backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Penghidap G6PD Perlu Patuhi 9 Pantang Larang, Terutama Elak Kekacang Jenis Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2023

    Penghidap G6PD Perlu Patuhi 9 Pantang Larang, Terutama Elak Kekacang Jenis Ini!

    Pernahkah anda mendengar tentang penyakit kekurangan enzim G6PD? Katanya penghidap G6PD alahan makanan, benarkah? Sebelum mengetahui lanjut, kenali dahulu tentang penyakit G6PD maksud dan pantang larangnya.

    Kondisi ini merupakan sesuatu yang biasa di Malaysia dan lebih banyak terjadi dalam kalangan lelaki berbangsa Melayu dan juga Cina.

    Disebabkan negara kita mempunyai kadar kekerapan yang tinggi untuk pesakit G6PD, Malaysia telah menjalankan ujian saringan wajib terhadap semua bayi yang baru lahir.

    Kekurangan enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase)

    Kekurangan enzim G6PD maksud merupakan sejenis penyakit genetik yang berlaku hampir keseluruhannya dalam kalangan kaum lelaki.

    Disebabkan kondisi ini berkait dengan kromosom X, kebanyakan inidividu yang menderita akibat kekurangan enzim G6PD ini adalah lelaki, manakala perempuan pula akan menjadi pembawa.

    Individu yang menderita akibat kurang G6PD maksud, tidak mempunyai enzim yang dipanggil glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD).

    Pesakit yang kurang enzim ini akan mengalami haemolytic anaemia, satu keadaan di mana sel darah merah akan musnah disebabkan kurangnya enzim G6PD untuk melindungi sel darah tersebut.

    Tambahan lagi, sel darah individu yang mengalami masalah kekurangan G6PD ini lebih banyak yang musnah daripada yang mampu digantikan oleh badan.

    Oleh itu, golongan ini akan alami rasa penat yang amat sangat, kekuningan pada kulit, pening, sakit dada dan sesak nafas.

    Bayi yang kekurangan enzim G6PD selalunya akan alami penyakit kuning atau jaundis dalam satu tempoh masa yang agak lama.

    Walau bagaimanapun, individu yang menderita penyakit G6PD ini selalunya boleh hidup dengan normal sama seperti orang lain.

    Tetapi, mereka perlu elak beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan yang boleh sebabkan mereka alami hemolisis berlebihan.

    Jika anda ataupun ahli keluarga dan kenalan rapat mempunyai penyakit ini, anda perlu ambil tahu tentang makanan dan ubat yang perlu dielakkan.

    Anda mungkin berminat:

    G6PD alahan makanan: Apa yang perlu dielak?

    g6pd alahan makanan

    Benarkah G6PD alahan makanan tertentu?

    Buat pengetahuan anda, penting untuk individu yang mengalami penyakit G6PD ini untuk elakkan daripada makan makanan di bawah. Kesemua makanan ini boleh akibatkan pesakit mengalami hemolisis berlebihan.

    1. G6PD alahan makanan paling utama adalah kacang parang (fava beans) dan semua produk yang mempunyai kaitan dengan kacang parang. Kondisi ini turut dikenali sebagai “favaism” kerana semua pesakit G6PD alahan makanan terhadap kacang parang.
    2. Produk kacang soya.
    3. Beri biru dan semua produk yang mempunyai beri biru.
    4. Gula-gula berpudina, ubat gigi, ubat kumur, ataupun makanan yang mengandungi menthol perlu dielakkan.
    5. Suplemen vitamin K dan zat besi tanpa rujuk terlebih dahulu dengan doktor.
    6. Antibiotik seperti sulphonamides, co-trimoxsasole, chloramphenicol dan banyak lagi.
    7. Ubat antimalaria seperti chloroquine, primaquine, quinine dan banyak lagi.
    8. Ubat lain seperti aspirin, vitamin C dalam dos yang banyak, methyldopa dan banyak lagi.

    Senarai ubat-ubatan dan makanan yang perlu dielakkan terlalu banyak untuk disenaraikan. Oleh itu, selalulah berbincang dengan doktor jika ingin makan ubat yang baru ataupun tidak dikenali.

    Baca label ubat yang anda beli tanpa preskripsi. Selain itu, individu yang kekurangan enzim G6PD perlu berhati-hati jika ingin menggunakan ubat jenis herba ataupun ubat daripada perubatan alternatif.

    Paling penting, pesakit perlu lebih peka kerana sebarang jangkitan kuman ataupun virus boleh sebabkan badan menjadi stres dan kemudiannya menyebabkan hemolisis.

    Selain G6PD alahan makanan, ada larangan utama juga buat pesakit- Jangan dekat dengan ubat gegat!

    g6pd alahan makanan

    Ubat gegat mengandungi naphthalene, sejenis bahan kimia yang boleh sebabkan hemolisis berlebihan dalam kalangan semua bayi. Namun, bayi yang mempunyai penyakit G6PD akan mengalami haemolytic anaemia yang lebih teruk.

    Hemolisis boleh berlaku kepada bayi yang menghidap kondisi ini walaupun hanya dengan memakaikan mereka pakaian yang disimpan di dalam laci yang mempunyai ubat gegat.

    Sebagai langkah berhati-hati, jangan guna ubat gegat jika anda mempunyai anak yang berumur bawah 3 tahun di rumah!

    Kepentingan nutrisi dalam kalangan pesakit G6PD

    g6pd alahan makanan

    Individu yang mengalami kekurangan enzim G6PD perlu mengamalkan diet tertentu untuk halang sel darah merah daripada musnah.

    Oleh itu, amalkan diet yang kaya dengan makanan yang mempunyai antioksidan. Makanan ini termasuklah tomato, epal, oren, anggur, bayam, kuaci, aprikot dan kacang walnut.

    Selain itu, pilih bijirin penuh seperti oat dan barli supaya anda dapat karbohidrat yang cukup untuk kegunaan seharian.

    Vitamin juga perlu diambil sebanyak mungkin. Namun, elakkan daripada mengambil sebarang suplemen tanpa merujuk doktor terlebih dahulu.

    Paling penting, pastikan anda sentiasa rujuk dengan doktor anda untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai g6pd alahan makanan. Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan.

    Dengan penjagaan yang betul, pesakit kekurangan enzim G6PD boleh hidup sihat dan aktif seperti individu lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan