Mama Papa Sekalian, Jom Ketahui Tentang Penjagaan Selepas Bersunat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 31/12/2019 . 4 minit bacaan

Selain majlis perkahwinan, majlis bersunat juga merupakan antara perkara yang akan dilakukan apabila tiba musim cuti persekolahan. Apakah penjagaan selepas bersunat yang perlu mama papa diketahui?

Apa itu bersunat 

Bersunat atau berkhatan, merupakan satu upacara yang sangat sinonim dengan individu beragama Islam. Namun sebenarnya terdapat juga fahaman Yahudi dan ajaran Kristian yang menganjurkannya. 

Malaysia, sebagai negara yang mengamalkan Mazhab Shafie, menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi sama ada bagi individu lelaki mahupun wanita. Keengganan untuk melakukannya dianggap sebagai berdosa kerana telah melanggar kewajipan yang disyariatkan dalam Islam. 

Seperti yang dinyatakan, bersunat atau berkhatan ini adalah perkara yang wajib dilakukan bagi lelaki mahupun perempuan, tetapi dalam perkongsian artikel kali ini, kita akan memfokuskan mengenai bersunat bagi lelaki sahaja.

Bersunat merupakan satu proses membuang lebihan kulit yang menutupi kepala zakar atau berlebihan pada hujung zakar (preputial skin). Umumnya, ia membuang anggota badan yang menjadi tempat pengumpulan kotoran, virus dan najis. Prosedur ini dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai circumcision.

Kenapa perlu bersunat?

Lazimnya, kebanyakan prosedur khatan yang dilakukan di Malaysia adalah kerana tuntutan agama atau dinamakan ritual circumcision, di mana prosedur ini dilakukan pada zakar yang normal.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keadaan kesihatan yang mendasari menyebabkan prosedur berkhatan ini perlu dilakukan. Antaranya:

Phimosis

Di mana pembukaan kulit pada hujung terlalu sempit dan menghalang aliran kencing atau paraphimosis akibat kulit hujung zakar tersekat di belakang kelenjar. Ia bertindak seperti pencerut di bahagian proximal corona.

Kelainan pada kulit

Prosedur bersunat dilakukan untuk memudahkan proses memasukkan tiub ke dalam saluran kencing bagi membolehkan individu melakukan clean self catheterization. Keadaan ini seperti pundi kencing tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia juga mendedahkan individu berkenaan untuk mendapat jangkitan saluran kencing.

Kulit tersepit

Berkhatan juga perlu dilakukan apabila berlaku kes yang mengakibatkan kecederaan pada kulit di hujung zakar seperti kulit zakar tersepit dengan zip.

Kelebihan bersunat?

Sebenarnya terdapat beberapa faedah yang membuktikan bahawa bersunat ini mendatangkan manfaat kepada kesihatan seseorang individu. Antara kebaikannya adalah:

Jangkitan saluran kencing (UTI)

Melakukan proses berkhatan ini mengurangkan kemungkinan risiko 10 hingga 14 kali untuk mengalami UTI yang disebabkan oleh pengumpulan virus dalam lebihan kulit sebelum ia merebak ke sistem saluran kencing.

Kanser alat kelamin

Membuang lebihan kulit ini akan dapat mengurangkan risiko kanser pada 3 hingga 4 kali. Ini kerana kebanyakan kanser berlaku pada bahagian lebihan kulit ini. 

Penyakit kelamin

Selain mengurangkan risiko untuk mengalami kanser alat kelamin, bersunat juga mengurangkan risiko jangkitan tiga jenis penyakit kelamin atau STD, iaitu HIV, sifilis dan chancroid. 

Balanitis Xerotica Obliterans (BXO)

Merupakan satu masalah berkaitan keradangan pada hujung zakar dan mengeras. Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dan boleh dirawat dengan antibiotik, tetapi ia mempunyai kecenderungan untuk berulang. Bersunat dikatakan dapat menghindari daripada berlakunya pengulangan.

Teknik bersunat

Terdapat dua peringkat usia utama untuk melakukan bersunat, iaitu semasa bayi baru lahir atau dipanggil neonatal circumcision dan juga semasa kanak-kanak mencecah usia sekitar 7 hingga12 tahun.  

Antara pilihan kaedah bersunat yang ada seperti:

  • Kaedah plastibel – Kaedah sunat yang kerap dilakukan kepada bayi yang baru lahir dengan menggunakan bius setempat
  • Kaedah dorsal slit
  • Kaedah clamping
  • Kaedah laser

Tip penjagaan selepas bersunat

Selepas selesai prosedur bersunat, mestilah ada cara penjagaan yang perlu dilakukan untuk memastikan luka cepat kering. Jom ketahui apakah cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.

  1. Buka balutan 

Dalam tempoh selepas 48 jam atau dua hari selepas bersunat, tip penjagaan selepas bersunat yang pertama adalah untuk memastikan luka balutan gauze dibuka. Untuk dua hari pertama, anda perlu memastikan hujung lubang penis di basuh dengan bersih setiap hari selepas membuang kencing.

  1. Cucian luka

Selepas menanggalkan balutan gauze itu, luka pada penis perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dinamakan sebagai wound dressing. Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Anda perlu memastikan keadaan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.

  1. Jangan kopek 

Pastikan anda memastikan bahagian kuping luka tidak digosok atau disental dengan kuat. Kuping itu biasanya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.

  1. Kuping melekat

Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat dua langkah yang boleh dilakukan. Pertamanya adalah dengan merendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari. 

  1. Bengkak

Selepas berkhatan adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak menjadi sedikit bengkak. Keadaan bengkak itu juga dikenali sebagai bentan dalam kalangan kaum Melayu. Walaupun situasi ini adalah biasa untuk berlaku, tetapi terdapat beberapa simptom dan gejala yang perlu diperhatikan, seperti:

  • Bengkak terlalu besar
  • Kulit sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Terdapat cecair likat seperti nanah
  • Rasa berdenyut dan sakit
  • Terasa sakit ketika kencing
  • Kawasan luka berdarah
  • Demam 

Jika berlaku simptom di atas, anak anda berkemungkinan besar mengalami jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

  1. Pemakanan

Adalah satu kebiasaan untuk mendengar mengenai pelbagai petua selepas berpantang, namun sebaiknya pastikan anak anda tetap diberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi. Ia adalah untuk memastikan luka segera sembuh. Pastikan anda memberikan anak air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi. 

Komplikasi bersunat

Pendarahan

Jika berlaku pendarahan lakukan gentle compression. Sekiranya pendarahan berterusan, pastikan anda membawa anak untuk berjumpa doktor pada kadar yang segera untuk menghentikan pendarahan.

Jangkitan kuman

Pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapat rawatan doktor.

Kecederaan pada penis

Situasi ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

Masalah kencing

Sekiranya anak anda menghadapi masalah kencing selepas berkhatan, mereka  perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Akhir kata

Sebenarnya penjagaan selepas bersunat adalah mudah jika anda mengikuti nasihat dan saranan daripada doktor. Dalam masa yang sama pastikan anak anda mengambil ubat yang diberikan doktor mengikut masa yang ditetapkan. 

Sekiranya anda tidak pasti dengan keadaan sunat anda, bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sunat: Apakah Manfaat dan Risikonya?

    Berkhatan atau sunat adalah satu prosedur pemotongan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau “prepuce”.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    kenapa harus sunat

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan

    5 Masalah Kesihatan Yang Boleh Timbul Jika Anda Tidak Sunat, Lebih Baik Berkhatan Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/03/2020 . 3 minit bacaan
    usia sesuai untuk bersunat

    Usia Paling Sesuai Untuk Anak Lelaki Berkhatan – Semasa Bayi Atau Kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/02/2019 . 2 minit bacaan