Bagaimanakah Talasemia Dirawat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apakah itu talasemia?

Talasemia merupakan gangguan darah yang diwarisi, di mana ia menghalang badan anda daripada menghasilkan hemoglobin – molekul protein yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel darah merah pembawa oksigen yang sihat – yang normal dan sihat. Penyakit ini tidak boleh merebak daripada satu individu kepada individu yang lain melalui sentuhan terus. Penyakit ini, seperti yang telah disebutkan di atas, diwarisi, bermaksud salah seorang daripada ibubapa anda perlu membawa penyakit ini.

Talasemia kebanyakannya terjadi pada keluarga yang berasal daripada Asia Selatan, orang Cina, Timur Tengah, Afrika. Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai trait talasemia atau tidak, anda perlu melakukan ujian darah khusus – elektroforesis hemoglobin.

Bagaimanakah Talasemia Dirawat?

Rawatan bagi talasemia ditentukan dengan jenis gangguan yang anda alami dan tahap keterukan gangguan ini. Doktor anda akan menyediakan anda dengan siri rawatan yang dianggap paling sesuai untuk kes anda. Bagi individu yang membawa atau mempunyai trait talasemia alfa atau beta dengan sedikit atau tiada langsung simptom. Terdapat sedikit kemungkinan bahawa anda akan memerlukan sedikit atau tiada langsung rawatan.

Jenis talasemia yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan standard termasuk transfusi darah, terapi pengkelatan zat besi, dan makanan tambahan asid folik.

Transfusi darah

Transfusi darah adalah rawatan utama yang ada untuk pesakit dengan talasemia jenis sederhana atau teruk. Kaedah rawatan membekalkan sel darah merah yang sihat dengan hemoglobin standard, dan membolehkan anda menjalani kehidupan yang boleh dianggap normal. Semasa siri rawatan ini, doktor akan memasukkan jarum melalui tiub intravena ke dalam salah satu saluran darah anda. Darah yang sihat boleh masuk ke dalam badan anda melalui tiub ini. Satu hingga empat jam adalah masa biasa untuk prosedur ini selesai.

Oleh sebab sel darah merah boleh hidup hanya lebih kurang empat bulan, transfusi berulang kali diperlukan bagi mengekalkan bekalan sel darah merah yang sihat.

Transfusi darah mungkin kadang-kadang diperlukan jika anda mempunyai talasemia beta pertengahan atau penyakit hemoglobin H. Anda mungkin, contohnya, memerlukan transfusi jika anemia anda cukup teruk untuk mengakibatkan simptom, seperti letih.

Tambahan pula, jika anda mengalami talasemia major, anda mungkin mempunyai peluang tinggi untuk selalu memerlukan transfusi darah, biasanya setiap 2-4 minggu, bergantung kepada jumlah infusi sel yang anda terima.

Manfaat rawatan ini ialah tidak dapat dinafikan transfusi darah sangat penting bagi individu yang mengalami talasemia; Sebaliknya, keburukan rawatan ini ialah kos yang mahal dan risiko untuk virus mereka serta jangkitan. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang risiko ini sangat rendah.

Terapi Pengkelatan Zat Besi

Hemoglobin di dalam sel darah merah anda merupakan protein dengan kandungan zat besi yang tinggi. Selalu melakukan transfusi darah boleh menyebabkan lebihan zat besi di dalam darah anda. Meskipun zat besi penting untuk badan, lebihan zat besi boleh mengakibatkan kerosakan pada jantung, hati serta organ badan yang lain, dan bahkan boleh membawa maut. Oleh itu, penting untuk memastikan lebihan zat besi ini dibuang, atau dipengkelatan. Untuk melakukan perkara ini, anda memerlukan terapi pengkelatan zat besi.

Deferoxamine dan Deferasirox merupakan dua ubat yang diperlukan untuk terapi pengkelatan zat besi.

Makanan Tambahan Asid Folik

Asid folik adalah vitamin B yang membantu badan anda menghasilkan sel darah merah. Makanan tambahan asid folik boleh disarankan untuk digunakan dengan transfusi darah dan/atau terapi pengkelatan zat besi.

Rawatan Lain

Pemindahan sel dasar. Rawatan ini, juga dikenali sebagai pemindahan sumsum tulang, biasanya diperlukan oleh kanak-kanak yang lahir dengan talasemia yang teruk. Menjalani rawatan ini bermakna anda tidak lagi memerlukan transfusi darah sepanjang hayat serta ubat yang digunakan untuk mengawal lebihan zat besi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Ogos 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut