Bagi wanita yang mempunyai puting tenggelam, proses penyusuan mungkin lebih mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi jangan risau, ada beberapa cara untuk timbulkan puting tenggelam yang boleh anda cuba.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagi wanita yang mempunyai puting tenggelam, proses penyusuan mungkin lebih mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi jangan risau, ada beberapa cara untuk timbulkan puting tenggelam yang boleh anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui cara untuk timbulkan puting, ayuh kita fahami terlebih dahulu keadaan puting yang dikatakan sebagai tenggelam atau terbenam ini.
Umumnya kebanyakan puting akan tertonjol keluar seperti puting susu, sebaliknya puting yang terbenam ini sama ada tampak rata pada areola atau seakan masuk ke dalam areola. Tahap kerataan atau ‘ketenggelaman’ puting adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Sekiranya puting terkeluar – sama ada secara semula jadi atau apabila dirangsang oleh sentuhan atau suhu – anda tidak mempunyai masalah puting yang terbenam ke dalam.
Jika anda tidak pasti, terdapat ujian sendiri yang mudah dilakukan, disebut Pinch Test.
Puting menonjol keluar? Ini bermakna anda tidak mengalami masalah puting tenggelam. Jika ia tidak menonjol atau menjadi tegak, bermakna puting rata. Manakala jika puting seperti masuk ke dalam payudara, bererti anda mengalami keadaan puting terbenam.
Pastikan anda mengulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah lagi. Ini kerana ada wanita hanya mempunyai sebelah puting rata atau tenggelam dan terdapat juga yang mengalaminya pada kedua-dua belah payudara.
Ramai wanita dilahirkan dengan keadaan puting seperti ini. Malah dianggarkan 10% wanita mungkin mempunyai sebelah puting yang terbenam ke dalam.
Dalam kebanyakan kes, ia tidak disebabkan masalah perubatan. Ia juga tidak menyakitkan atau menyebabkan sebarang masalah tertentu.
Sekiranya anda dilahirkan dengan keadaan puting sebegini, tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, jika ia baru terjadi, lakukanlah pemeriksaan.
Ada kalanya ia berlaku disebabkan kehamilan. Dalam kes jarang berlaku, ia boleh berpunca oleh keadaan serius seperti kanser payudara.
Baca juga:
Tiada jawapan yang pasti. Ia bergantung kepada tahap tenggelamnya puting anda. Jika sedikit, lama-kelamaan puting mungkin akan menonjol terutamanya semasa kitaran perubahan fasa pembiakan wanita – haid, kehamilan, penyusuan susu ibu dan menopaus.
Perubahan fizikal seperti suhu atau rangsangan seksual – mungkin turut boleh menjejaskan keadaan puting tenggelam anda buat sementara waktu.
Sekali lagi, ia sukar untuk dijawab. Anda perlu melalui fasa penyusuan itu sendiri bagi menentukan sama ada keadaan puting tenggelam ini memberikan kesan kepada keupayaan bayi untuk melekap (latching) atau tidak.
Berita baiknya, masalah puting yang dialami ini tidak akan sama sekali menjejaskan keupayaan tubuh untuk menghasilkan susu.
Namun anda perlu tahu, dalam kebanyakan kes, keadaan puting yang rata mahupun tenggelam tidak akan menyebabkan masalah penyusuan. Kebanyakan bayi dapat menyusu dengan baik sama ada dengan sedikit bantuan atau tidak.
Sekiranya anda salah seorang wanita dengan keadaan puting yang terbenam, berikut ada beberapa cara yang boleh anda cuba:
Jika terdapat sebarang kebimbangan atau kerunsingan, berjumpalah dengan pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen