Paruresis atau sindrom pundi kencing malu adalah masalah sukar kencing yang akan bertukar serius jika tidak ditangani dengan segera. Namun, apa cara mengatasi susah buang air kecil tanpa privasi ini?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Paruresis atau sindrom pundi kencing malu adalah masalah sukar kencing yang akan bertukar serius jika tidak ditangani dengan segera. Namun, apa cara mengatasi susah buang air kecil tanpa privasi ini?
Walaupun nampak lucu, paruresis boleh memberikan kesan negatif terhadap hidup seseorang seperti masalah ketika bekerja.
Penghidap sindrom pundi kencing malu mungkin tidak dapat bekerjasama ketika melakukan ujian air kencing.
Malah, mereka juga sukar untuk menaiki pengangkutan awam dan mungkin terpaksa berhadapan dengan masalah sosial setiap hari.
Disebabkan kondisi ini, penghidap paruresis hanya mampu membuang air kecil di rumah apabila tidak ada tetamu.
Malah, penyakit ini juga merupakan sejenis fobia aneh yang mempunyai kelaziman yang sama dengan fobia untuk bercakap di tempat awam. Ia juga dikenali sebagai pee-phobia atau fobia untuk membuang air kecil.
Sindrom pundi kencing malu boleh terjadi kepada lelaki atau wanita yang juga digelar retensi urin psikogenik kerana penghidapnya mempunyai rasa malu serta stres menggunung apabila perlu membuang air tanpa privasii.
Mari ikuti penjelasan kami di bawah untuk mengetahui punca serta cara mengatasi susah buang air kecil ini.
Paruresis bukanlah sebuah kondisi fizikal malah, jika diperiksa, tidak ada apa yang rosak atau terjejas pada saluran urinari pesakit.
Selalunya, paruresis berlaku sebagai sebuah fobia sosial.
Sebagai contoh, pesakit mungkin mempunyai pengalaman buruk ketika diminta membuang air di tempat yang tiada privasi seperti terpaksa membuang air di hadapan jururawat atau perlu kencing di dalam cawan.
Malah, mereka amat risau dengan insiden tersebut sehinggakan mereka rasa resah untuk membuang air kecil di tempat awam.
Selain itu, individu yang pernah menjadi mangsa keganasan atau serangan seksual juga berupaya mengalami paruresis.
Bukan itu sahaja, mereka yang menghidap sindrom pundi kencing malu juga tidak mampu untuk membuang air kecil dengan normal tanpa privasi.
Rasa gelisah disebabkan perkara ini membuatkan otot sphincter pesakit tertutup rapat dan menyukarkan mereka untuk membuang air.
Simptom paruresis mungkin berbeza dari satu individu ke individu yang lain.
Namun, dalam kes yang sederhana dan teruk, pesakit lebih terdorong untuk memastikan mereka membuang air dalam keadaan privasi total.
Malah, ada juga pesakit yang tidak boleh membuang air dengan aman jika perbuatan tersebut mengeluarkan sebarang bunyi.
Lebih teruk lagi, jika pesakit berada di tempat awam, mereka tidak boleh membuang air walaupun dipaksa.
Oleh sebab itu, mereka akan mengelak daripada minum air ketika keluar rumah supaya tidak perlu ke tandas.
Selain itu, ada juga pesakit yang akan cuba membuang air sebanyak mungkin di rumah sebelum keluar.
Masalah ini juga boleh mengganggu kehidupan sosial penghidap parerusis kerana ada sebahagian daripada mereka yang mengelak untuk keluar dari rumah kerana tidak mahu berhadapan dengan situasi ini.
Sukar untuk pesakit paruresis bercerita mengenai kondisi mereka.
Disebabkan sindrom ini berpunca daripada fobia masa lampau, ia merupakan sesuatu yang pahit untuk ditelan.
Mereka juga tidak dapat mengelak daripada rasa malu yang amat sangat mengenai kondisi mereka.
Oleh sebab itu, penghidap paruresis akan bertindak menyorokkan kondisi ini daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.
Bukan itu sahaja, rasa tertekan ini boleh bertukar menjadi depresi jika ia berlarutan dalam jangka masa yang panjang.
Selain itu, pesakit paruresis selalunya akan mengelak daripada membuang air di tandas awam.
Ini merupakan cara mengatasi susah buang air kecil di tempat awam untuk penghidap sindrom pundi kencing malu.
Namun, amalan ini hanya akan membuatkan mereka menjadi semakin gelisah dan resah jika terpaksa menahan kencing dalam tempoh masa yang lama.
Bukan itu sahaja, ada juga yang akan mengalami simptom kebimbangan seperti degupan jantung semakin laju, berpeluh-peluh, pitam dan juga menggigil.
Sindrom pundi kencing malu bukanlah sejenis kondisi yang boleh dipandang remeh.
Jika tidak dirawat, ia boleh melumpuhkan mental serta kehidupan sosial pesakit.
Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan sebagai cara mengatasi susah buang air kecil ini. Sebagai contoh, pesakit boleh:
Kesimpulannya, ada banyak rawatan ataupun cara mengatasi susah buang air kecil ini.
Tetapi, apa yang penting, pesakit tidak seharusnya menyembunyikan kondisi ini daripada pengetahuan doktor.
Dengan rawatan seperti terapi dan sebagainya, pesakit sindrom pundi kencing malu boleh menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen