Kurang / Deprivasi Tidur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019

Definisi

Apa itu kurang / deprivasi tidur?

Kurang / deprivasi  tidur adalah semasa seseorang individu berasa kurang mengantuk daripada yang diperlukan untuk rasa sedar dan berjaga.

Apakah kebarangkalian kurang / deprivasi tidur?

Sesetengah individu seperti orang dewasa yang lebih tua dilihat lebih kebal terhadap kesan kurang / deprivasi tidur, sementara yang lain, terutamanya kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih muda, lebih mudah untuk mendapat kesan tersebut. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kurang / deprivasi tidur?

Simptom-simptom biasa bagi kurang / deprivasi  tidur adalah:

  • Mengantuk
  • Angin tidak baik
  • Letih
  • Cepat marah
  • Mood murung
  • Sukar mempelajari konsep baharu
  • Mudah lupa
  • Tidak boleh menumpukan perhatian atau kepala “kabur”
  • Kurang motivasi
  • Cemerkap
  • Selera makan bertambah dan mengidam makanan berkarbohidrat
  • Kurang nafsu seks (libido)

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca kurang / deprivasi tidur?

  • Kurang / deprivasi tidur yang disengajakan

Sesetengah orang menganggap tidur hanya membuang masa dan menghalang diri mereka daripada tidur dengan sengaja agar mereka dapat melakukan perkara lain seperti hiburan, fokus kepada pelajaran atau mengaut keuntungan. Keadaan ini dilihat banyak berlaku kepada remaja dan golongan dewasa muda.

  • Kurang / deprivasi tidur tanpa sengaja

Orang yang tidak mendapat tidur yang cukup disebabkan oleh waktu kerja, tanggungjawab kepada keluarga atau pekerjaan yang mendesak.

  • Pola tidur-bangun yang konsisten

Tidur lewat, kerap berjaga malam atau bangun awal boleh menyebabkan kurang / deprivasi  tidur dan hutang tidur berkumpul.

  • Masalah perubatan

Punca tambahan bagi kurang / deprivasi  tidur termasuk masalah perubatan seperti depresi, apnea sekatan tidur, ketidakseimbangan hormon dan penyakit kronik yang lain.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kurang / deprivasi tidur?

Rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut mengenai faktor-faktor risiko bagi kurang / deprivasi tidur.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kurang / deprivasi tidur didiagnosis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kurang / deprivasi tidur dirawat?

Rawatan bagi kurang / deprivasi tidur adalah untuk memenuhi keperluan biologikal tidur, mengelakkan daripada kurang / deprivasi  dan “bayar balik” hutang tidur yang terkumpul. Hanya satu cara sahaja yang boleh menghilangkan hutang tidur iaitu dengan mendapatkan tidur yang cukup. Bergantung kepada jumlah hutang tidur, ia akan mengambil masa untuk betul-betul pulih.

Bagi membayar balik hutang tidur, penting untuk mula mendapatkan tidur yang anda perlu, serta jam tambahan atau setiap malam sehingga hutang langsai. Selepas itu, jumlah tidur yang diperlukan boleh disambung semula tanpa jam tambahan.

Jika hutang tidur anda adalah beratus-ratus atau bahkan beribu jam, perkara ini masih boleh berjaya diselesaikan dengan usaha untuk menyusun semula obligasi, dan memberi masa yang cukup untuk sembuh. Anda akan tahu bahawa anda telah membayar balik hutang tidur anda apabila anda bangun dengan rasa segar dan tidak berasa terlalu mengantuk semasa waktu siang.

Jika kurang / deprivasi tidur masih berterusan dan simptom-simptom negatif berlanjutan meskipun anda telah mempraktik kaedah tidur bersih yang baik, anda disarankan untuk berunding dengan pembekal rawatan kesihatan anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kurang / deprivasi tidur?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi kurang / deprivasi tidur:

  • Tidur apabila sudah letih
  • Ikut rutin waktu tidur dan bangun dari tidur, pastikan waktu tersebut konsisten setiap hari dalam seminggu
  • Elakkan daripada makan 2-3 jam sebelum tidur
  • Jika tidak boleh tidur selepas 20 minit mencuba, pergi ke bilik lain dan cuba untuk tidur sehingga rasa mengantuk, kemudian kembali semula ke katil
  • Selalu terlibat dalam senaman di siang hari
  • Pastikan bilik tidur senyap, gelap dan bersuhu sejuk yang selesa
  • Tutup alat elektronik apabila anda mahu tidur.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    AWAS! Ini Bahayanya Jika Anda Gemar Tidur Meniarap

    Posisi tidur yang mana menjadi kegemaran anda? Jika anda gemar tidur meniarap, terdapat 3 kesan buruk yang menanti anda. Jom ketahui!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kekurangan Tidur Punca Masalah Kronik yang Lain

    Fenomena ‘Karoshi’ adalah hasil daripada kekurangan tidur yang telah menjadi satu epidemik dalam kalangan pekerja samada di sektor swasta mahupun kerajaan. ‘Karoshi’ adalah suatu istilah Jepun yang bermaksud ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kurang Tidur Menjejaskan Produktiviti

    Tidur bukan sekadar melelapkan mata ketika mengantuk. Ia sebenarnya lebih penting dari apa yang mungkin anda sangkakan. Kajian oleh RAND melibatkan 5 negara ahli Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Mood Berubah-Ubah: Adakah ia Normal?

    Setiap orang pasti pernah mengalami perubahan mood. Adakalanya, gembira dan bersemangat sehingga banyak perkara dapat diselesaikan dalam hanya satu hari. Ada pula hari di mana anda berasa tertekan dan malas sampai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    kurang tidur

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    virus-menguap-berjangkit

    Menguap Sejenis Virus Berjangkit? Ini 3 Cara Hentikannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2020
    terlebih tidur

    Tidak Cukup Tidur Dan Terlebih Tidur Gandakan Risiko Kematian Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 04/09/2019
    kualiti tidur

    Tahukah Anda Bahawa Adakalanya Genetik Anda Sendiri Yang Sebabkan Tidur Anda Terganggu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/04/2019