Menghidap Masalah Buah Pinggang? Ini 5 Jenis Makanan Patut DIELAKKAN

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/02/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila anda mempunyai masalah buah pinggang, terdapat banyak perkara yang perlu anda awasi tentang pengambilan makanan.

Artikel di bawah akan memberikan maklumat yang berguna tentang rancangan makanan bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang.

Diet pesakit buah pinggang

Berikut 5 jenis makanan yang perlu dielakkan:

1. Kalori

Berdasarkan tahap kesihatan anda dan tahap penyakit buah pinggang anda, doktor atau pakar kesihatan anda boleh membantu anda dengan rancangan diet tertentu.

Mereka menunjukkan berapa banyak kalori yang boleh anda makan pada setiap hari atau setiap minggu. Sila berpegang kepada pelan tersebut untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan anda.

2. Protein dalam diet pesakit buah pinggang

Walaupun protein sangat baik untuk kuku, rambut dan kesihatan, makan terlalu banyak boleh menyebabkan komplikasi.

Bincang dengan pakar pemakanan anda untuk mengetahui jumlah pengambilan protein yang betul.

Makanan rendah protein: sayur-sayuran, buah-buahan, pasta, nasi dan roti.

Makanan tinggi protein: telur, ikan, daging merah dan ayam.

diet pesakit buah pinggang

3. Karbohidrat

Pengambilan karbohidrat anda mungkin perlu dihadkan, kerana terdapat beberapa jenis karbohidrat yang mengandungi tahap fosforus atau kalium yang tinggi yang boleh memburukkan lagi keadaan anda.

Jika anda turut mempunyai kencing manis, anda hanya boleh memakan karbohidrat secukupnya sahaja.

Diet pesakit buah pinggang #4. Lemak

Terdapat dua jenis lemak -lemak “baik” dan lemak “jahat” .

Lemak sihat atau lemak baik adalah lemak tak tepu. Makanan yang mengandungi lemak baik ialah minyak jagung, minyak zaitun atau minyak kacang.

Lemak tak tepu boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol. Dalam keadaan di mana anda perlu menambah berat badan, amalkan diet yang mengandungi lemak tak tepu.

Jika anda sedang berdiet, hadkan pengambilan lemak tak tepu. Sepertimana makanan lain, makan secara sederhana adalah kuncinya kerana terlalu banyak lemak sihat juga boleh mendatangkan masalah.

Sebaliknya, lemak buruk, atau juga dikenali sebagai lemak tepu, boleh meningkatkan tahap kolesterol anda dan juga risiko mengalami penyakit jantung.

Makanan yang mengandungi lemak yang tidak baik adalah lemak babi, mentega, lelemak, dan daging, terutamanya yang diproses.

makanan

5. Natrium

Natrium  atau garam, adalah mineral yang boleh didapati hampir dalam semua makanan.

Penggunaan garam berlebihan akan membuat anda merasa dahaga, dan berpotensi menyebabkan bengkak dan peningkatan tekanan darah.

Akibatnya, buah pinggang anda mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mencerna semua garam yang anda makan. Oleh itu, untuk kesihatan buah pinggang dan jantung anda, hadkan jumlah natrium yang anda makan.

Rundingan untuk diet pemakanan bersesuaian

Perlu diingatkan maklumat di atas untuk perancangan diet yang sihat untuk diri sendiri.

Jika anda masih mempunyai sebarang soalan atau bimbang mengenai makanan yang perlu anda elakkan, adalah lebih baik untuk menghubungi doktor, pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk jawapan, nasihat dan bimbingan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

Khas buat penderita tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu mengamalkan diet DASH ini! Kenapa? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diet Sihat, Pemakanan Sihat 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Amal Diet Tinggi Protein Untuk Turunkan Berat Badan? Tunggu Dulu! Ada 6 Risiko Perlu Tahu

“Saya ada membaca artikel yang mengatakan, diet tinggi protein mempunyai keburukan kepada tubuh. Apakah keburukan protein yang diambil secara berlebihan?”

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 26/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

Kegagalan Buah Pinggang Merupakan Penyakit Serius! Kenali Simptom, Punca Dan Rawatan Ini

Kegagalan buah pinggang merupakan penyakit yang amat serius dan memerlukan perhatian daripada doktor secepat mungkin. Kenali simptom dan punca penyakit ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Penyakit Buah Pinggang, Urologi 22/01/2021 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

panjang umur

Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
fungsi otot

Nak Elak Masalah Jisim Otot Hilang Masa Usia Tua Nanti? Ikut 6 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
bina badan

Jangan Asyik Minum Protein Sahaja, Ini 7 Makanan Yang Baik Untuk Bina Otot

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
diet karbo

Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan