Penyakit Buah Pinggang Satu Beban Besar Pada Negara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan

Kebergantungan kepada mesin untuk hidup bukan suatu yang hebat. Jika kerosakan buah pinggang menjadi terlalu teruk, ia kehilangan keupayaan untuk berfungsi dengan normal, ini dikenali sebagai Penyakit Buah Pinggang Peringkat Akhir (Renal), ESRD, atau kegagalan buah pinggang.

Mereka yang didiagnosis dengan masalah kegagalan buah pinggang terpaksa berdepan dengan keadaan yang mana jarum dimasukkan ke dalam lengan, disambungkan kepada mesin, mengeluarkan darah sebelum ia kembali ke dalam tubuh, berlangsung selama 4 jam pada satu masa dan perlu melakukannya tiga kali seminggu. Ia dipanggil dialisis.

Tiga jenis kegagalan buah pinggang adalah:

Penyakit buah pinggang beban besar kepada negara

Menurut laporan Utusan Online, penyakit buah pinggang merupakan satu beban besar kepada negara apabila terdapat sekurang-kurangnya 39,000 pesakit yang memerlukan dialisis dengan kos rawatan dianggarkan bernilai RM1.6 bilion pada setiap tahun.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, angka tersebut dijangka meningkat sehingga 50,000 pesakit pada tahun depan dengan kesedaran orang ramai mendapatkan rawatan, hasil jaringan komprehensif perkhidmatan dialisis di Malaysia setanding kebanyakan negara maju.

Menurutnya, kebanyakan penyakit buah pinggang ini berasal dari kencing manis dan darah tinggi. Oleh itu, beliau menyeru kepada masyarakat supaya mempraktikkan gaya hidup sihat supaya kita boleh mengelakkan penyakit ini.

Tambahnya, telah diketahui bahawa mereka yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jika mengamalkan pemakanan sesuai dan menerima rawatan bertepatan, boleh menangguhkan kemerosotan buah pinggang sebanyak 50 peratus.

Diet dan penyakit buah pinggang

Pelan pemakanan seseorang pesakit bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Tujuan diet adalah untuk menjaga keseimbangan tahap elektrolit, mineral, dan cecair dalam tubuh seseorang pesakit.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kegagalan jantung peringkat awal mempunyai sekatan atau pelan diet yang berbeza dengan mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang atau ESRD.

Sekiranya anda mempunyai penyakit buah pinggang, penyedia penjagaan kesihatan anda akan menentukan diet terbaik untuk/mengikut keperluan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Buah Pinggang dan Kehamilan

    “Tahniah! Anda hamil.” Ini adalah berita yang paling diharapkan oleh setiap pasangan. Kehadiran cahaya mata dalam sebuah keluarga adalah suatu yang sangat menggembirakan. Tetapi, beberapa faktor boleh ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    Penyakit Buah Pinggang: Keperluan Vitamin dan Mineral

    Menurut Institut Perubatan, tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 13 vitamin bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Diet yang seimbang adalah cara yang disyorkan bagi mendapatkan jumlah vitamin yang diperlukan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/12/2018 . 2 minit bacaan

    Meneroka Peluang Buat Pesakit Buah Pinggang

    Malaysia mencatatkan jumlah pesakit buah pinggang kronik (CKD) yang tinggi iaitu 15.5% daripada seluruh populasi. Jumlah pesakit yang memerlukan dialisis sebagai rawatan kepada masalah buah pinggang pula ialah sebanyak ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Berita, Berita Tempatan 29/10/2018 . 2 minit bacaan

    Derma Organ Beri Nafas Baru Kepada Pesakit

    Derma organ ialah perkara paling mulia boleh dilakukan oleh seseorang untuk membantu orang lain. Memberikan bahagian daripada tubuh bukanlah satu hal yang mudah dilakukan. Semua organ tersebut tidak dapat dibeli ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Tempatan 23/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penawar kencing manis

    Penawar Kencing Manis Tradisional: Sejauh Manakah Keberkesanannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/08/2019 . 8 minit bacaan

    Gangguan Buah Pinggang: Protein Dalam Urin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/03/2019 . 2 minit bacaan
    penyakit buah pinggang

    Bagaimanakah Cara Yang Sesuai Untuk Menyimpan Ubatan Penyakit Buah Pinggang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/01/2019 . 3 minit bacaan
    buah pinggang

    Anemia: Komplikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 11/12/2018 . 2 minit bacaan