Kanser Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 13/09/2019

Ketahui asasnya

Apakah itu kanser otak?

Kanser otak merupakan ketumbuhan sel kanser yang tidak normal (tumor malignan) pada otak. Terdapat dua jenis kanser otak:

  • Kanser otak primari, ia jarang berlaku, berasal daripada otak
  • Kanser otak sekondari, juga dipanggil kanser otak metastatik, bermula pada bahagian badan yang lain dan merebak ke otak. Ia selalu berlaku

Kanser otak tidak boleh disembuhkan tetapi kadar jangka hayat boleh ditingkatkan dengan pengesanan awal. Sila berbincang dengan doktor anda tentang bagaimana anda boleh mendapatkan ujian saringan yang betul.

Apakah kebarangkalian kanser otak?

Kanser otak sekondari lebih banyak berlaku kepada orang dewasa manakala kanser otak primari banyak berlaku kepada kanak-kanak dan remaja, biasanya bawah umur 20 tahun. Kanser otak merupakan salah satu penyebab utama kematian daripada kanser.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kanser otak?

Simptom yang biasa berlaku kepada kanser otak adalah:

  • Sakit kepala, selalunya di waktu pagi
  • Loya dan muntah
  • Perubahan pada keupayaan untuk bercakap, mendengar, atau melihat
  • Masalah dengan keseimbangan atau berjalan
  • Masalah dengan memori atau berfikir
  • Rasa letih dan mengantuk
  • Perubahan pada mood atau tingkah laku anda

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Anda harus hubungi doktor anda apabila anda mempunyai sebarang simptom yang berikut:

  • Simptom anda tidak berkurangan atau bertambah teruk
  • Sakit kepala anda kerap berlaku dan mengganggu aktiviti seharian anda
  • Jika anda mempunyai serangan sawan yang kerap

Ketahui puncanya

Apakah punca berlakunya kanser otak?

Dalam kebanyakan kanser otak primari, punca sebenarnya masih belum diketahui. Sesetengah kanser otak primari mungkin disebabkan oleh mutasi pada sel tisu. Ini mengakibatkan perkembangan sel kanser yang tidak normal pada kadar yang laju. Terdapat pelbagai jenis kanser otak primari. Ianya bergantung pada jenis sel yang terlibat.

Kanser otak sekondari disebabkan oleh sel kanser daripada bahagian tubuh badan yang lain yang merebak (metatasis) ke otak. Ini selalunya berlaku kepada pesakit yang mempunyai sejarah kesihatan kanser. Sebarang kanser boleh merebak ke otak tetapi jenis yang paling biasa merebak termasuklah:

  • Kanser payudara
  • Kanser kolon
  • Kanser buah pinggang
  • Kanser paru-paru
  • Kanser melanoma

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap kanser otak?

Walaupun ia sukar untuk menentukan punca sebenar kanser otak, doktor telah mengenal pasti beberapa faktor risiko. Faktor ini termasuklah:

  • Umur anda. Risiko anda terhadap tumor otak meningkat dengan usia anda manakala terdapat beberapa jenis tumor yang hanya berlaku kepada kanak-kanak
  • Terdedah kepada radiasi
  • Sejarah kesihatan keluarga yang mempunyai kanser otak

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kanser otak didiagnosis?

Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian yang berikut:

  • Pemeriksaan medikal dan fizikal
  • Biopsi tumor otak untuk memeriksa sel tisu otak
  • Pengimejan magnetik resonan (MRI)
  • Skan tomografi berkomputer (CT scan)

Bagaimanakah kanser otak dirawat?

Pilihan rawatan bagi kanser otak mungkin melibatkan satu atau lebih daripada yang berikut:

Pembedahan

Melalui pendekatan pembedahan, jenis dan posisi tumor akan menentukan sama ada pembedahan yang membuang keseluruhan tumor boleh disembuhkan atau tidak. Tambahan pula, pembedahan ini boleh membantu mendiagnosis kanser dan mengurangkan tekanan kepada otak.

Radiasi

Rawatan radiasi dilakukan oleh ahli profesional dan radioterapi biasanya dilakukan kepada tumor yang tidak boleh dibuang (atau yang tidak boleh dibuang sepenuhnya), atau selepas pembedahan sebarang kanser otak.

Kemoterapi

Kemoterapi ialah pilihan yang biasa dijalankan sebagai rawatan kanser tetapi ia tidak digunakan kepada kanser otak primari. Ubat anti epilektik seperti phenytoin selalunya digunakan sebelum dan selepas pembedahan untuk menghalang serangan sawan. Bagi bengkak di kepala, doktor mungkin akan memberikan steroid (dexamethasone).

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani kanser otak?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ini mungkin membantu anda menangani kanser otak:

  • Dapatkan kumpulan sokongan untuk membantu anda menjalani rutin seharian dan memberikan sokongan emosi
  • Berjumpa doktor anda selalu untuk memantau keadaan anda
  • Berkomunikasi dengan doktor anda tentang sebarang simptom baru atau jika simptom anda bertambah teruk
  • Berjumpa doktor dengan segera jika anda mempunyai sawan atau sakit kepala yang baru terjadi yang mana sebelum ini belum pernah terjadi untuk menghalang komplikasi penyakit

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungking mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    berak berdarah

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    topeng muka

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020