Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Malaysia Dijangka Dilanda Super El Niño! Suhu Boleh Cecah Lebih 40°C Hingga Tahun Depan
Super El Nino Malaysia merujuk kepada fenomena El Niño yang sangat kuat dan dijangka mula berkembang sekitar November 2026 sebelum memberi kesan lebih ketara terhadap cuaca Malaysia pada tahun 2027. Fenomena ini dijangka meningkatkan suhu, mengurangkan taburan hujan serta menjejaskan pelbagai sektor penting negara.
Justeru, orang ramai digalakkan memahami fenomena ini lebih awal supaya langkah persediaan dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan, bekalan air dan kehidupan seharian.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Malaysia berdepan Super El Nino!
Malaysia berdepan Super El Nino apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fenomena tersebut mula mencapai tahap “super” sekitar November 2026 dan boleh berterusan sehingga Januari 2027.
Antara fakta penting yang diumumkan ialah:
Fenomena El Niño sebenarnya telah mula berkembang sejak pertengahan 2026.
Status Super El Niño dijangka bermula sekitar November 2026.
Ramalan adalah berdasarkan pemantauan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) melalui Climate Prediction Center (CPC).
Malaysia dijangka menerima impak sedikit lewat kerana lokasi negara jauh dari kawasan pembentukan El Niño di Lautan Pasifik.
Kesan utama dijangka dirasai pada awal tahun 2027 dengan cuaca lebih panas dan taburan hujan berkurangan.
Super El Nino 2026 Malaysia: Apa bezanya dengan El Niño biasa?
Super El Nino 2026 Malaysia bukan sekadar cuaca panas biasa, tetapi merujuk kepada episod El Niño yang jauh lebih kuat sehingga memberi impak lebih besar kepada iklim dunia.
Berikut adalah jadual perbezaan antara El Niño biasa dan Super El Niño:
Malaysia dijangka terkesan kerana El Niño mengubah corak peredaran atmosfera dunia. Apabila fenomena ini menjadi lebih kuat, negara lazimnya mengalami:
Super El Nino Malaysia 2027: Mengapa suhu dijangka lebih tinggi?
Tahun 2027 dijangka menjadi tempoh paling mencabar kerana METMalaysia menjangkakan fenomena ini memuncak antara Mac hingga Mei 2027.
Menurut Ketua Pengarah METMalaysia, suhu maksimum harian berpotensi melepasi rekod kebangsaan 40.1°Cyang dicatatkan di Chuping, Perlis pada tahun 1998.
Kesan tersebut dijangka menjadi lebih ketara kerana fenomena Super El Niño berlaku serentak dengan trend pemanasan global.
Kawasan yang dijangka menerima impak lebih besar termasuk:
Negeri-negeri utara Semenanjung.
Kawasan pedalaman Kelantan dan Pahang.
Sabah.
Sarawak, khususnya kawasan pedalaman serta kawasan pengeluaran kelapa sawit.
Bagaimana mendapatkan maklumat terkini mengenai Super El Niño?
Sepanjang tempoh Super El Nino Malaysia, orang ramai disarankan mendapatkan maklumat hanya daripada sumber rasmi seperti:
Elakkan menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana keadaan cuaca boleh berubah mengikut perkembangan terkini data iklim global.
Kesimpulan
Fenomena Super El Nino Malaysia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Walaupun ia merupakan fenomena iklim semula jadi, kesannya boleh menjadi lebih serius apabila digabungkan dengan perubahan iklim global.
Persediaan awal oleh kerajaan, industri dan setiap isi rumah mampu mengurangkan risiko terhadap kesihatan, bekalan air, keselamatan makanan dan kesejahteraan masyarakat apabila negara memasuki tempoh cuaca lebih panas pada 2027.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
MET Malaysia: Super El Nino dijangka bermula November. https://www.nadma.gov.my/bi/media-en/news/6699-met-malaysia-super-el-nino-dijangka-bermula-november. Diakses Julai 21, 2026.
Incoming: Super El Niño could bring heat and haze from November, says MetMalaysia. https://www.nadma.gov.my/bi/media-en/news/6697-incoming-super-el-nino-could-bring-heat-and-haze-from-november-says-metmalaysia. Diakses Julai 21, 2026.
EL NIÑO SOUTHERN OSCILLATION (ENSO) STATUS. https://www.met.gov.my/data/climate/status_elnino_en.pdf. Diakses Julai 21, 2026.
Super El Niño dijangka bermula November, MET Malaysia gesa semua sektor buat persediaan. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/super-el-nino-dijangka-bermula-november-met-malaysia-gesa-semua-sektor-buat-persediaan/. Diakses Julai 21, 2026.
El Nino Phenomenon. https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/m_focus2014_small/files/assets/common/downloads/page0008.pdf. Diakses Julai 21, 2026.
Versi Terbaru
21/07/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor