home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perlu Jalani Rawatan Dialisis? Ini Proses Yang Anda Harus Fahami

Perlu Jalani Rawatan Dialisis? Ini Proses Yang Anda Harus Fahami

Mungkin anda sendiri atau ada ahli keluarga mahupun kenalan yang menghidapi masalah buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis. Tetapi adakah anda apa itu dialisis yang sebenarnya? Artikel ini mungkin membantu menjawab persoalan anda.

Memahami apa itu dialisis

Prosedur ini dilakukan tidak lain untuk menggantikan fungsi buah pinggang.

Darah anda akan dialirkan ke dalam sebuah medium (bergantung kepada jenis) yang akan menapis bahan-bahan toksik, serta mengawal keseimbangan sesetengah bahan kimia seperti potassium, sodium dan bikarbonat dalam darah.

apa itu dialisis

Kemudian, darah yang telah dicuci itu dikembalikan semula ke dalam badan.

Walau bagaimanapun, fungsi buah pinggang adalah bukan sekadar menapis toksik. Ia juga berperanan menghasilkan sebahagian hormon serta terlibat dalam proses pembentukan vitamin D untuk kekuatan tulang. Dialisis malangnya tidak mengambil alih tugas ini.

Siapa yang harus menjalaninya?

Mereka yang mengalami penyakit buah pinggang kronik harus menjalani rawatan ini. Kadangkala, ia mungkin dimulakan sebelum mengalami apa-apa simptom apabila ujian darah menunjukkan kadar toksik yang tinggi.

Penilaian menyeluruh perlu dilakukan untuk membuat keputusan bila harus dimulakan rawatan. Perkara yang dilihat termasuk umur, keadaan buah pinggang, kesihatan secara am dan kesediaan untuk memberikan komitmen terhadap rawatan.

Meskipun dialisis mampu meningkatkan tahap kesihatan serta memanjangkan jangka hayat, ia memerlukan komitmen kos dan masa yang banyak.

Dua jenis – hemodialisis dan dialisis peritoneum

Kedua-duanya mempunyai tujuan dan prinsip yang sama. Apa yang membezakan hanyalah medium yang digunakan untuk menapis darah.

Bagi hemodialisis, medium yang digunakan adalah sebuah mesin khas. Darah dicuci di luar badan. Ini lah yang biasa dilihat di pusat-pusat dialisis.

Manakala dialisis peritoneum pula menggunakan lapisan peritoneum di dalam abdomen. Melalui kaedah ini, darah dicuci di dalam badan dan boleh dijalani di rumah.

buah pinggang

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sila berbincang dengan doktor tentang pilihan yang terbaik untuk keadaan anda.

Berapa lama ia harus dijalani?

Kebiasaannya, satu sesi berlangsung selama 4 jam dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.

Sampai bila seseorang itu perlu menjalaninya?

Kebiasaannya, apabila seseorang mula menjalani rawatan, beliau perlu meneruskannya seumur hidup melainkan buah pinggangnya diganti melalui pemindahan organ.

Namun, ada juga kes di mana keadaan buah pinggangnya boleh kembali pulih seperti sebahagian kes kegagalan buah pinggang akut.

Proses biasa untuk buah pinggang

Jadi anda sudah memahami apa itu dialisis, ia adalah rawatan untuk individu yang mengalami masalah buah pinggang.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kaedah rawatan tersebut, disyorkan untuk bertanyakan dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 23/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x