backup og meta

Ini 5 Kesan Yang Boleh Berlaku Pada Tubuh Badan Penghidap Penyakit Talasemia!

Ini 5 Kesan Yang Boleh Berlaku Pada Tubuh Badan Penghidap Penyakit Talasemia!

Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit talasemia? Apa itu talasemia dan apakah kesan kepada mereka yang mempunyai penyakit ini? Kami terangkan di sini mengenai penyakit talasemia, simptom serta kesannya kepada tubuh mereka yang menghidapnya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

Apa itu talasemia?

Talasemia merupakan sejenis penyakit darah genetik yang berlaku apabila badan tidak menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

Hemoglobin merupakan protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Talasemia boleh terjadi dalam pelbagai bentuk & tahap keterukan selain boleh berlaku dalam keadaan yang ringan atau lebih berat.

Simptom paling umum bagi gangguan darah ini termasuklah keletihan, lemah badan, kulit pucat atau kuning selain pembesaran organ seperti hati atau limpa.

Walaupun terdapat rawatan untuk membantu mengurus simptom dan komplikasinya, namun talasemia masih boleh mengakibatkan beberapa kesan terhadap kesihatan penghidapnya.

Berikut adalah beberapa kesan yang biasa dialami oleh individu yang memiliki talasemia.

Kesan penyakit talasemia

Talasemia sebabkan anda mudah letih.
Talasemia sebabkan anda mudah letih.

Anda telah tahu apa itu talasemia. Sekarang kami terangkan kesannya pula.

Apabila seseorang itu menghidap penyakit talasemia, maka secara tidak langsung tubuh badannya akan mengalami beberapa kesan akibat daripada gangguan tersebut.

Antara kesan biasa yang dialami oleh mereka yang menghidap talasemia ialah:

#1. Keletihan dan kekurangan tenaga

Keletihan dan kekurangan tenaga adalah kesan biasa yang dialami oleh individu yang memiliki talasemia.

Hemoglobin yang rendah dalam badan mereka menyebabkan kurangnya oksigen yang mencapai tisu dan organ lalu mengakibatkan rasa letih dan lemah.

Keadaan ini boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk berfungsi dengan efektif dalam kehidupan harian.

Tidak kira jika individu tersebut perlu hadir ke pejabat mahupun keluar berekreasi, badannya mungkin akan kerap berasa lemah. 

#2. Demam kuning atau jaundis

Mata kuning tanda jaundis.
Mata kuning tanda jaundis.

Jaundis atau demam kuning adalah kesan lain yang boleh dialami oleh individu dengan talasemia.

Apabila sel darah merah rosak dan pecah lebih cepat daripada biasa, badan akan menghasilkan lebih banyak bilirubin, iaitu sejenis bahan berwarna kuning.

Bilirubin ini akan menyebabkan warna kuning kepada kulit dan mata.

Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kegatalan dan jatuh sakit.

#3. Pembesaran hati dan limpa kesan apa itu talasemia

Dalam usaha untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah, organ seperti hati dan limpa boleh menjadi lebih besar.

Ini berpotensi menjadi masalah yang serius kerana ia boleh menyebabkan sirosis atau keradangan hati.

Malah dalam beberapa kes yang lebih kronik, ia boleh mengancam nyawa. 

#4. Pertumbuhan dan perkembangan yang lambat

Kanak-kanak yang mempunyai talasemia mungkin mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang perlahan. 

Ini termasuklah kekurangan ketinggian dan berat badan berbanding dengan rakan sebaya mereka.

Kanak-kanak penghidap talasemia juga akan mengalami perkembangan seksual yang lambat.

Keadaan ini boleh menyebabkan masalah emosi dan psikologi dalam jangka masa panjang.

#5. Masalah jantung

Talasemia boleh mengakibatkan beban yang lebih besar kepada organ jantung.

Ini kerana jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh badan.

Cara talasemia diwarisi.
Cara talasemia diwarisi.

Dalam jangka masa panjang, hal ini boleh memaksa otot jantung dan menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan jantung, aritmia, dan serangan jantung.

Konklusi daripada apa itu talasemia

Kini anda telah tahu mengenai talasemia dan simptom talasemia.

Kesimpulannya, talasemia adalah penyakit genetik yang boleh membawa kepada pelbagai kesan kesihatan yang serius.

Walaupun rawatan dapat membantu mengurangkan simptom dan komplikasi gangguan ini, namun adalah penting untuk kita semua memahami kesan-kesan ini dan mengetahui cara terbaik untuk mengendalikannya.

Dengan pemahaman yang baik dan pengurusan yang berkesan, individu dengan talasemia dapat terus menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Thalassemia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/thalassemia/symptoms-causes/syc-20354995. Diakses pada Julai 18, 2023. 

About Thalassemia. https://www.thalassemia.org/learn-about-thalassemia/about-thalassemia/. Diakses pada Julai 18, 2023.

What is Thalassemia?. https://www.cdc.gov/ncbddd/thalassemia/facts.html. Diakses pada Julai 18, 2023.

Thalassemia. https://familydoctor.org/condition/thalassemia/. Diakses pada Julai 18, 2023.

Thalassemias. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14508-thalassemias. Diakses pada Julai 18, 2023.

Versi Terbaru

09/12/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 2 Jenis Talasemia Yang Patut Anda Ketahui, Ada Perbezaan Ke Tak?

Jaga-jaga Jika Lebam Tidak Bertukar Warna, Ini Tanda Tidak Normal!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan