batu karang juga perlu dikeluarkan secepat mungkin jika ia menyebabkan jangkitan yang berulang kali.
Pesakit yang mengalami pembentukan batu karang yang berulang perlu melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup.
Sebagai contoh, mereka perlulah minum air dengan banyak dan mengambil ubat untuk mengelakkan pembentukan batu karang pada masa akan datang.
Doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan seperti diuretik untuk pesakit yang mempunyai batu karang jenis kalsium.
Pesakit yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi di dalam air kencing mereka pula mungkin akan menerima ubat untuk batu karang yang dikenali dengan nama allupurinol untuk menghentikan pembentukan batu karang.
Ada banyak ubat untuk batu karang dan juga rawatan yang tersedia. Namun, sudah tentulah mencegah merupakan langkah yang lebih baik berbanding merawat.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan batu karang ialah minum air dengan mencukupi setiap hari.
Selain itu, pastikan anda minum lebih banyak air jika bersenam atau terpaksa bekerja di bawah terik matahari.
Pesakit batu karang juga mungkin akan menerima nasihat daripada doktor mengenai diet mereka setiap hari.
Oleh sebab itu, pastikan anda dengar nasihat doktor dan lakukan perubahan di dalam kehidupan seharian anda untuk mengelakkan penyakit ini daripada berulang pada masa hadapan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen