Ujian Saringan:Diagnosis Awal Kanser Kolorektal

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ujian saringan adalah cara untuk mendapatkan diagnosis awal yang merupakan aspek paling penting dalam merawat dan menguruskan kanser, khususnya kanser kolorektal yang menjadi perbincangan utama artikel ini. Tidak kira jenis kanser apa sekalipun, usaha harus diberikan untuk mengesannya dengan lebih awal.

Jika kanser dapat dikesan awal ketika saiznya masih kecil, lebih banyak pilihan rawatan yang boleh diambil dan hasilnya juga sudah tentu lebih baik. Walaupun kanser kolorektal mungkin boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup dan pemakanan, ia masih tidak sepenuhnya dapat dielakkan.

Oleh itu, diagnosis awal adalah cara yang terbaik.

Tahap lanjut kanser kolorektal memberikan jangka hayat lebih pendek

Setiap kanser mempunyai tahap yang berbeza-beza dan kanser kolorektal juga tidak terkecuali.

Bagi kanser kolorektal, ia terbahagi kepada 4 tahap. Setiap tahap ditentukan melalui ujian patologi ke atas sampel tumor yang diambil daripada kawasan yang terbabit.

Menentukan tahap kanser adalah penting dalam memilih jenis rawatan. Semakin lanjut tahap kanser kolorektal semasa diagnosis dibuat, semakin pendek jangka hayat pesakit tersebut.

Kanser kolorektal antara pembunuh utama di Malaysia

Prognosis kanser biasanya diletakkan sebagai peratus pesakit yang hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis. Berikut adalah peratus kelangsungan hidup melebihi 5 tahun bagi setiap tahap kanser kolorektal:

  • Tahap 1: 92 peratus pesakit hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis.
  • Tahap 2: 63 peratus pesakit hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis.
  • Tahap 3: 53 peratus pesakit hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis.
  • Tahap 4: 11 peratus pesakit hidup lebih 5 tahun selepas diagnosis.

Seperti yang dilihat, tahap 4 memberikan peratus paling rendah dari sudut kelangsungan hidup.

Ujian saringan membantu diagnosis awal

Malangnya, simptom-simptom kanser kolorektal adalah tidak begitu spesifik dan kadangkala berlaku hanya ketika kanser sudah berada di tahap lanjut. Jadi, diagnosis tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada simptom semata-mata.

Cara terbaik untuk membuat diagnosis awal adalah melalui ujian saringan. Ia mampu mengesan kanser sebelum berlaku apa-apa simptom. Ujian ini dijalankan ke atas mereka yang berisiko dan berumur antara 50 dan 75 tahun.

Ujian saringan untuk kanser kolorektal adalah:

1. Ujian najis (FOBT – Fecal Occult Blood Test)

Ujian FOBT adalah mudah dan penting dalam diagnosis kanser kolorektal

Ujian ini dijalankan untuk mengesan darah di dalam najis. Ia adalah ujian yang mudah dan boleh dijalankan di klinik kesihatan. Satu set alatan untuk mengumpul najis akan diberikan kepada pesakit. Kemudian, pesakit perlu mengambil sedikit sampel najis menggunakan alatan tersebut untuk dikembalikan kepada makmal.

Najis tersebut akan diuji untuk melihat kewujudan darah di dalamnya. Jika positif (ada darah), pesakit mungkin akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut iaitu kolonoskopi.

2. Ujian sigmoidoskopi

Satu tiub dengan kamera dimasukkan ke dalam rektum dan penghujung kolon melalui lubang dubur untuk mengesan polip atau kanser di dalamnya.

3. Ujian kolonoskopi

Kolonoskopi adalah ujian utama dalam diagnosis kanser kolorektal

Ujian ini sama seperti sigmoidoskopi tetapi ia boleh melihat keseluruhan rektum dan kolon dengan tiun yang lebih panjang serta fleksibel. Sampel tumor boleh diambil dan polip boleh dibuang semasa menjalankan prosedur ini.

Kesedaran masyarakat sebelum ujian saringan

Tanpa kesedaran daripada masyarakat, ujian saringan hanya akan menjadi sia-sia kerana tidak ramai yang mengambil initiatif untuk mengambil ujian saringan. Menurut satu kajian yang membabitkan 900 orang rakyat Malaysia yang berisiko, hanya 38 peratus sahaja melakukan ujian saringan.

Kesedaran ini perlu dipupuk di semua peringkat dan semua pihak harus memainkan peranan termasuk kerajaan, badan bukan kerajaan serta pihak media.

Kanser kolorektal adalah kanser nombor 2 di Malaysia. Tanpa langkah pencegahan yang komprehensif, angka kematian akan terus meningkat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?

    Ujian saringan bagi mengesan tanda kanser usus boleh dibuat menggunakan sampel najis pesakit. Ia merupakan satu kaedah tidak invasif yang berupaya untuk...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser, Kanser Kolorektal 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Ramai sering menganggap penyakit seperti kanser payudara dan osteoporosis adalah eksklusif untuk mereka yang bergelar wanita.Walau bagaimanapun...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan