backup og meta

First Time Nak Susukan Baby? Ini Ada 8 Posisi Penyusuan Susu Ibu Boleh Anda Cuba

First Time Nak Susukan Baby? Ini Ada 8 Posisi Penyusuan Susu Ibu Boleh Anda Cuba

Ingin menyusukan si kecil tetapi tidak pasti posisi penyusuan susu ibu yang sesuai? Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

8 posisi penyusuan susu ibu

Penyusuan susu ibu adalah perkara semula jadi yang berlaku dalam alam keibuan. Pun begitu, fasa permulaan penyusuan adalah proses pembelajaran buat si ibu dan bayi.

Mempelajari teknik dan posisi  penyusuan yang betul membantu mencegah masalah-masalah seperti puting sakit, payudara bengkak, bayi tidak pandai menekap dan sebagainya.

Dengan beberapa percubaan, anda akan menemui posisi yang selesa dan berkesan untuk anda dan bayi.

Berikut merupakan 8 posisi penyusuan yang perlu anda ketahui:

1. Posisi Mendukung/Buaian

posisi penyusuan susu ibu

Posisi popular ini sesuai bagi ibu yang bersalin normal, puting tidak tenggelam dan bayi melekap dengan betul. Ia sangat mudah dilakukan dengan bayi berusia 3 bulan dan ke atas.

Ia juga sesuai untuk ibu yang menyusu di luar.

Teknik: Posisi ini memerlukan anda mendukung kepala bayi pada siku tangan bahagian sisi payudara yang akan menyusu, sementara bahagian lain tangan menyokong tubuh bayi.

Untuk bayi baru lahir, pastikan punggung dan kepalanya selari sementara bayi yang lebih berusia, tidak mengapa jika tidak begitu selari.

Tekan payudara anda dengan tangan yang bebas untuk membantu bayi menekap.

2. Posisi Mendukung/Buaian Silang

menyusu badan

Posisi penyusuan susu ibu ini hampir sama dengan kedudukan mendukung biasa tetapi sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang masih belajar menekap atau untuk bayi yang tidak menyusu dengan baik.

Teknik: Pegang kepala bayi anda dengan tangan bertentangan daripada sisi payudara yang akan anda susukan (iaitu jika menyusu daripada payudara kanan, pegang kepala bayi dengan tangan kiri anda).

Pergelangan tangan anda akan terletak di antara bahu bayi anda, ibu jari anda di belakang satu telinga, jari-jari lain di belakang telinga yang lain.

Menggunakan tangan anda yang bebas, tekan payudara anda seperti yang anda lakukan untuk posisi mendukung/buaian.

3. Posisi Berbaring Belakang

menyusu badan

Posisi ini dianggap sebagai posisi penyusuan semula jadi. Sejurus selepas kelahiran, bayi anda akan mencari puting apabila diletakkan secara kulit ke kulit pada posisi ini.

Posisi ini sesuai untuk bayi baru lahir, bayi yang mempunyai masalah menekap atau ibu yang ingin menyusu dan berehat.

Posisi ini juga boleh membantu para ibu yang mempunyai payudara yang lebih kecil.

Teknik: Sandar pada katil atau sofa dengan sokongan bantal, supaya apabila anda meletakkan perut bayi ke perut anda, kepala berdekatan payudara anda, graviti akan membantu badannya mengikut bentuk anda.

Bayi anda boleh berbaring daripada mana-mana arah, selagi mana meniarap pada anda dan boleh mencapai payudara anda.

Bayi anda secara semula jadi boleh menekap dalam kedudukan ini, atau anda boleh membantu dengan mengarahkan puting ke mulut bayi anda.

Sebaik sahaja bayi menekap pada payudara anda, anda tidak perlu berbuat apa-apa selain berbaring dan berehat.

Posisi penyusuan susu ibu #4. Posisi Mendakap

posisi penyusuan susu ibu

Juga dikenali sebagai posisi football atau clutch, posisi ini sangat berguna jika anda:

Teknik: Posisikan bayi di sisi anda, menghadap anda, dengan kaki bayi terselip di bawah lengan anda (seperti American football atau ragbi) di sisi yang sama dengan payudara yang anda sedang menyusu.

Sokong kepala bayi anda dengan tangan yang sama, dan gunakan tangan anda yang lain untuk memasukkan payudara anda seperti posisi dukungan.

Baca juga:

5. Posisi Menegak

menyusu badan

Juga dikenali sebagai posisi dukungan Australia atau Koala, posisi ini sesuai digunakan pada bayi yang lebih berusia yang berupaya mengawal kepala dan leher mereka.

Tetapi ia juga boleh digunakan pada bayi lebih muda jika anda memberikan sokongan yang sepatutnya.

Teknik: Bayi anda dipegang secara menegak dan duduk pada peha anda, menghadap anda.

Lutut anda menyokong bayi anda di bahagian punggung, sementara satu tangan memegang kepala bayi untuk membantu bayi menekap.

Tangan yang lain boleh digunakan untuk menekan payudara untuk membantu proses menekap.

6. Posisi Mengiring Terbalik, salah satu posisi penyusuan susu ibu

menyusu badan

Posisi penyusuan susu ibu yang terbalik adalah baik untuk dicuba jika anda merasa seperti payudara anda tidak dikosongkan sepenuhnya atau jika anda mempunyai saluran susu tersumbat di bahagian bawah payudara anda.

Jika anda mempunyai kawasan yang menyakitkan yang mungkin tidak dikosongkan sepenuhnya, posisi ini boleh memastikan hidung bayi tidak menghala ke kawasan tersebut.

Mengubah kedudukan, atau menyusu bayi secara terbalik seperti ini adalah cara yang baik untuk membantu penyusuan dengan puting yang sakit kerana bahagian lain mulut bayi yang akan berada di tempat yang sakit.

7. Posisi Dukungan Mengiring

posisi penyusuan susu ibu

Posisi ini adalah kombinasi di antara penyusuan berbaring belakang dan berbaring mengiring.

Teknik: Dalam kedudukan ini, anda berbaring secara mengiring sementara bayi dipegang secara menegak.

Sokong kepala bayi pada siku  dan gunakan tangan yang bertentangan untuk membantu membimbingnya ke puting anda.

Posisi penyusuan susu ibu #8. Posisi Mengiring

menyusu badan

Kedudukan ini adalah pilihan yang sesuai untuk penyusuan susu ibu pada tengah malam. Anda juga boleh tidur sambil menyusukan bayi.

Oleh itu, posisi ini tidak sesuai bagi bayi baru lahir, sebaliknya sesuai bagi bayi yang sudah pandai berpusing.

Teknik: Kedua-dua anda dan bayi harus berbaring mengiring, perut ke perut. Gunakan sebelah tangan anda untuk memasukkan payudara kepada bayi jika perlu.

Tinggikan sedikit posisi bayi untuk mengelakkan hidung bayi tertutup ketika menyusu.

Anda mungkin mahu meletakkan bantal kecil di belakang belakang bayi untuk menahannya atau mendekatkannya.

Memilih posisi penyusuan susu ibu yang sesuai bergantung kepada keselesaan anda dan bayi.

Jangan berputus asa jika bayi anda masih tidak pandai menekap dengan betul dan cuba untuk bertukar-tukar posisi dan menambah baik teknik penyusuan.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor laktasi professional atau kumpulan sokongan penyusuan setempat untuk membantu anda.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Breastfeeding: Australian hold. https://myhealth.alberta.ca/Health/pages/conditions.aspx?hwid=zm2586, Accessed on July 29, 2022
  2. Breastfeeding Your Baby: Breastfeeding Positions. https://www.acog.org/womens-health/infographics/breastfeeding-your-baby-breastfeeding-positions#, Accessed on July 29, 2022
  3. Breastfeeding positions. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/multimedia/breast-feeding/sls-20076017, Accessed on July 29, 2022
  4. Positions For Breastfeeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Positioning-Your-Baby-For-Breastfeeding.aspx, Accessed on July 29, 2022
  5. POSITIONING. https://www.llli.org/breastfeeding-info/positioning/, Accessed on July 29, 2022

 

Versi Terbaru

29/07/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Manfaatnya Jika Ibu Guna Kedua-dua Payudara Masa Susukan Anak!

Mama, Apabila Si Manja Capai Usia Ini, Tak Perlu Lagi Beri Susu Formula!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan