10 Tip Pemakanan & Petua Senaman Bagi Kaum Hawa Selepas Buang Barah Payudara

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penting bagi anda untuk mengetahui bagaimana cara ideal untuk menjaga diri seusai menjalani pembedahan kanser payudara.

Tahap kesihatan selepas rawatan kanser perlu dipantau dan dijaga secara teliti bagi memastikan kualiti hidup berada pada paras yang optimum.

Teruskan membaca sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan tip penjagaan diri selepas pembedahan kanser payudara.

Artikel ini akan memfokuskan kepada makanan selepas pembedahan dan tip senaman yang boleh dijadikan amalan.

Jenis makanan selepas pembedahan wajar diberi perhatian

Mual dan muntah selepas pembedahan lazim dialami oleh penghidap kanser.

Ia juga sering dikaitkan dengan rawatan yang melibatkan penggunaan terapi kemo dan radiasi untuk membunuh sel barah.

Selain daripada dua simptom tersebut, penghidap juga boleh mengalami gejala lain seperti hilang selera makan dan wasting syndrome.

Perkara ini boleh mempengaruhi tahap kesihatan memandangkan aspek pemakanan merupakan elemen penting dalam kesembuhan selepas rawatan kanser.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah boleh diambil:

  • Ubah tabiat makan. Elakkan daripada mengambil tiga hidangan besar setiap hari. Sebaliknya, anda boleh makan dalam kuantiti kecil secara kerap.
  • Jika anda tidak boleh mengambil makanan pepejal, cuba ambil minuman protein dan yogurt.
  • Ambil sup ayam, ikan atau sayur, sekiranya anda tidak mempunyai selera makan.

Pastikan anda mengambil makanan berprotein yang mencukupi

makanan selepas pembedahan

Selepas pembedahan kanser payudara, tubuh anda memerlukan lebih banyak protein daripada biasa.

Peningkatan keperluan ini berlaku berikutan badan memerlukan sumber nutri makro tersebut untuk membaiki sel, melawan jangkitan dan menyembuhkan luka pembedahan.

Anda boleh:

  • Ambil susu atau tambahkan serbuk protein bersama dengan makanan yang anda ambil mengikut kesesuaian semasa.
  • Makan snek yang mengandungi jumlah protein yang tinggi seperti kacang badam dan keju.

Jumlah kalori yang perlu diambil selepas pembedahan mungkin mengelirukan anda.

Bukan semua individu tahu mengira keperluan kalori masing-masing. Dalam situasi tersebut, anda boleh memfokuskan kepada kandungan nutrisi di dalam makanan.

Ambil protein secukupnya dan badan anda akan pulih dalam masa yang singkat.

Diet anti-kanser, amalkan ia sepanjang hayat

Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh anda gunakan untuk merancang diet anti kanser.

Anda juga boleh berbincang dengan pakar diet yang bertauliah bagi mengetahui pelan pemakanan terbaik selepas pembedahan kanser payudara. 

  • Ambil makanan yang mengandungi protein rendah lemak, seperti ayam panggang dan ikan bakar, bukannya stik, itik atau daging tinggi lemak lain.
  • Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
  • Elakkan daripada mengambil makanan yang diproses. Ini termasuklah sosej, ham dan daging salai.
  • Elakkan daripada mengambil nasi putih atau roti putih. Gantikan kedua-duanya dengan nasi perang dan roti berserat.
  • Kurangkan pengambilan alkohol. Jangan ambil minuman ini lebih daripada dua sehari.

Senarai di atas hanyalah tip dan contoh yang boleh diamalkan oleh penghidap kanser payudara secara umum.

Jika ingin mengamalkan sebarang jenis diet, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Ini kerana, kesesuaian jenis makanan selepas pembedahan mungkin berbeza mengikut rawatan dan keadaan kesihatan semasa.

Senaman penting bagi menjamin tahap kesihatan optimum penghidap kanser

kanser payudara

Kajian menunjukkan terdapat kaitan di antara berat badan dan risiko untuk kanser payudara berlaku kembali.

Oleh sebab senaman merupakan salah satu elemen penting selain pemakanan untuk mengawal berat badan, mereka yang menghidap kanser wajar mempertimbangkannya sebagai langkah pencegahan.

Senaman bukan sahaja boleh mempengaruhi mood dan kesihatan mental individu, ia juga boleh mencegah kanser lain terutamanya yang berkait dengan berat badan berlebihan.

Rawatan kanser seperti terapi kemo dan radiasi serta pembedahan boleh menyebabkan kelesuan.

Namun, kebanyakan pakar gemar menggalakkan pesakit mereka untuk bersenam walaupun dengan hanya berjalan kaki di sekeliling blok.

Ia boleh meningkatkan stamina dan mengembalikan tenaga yang hilang akibat daripada kesan sampingan rawatan kanser.

Namun, bukan setiap individu boleh melakukan semua jenis senaman. Sebab itu, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan kesulitan kelak.

Pilih senaman yang menyeronokkan

Jika tidak suka berlari, jangan paksa diri anda untuk berjoging. Jika tidak suka mengangkat berat, jangan paksa diri anda melakukan aktiviti sedemikian.

Tabiat suka bersenam perlu diterapkan supaya ia menjadi amalan jangka masa panjang memandangkan ia boleh memberikan pelbagai jenis kebaikan kesihatan.

Mula daripada senaman ringan seperti berjalan, berjoging, berenang dan sebagainya.

Jangan paksa diri anda untuk melakukan perkara di luar kemampuan terutamanya jika baru sahaja sembuh daripada pembedahan kanser payudara.

Selepas anda sudah biasa, tingkatkan intensiti senaman kepada yang lebih berat. Mungkin anda ingin bermaraton di sekitar tempat tinggal atau ingin mengangkat berat di gim.

Apa yang penting, anda perlu lakukan aktiviti yang diminati untuk terus konsisten bersenam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan setiap individu untuk bersenam (intensiti sederhana) sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Anda boleh bahagikan rutin senaman kepada 30 minit sehari dan lakukannya pada kekerapan 5 hari seminggu.

Paling tidak, jika terlalu sibuk, anda boleh bersenam di hujung minggu namun, tingkatkan intensiti senaman atau pastikan anda melebihi had 150 minit seminggu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Mungkin Sebab Kita Suka Membazir Makanan! Elak Pembaziran Dengan 5 Tip Ini

Masalah pembaziran makanan adalah lebih besar daripada yang disangkakan. Hampir satu pertiga makanan yang dibazirkan datang dengan pelbagai alasan. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

Anda suka melakukan aktiviti fizikal? Itu bagus tapi tahu tak tanpa sedar, ada kesilapan ketika bersenam yang mungkin dilakukan. Ikuti pencerahan ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menguruskan badan

Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
terapi prostat

Rawatan Kanser Prostat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
bulan kesedaran kanser payudara

Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
tip bersenam

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan